Tindakan pemandu lori menukar laluan secara mengejut mengakibatkan 15 kenderaan terlibat dalam kemalangan di kilometer 321 berhampiran kawasan Rehat dan Rawat (R&R) Tapah di Lebuhraya Utara Selatan (PLUS).

Dalam kejadian 10.30 pagi Jumaat itu, pemandu lori berkenaan cuba mengelak laluan yang ditutup kerana kerja pembaikan dan gagal menukar lorong sebelum melanggar belakang sebuah bas.

Ketua Polis Daerah Tapah, Asisten Komisioner Som Sak Din Keliaw berkata kemalangan membabitkan dua kenderaan berat itu menyebabkan ia melanggar satu lori lain yang kemudiannya menggelongsor sebelum merempuh 13 kenderaan di hadapan.

Menurutnya lagi, empat mangsa mengalami kecederaan dan kini sedang mendapatkan rawatan di Hospital Ipoh dan Hospital Tapah.

Salah sebuah kenderaan yang terlibat dalam kemalangan tersebut.
Beliau berkata laluan ke selatan mengalami kesesakan sepanjang 10 kilometer di mana perjalanan di Lebuhraya PLUS arah selatan mengalami kelewatan selama 50 minit.

Kerja mengalihkan kenderaan mengambil masa sekitar empat jam dan selesai sekitar 2 petang tadi.
Kerja mengalihkan kenderaan mengambil masa sekitar empat jam dan selesai sekitar 2 petang tadi.