NATIONAL
4 juta data bocor: RSN Rayer dakwa siasatan awal disebabkan oleh 'kerja orang dalam'

Menurut Rayer, kebocoran data itu melibatkan alamat, nombor telefon, butiran peribadi selain mempersoal bagaimana kebocoran itu berlaku. - fotoBERNAMA
KUALA LUMPUR: RSN Rayer (PH-Jelutong) hari ini mengemukakan usul di Dewan Rakyat mengenai kecurian empat juta data awam daripada pangkalan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Merujuk kepada Perkara 18(1) Peraturan Mesyuarat Dewan Rakyat, Rayer berkata isu itu merupakan perkara yang berkepentingan orang ramai yang berkehendak ia disegerakan.
"Siasatan awal mendapati bahawa perkara ini disebabkan oleh kerja 'orang dalam' iaitu kakitangan JPN yang telah membocorkan maklumat berkenaan empat juta rakyat Malaysia.
"Ia melibatkan alamat, nombor telefon, butiran peribadi. Bagaimana kebocoran ini berlaku?" soalnya yang mengharapkan supaya usul itu dibahaskan dengan segera.
BACA: Bagaimanapun, Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Datuk Mohd Rashid Hasnon meminta supaya Rayer mengemukakan pemberitahuan bersurat kepada Yang di-Pertua untuk dipertimbangkan.
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din mengesahkan satu kertas siasatan dibuka polis berhubung kejadian kecurian empat juta data awam daripada pangkalan data JPN yang dipercayai dijual di sebuah forum jual beli terkenal.
Jelasnya, laporan itu dibuat oleh Timbalan Pengarah JPN di Balai Presint 7 Putrajaya pada Isnin.
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami