GERIK: Kawasan hutan dianggarkan seluas empat hektar pada ketinggian 500 hingga 600 meter dari aras laut dikesan mengalami kebakaran di Gunung Kenderong di sini.
Penolong Pengarah Bahagian Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak Sabarodzi Nor Ahmad berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu pada jam 3.54 petang tadi.
"Anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Gerik menerima panggilan berhubung kebakaran tersebut.
"Kebakaran membabitkan Gunung Kenderong dan ia dianggarkan seluas 10 ekar (empat hektar).
"Dianggarkan kedudukannya berada 500 hingga 600 meter dari aras laut dan kawasan kebakaran bukan di laluan pendaki," katanya kepada pemberita pada Sabtu.
Katanya lagi, punca kebakaran masih dalam siasatan dan belum dapat dipastikan.
Beliau menambah, pasukan bomba memerlukan masa antara dua hingga tiga jam untuk mendaki ke kawasan terbabit.
Jelasnya lagi, operasi pemantauan sedang dijalankan dari masa ke semasa.
Operasi berkenaan diketuai oleh Ketua Balai BBP Gerik, Azizan Aziz.
Aida Aziz
Sat Aug 05 2023
Pasukan bomba memerlukan masa antara dua hingga tiga jam untuk mendaki ke kawasan terbabit. - Gambar/ JBPM
Inisiatif pendidikan tinggi percuma Sarawak satu peluang luar biasa - TYT
Yang di-Pertua Negeri Sarawak Tun Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata Sarawak memerlukan ramai tenaga mahir, untuk mencapai visi menjadi wilayah maju menjelang tahun 2030.
Rakyat Jepun bantah keganasan seksual tentera Amerika Syarikat
Rakyat Jepun pada petang Jumaat berhimpun di luar Kementerian Luar di Tokyo untuk membantah keganasan seksual oleh anggota tentera Amerika Syarikat yang ditempatkan di negara itu.
Indonesia sediakan sistem keselamatan siber sokong transformasi digital
Kementerian Komunikasi dan Hal Ehwal Digital sedang menyediakan sistem keselamatan siber bagi menyokong pelaksanaan transformasi digital di Indonesia.
Ekonomi ASEAN mengalami pertumbuhan stabil pada 2024 di sebalik cabaran
Asia Tenggara muncul sebagai antara rantau dengan pertumbuhan ekonomi paling pesat di dunia.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar malam ini.
Tumpuan Ahad – 15 Disember 2024
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan di Astro AWANI.
Selebriti lelaki ditahan di Cyberjaya, disyaki miliki ganja
Seorang selebriti tempatan ditahan selepas disyaki memiliki dadah jenis ganja dalam serbuan di sebuah rumah teres di Cyberjaya, pada Sabtu.
BN dan UMNO tetap rakan setia politik dengan PH
Pengerusi Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menyatakan parti itu akan kekal setia sebagai rakan politik bersama Pakatan Harapan (PH) di dalam Kerajaan Perpaduan pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas beliau, BN dan juga UMNO juga tidak akan termakan dengan ajakan serta pujukan daripada mana-mana pihak untuk meninggalkan gabungan sedia ada.
Saya dinasihatkan kekal sebagai MB Selangor - Amirudin
Amirudin berkata kestabilan adalah penting untuk kerajaan negeri meneruskan apa yang telah dimulakan, termasuk merangka Rancangan Selangor Kedua yang dijangka siap pada 2026.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Sabtu, 14 Disember 2024.
Hujan bantu kawal kebakaran hutan atas Gunung Kenderong
JBPM sentiasa membuat pemantauan dari semasa ke semasa untuk memastikan kebakaran tidak berlaku semula.
4 hektar hutan atas Gunung Kenderong di Gerik terbakar
Kawasan hutan dianggarkan seluas empat hektar pada ketinggian 500 hingga 600 meter dari aras laut dikesan mengalami kebakaran di Gunung Kenderong di Gerik.
Kebakaran di Gerik padam selepas hampir tujuh hari operasi
Selepas lebih 160 jam, akhirnya kebakaran di Gunung Kenderong dan sekitar kawasan hutan di Kampung Pong, Gerik berjaya dipadamkan.