awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Wanita rugi RM166,000 ditipu sindiket pelaburan dalam talian
Maruah ATM perlu terpelihara, jangan samakan kesalahan individu - RAFOC
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 beradik larikan mayat bapa dikhuatiri pesakit COVID-19 ditahan

Ridzal Abdullah, Qaisara Umaiyah
Ridzal Abdullah, Qaisara Umaiyah
21/01/2021
14:31 MYT
4 beradik larikan mayat bapa dikhuatiri pesakit COVID-19 ditahan
Waris enggan meninggalkan bapa mereka yang mempunyai sejarah penyakit otak dan strok di hospital dan sebaliknya bertindak membawa pulang mayatnya ke rumah. - Gambar fail
LAHAD DATU:Empat beradik yang bertindak melarikan mayat bapa mereka yang dikhuatiri positif COVID-19 dari Hospital Lahad Datu ditahan polis di sebuah rumah di Kampung Panji di sini, malam tadi.
Ketua Polis Daerah Lahad Datu, Asisten Komisioner Rohan Shah Ahmad berkata, kejadian berlaku pada pukul 8.30 malam apabila petugas hospital menerima seorang pesakit lelaki yang tidak sedarkan diri dan diasingkan di khemah pesakit dalam siasatan (PUI).
"Ketika berada dalam khemah PUI, pesakit berusia 58 tahun terbabit telah diberikan bantuan pernafasan cemas (CPR) kira-kira 30 minit sebelum disahkan meninggal dunia oleh pegawai perubatan.
"Petugas kesihatan menerangkan prosedur pengurusan jenazah ketika krisis COVID-19 kepada waris dan keperluan ujian saringan COVID-19 terhadap si mati bagi mengelakkan sebarang jangkitan," katanya dalam kenyataan malam ini.
Tambah Rohan, kesemua waris enggan meninggalkan bapa mereka yang mempunyai sejarah penyakit otak dan strok di hospital dan sebaliknya bertindak membawa pulang mayatnya ke rumah.
"Bertindak atas maklumat dan siasatan, polis berjaya mengesan keberadaan suspek kira-kira jam 11.30 malam hari yang sama.
"Kesemua yang ditahan berumur antara 26 hingga 31 tahun terdiri daripada seorang perempuan dan tiga lelaki yang merupakan anak si mati," katanya.
Jelas Rohan, kes disiasat di bawah Seksyen 270 Kanun Keseksaan serta Seksyen 22(b) Akta Pencegahan dan Kawalan Penyakit Berjangkit 1988.
Topic Berkaitan
#polis
#anak
#larikan
#mayat bapa
#COVID-19
#Hospital Lahad Datu
#Kampung Panji
#Rohan Shah Ahmad
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan