MALAYSIA
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini

Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Ogos 2025.
ANTARA pelbagai berita dalam negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 14 Ogos 2025.
Polis Diraja Malaysia (PDRM) menasihatkan perhimpunan yang dijadualkan di Bertam, Kepala Batas, Pulau Pinang hari ini dibatalkan bagi mengelakkan pertembungan tidak sihat antara kumpulan bertentangan.
Datuk Seri Anwar Ibrahim mengutuk insiden serangan terhadap anak kepada Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dengan menyifatkan insiden sebagai budaya yang semakin melampau di dalam negara.
Datuk Seri Anwar Ibrahim menyatakan kesediaannya untuk memohon maaf kepada Ahli Parlimen Pagoh, Tan Sri Muhyiddin Yassin sekiranya kenyataan yang dibuat beliau di Parlimen baru-baru ini terbukti daripada sumber yang tidak sahih.
Bekas Menteri Ekonomi, Datuk Seri Rafizi Ramli mendedahkan beliau percaya insiden serangan terhadap anak lelakinya berusia 12 tahun, mempunyai kaitan dengan usahanya untuk membongkar skandal tertentu.
Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman sedang menjalankan siasatan terhadap pegawai penyiasat yang terlibat dalam siasatan kematian remaja perempuan, Zara Qairina Mahathir.
Mahkamah Rayuan mengekalkan hukuman penjara 12 tahun terhadap pengasas Rumah Bonda, Siti Bainun Ahd Razali, berhubung sabitan atas dua pertuduhan mengabai dan menganiaya remaja perempuan sindrom Down, dikenali sebagai Bella, empat tahun lalu.
Seorang wanita warga China ditahan selepas bertindak agresif dan mencederakan pegawai kaunter imigresen semasa pemeriksaan perlepasan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) Terminal 1, Rabu malam.
Polis setakat ini sudah merakam keterangan enam individu termasuk Ahli Parlimen Pandan, Datuk Seri Rafizi Ramli dan isterinya, berhubung insiden serangan ke atas anak tunggal pasangan itu di sebuah pusat beli-belah di Putrajaya, pada Rabu, kata Ketua Polis Selangor, Datuk Shazeli Kahar.
Ibu Zara Qairina, Noraidah Lamat, menjelaskan mereka panik dan tidak faham proses bedah siasat ketika kematian anaknya, menyebabkan keputusan menolak bedah siasat dibuat secara tergesa-gesa.
Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) menafikan dakwaan kononnya wujud ketegangan antara pasukan itu dengan Tentera Laut Filipina, seperti tular menerusi media sosial.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami