Empat lagi mayat warganegara Indonesia ditemui terdampar di pantai Ladang Sungai Tengah, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor.
Kesemua mayat lelaki dewasa itu ditemui antara jam 1.30 hingga 4.30 petang pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Supritenden Rahmat Othman berkata dua mayat dijumpai oleh orang awam manakala baki dua mayat ditemui pasukan mencari dan menyelamat.
Katanya penemuan lokasi mayat lebih kurang tiga kilometer dari tempat kejadian.
Ia menjadikan jumlah mangsa lemas yang ditemui pada Rabu ialah 9 mayat lelaki dewasa.
Empat mayat telah dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk dokumentasi dan akan dihantar ke hospital Kota Tinggi untuk proses bedah siasat.
Jelas Rahmat, setakat ini jumlah keseluruhan mangsa yang ditemui adalah 22 orang.
Semalam 13 mayat masing-masing sembilan wanita dan empat lelaki ditemui terdampar di Pantai Tanjung Kelisa, Mukim Timur, Bandar Penawar.
Katanya pasukan mencari dan menyelamat (SAR) dari Polis Marin dan Balai Polis Bandar Penawar masih meneruskan operasi.
Astro Awani
Wed Jan 27 2016
Empat mayat telah dibawa ke Balai Polis Bandar Penawar untuk dokumentasi dan akan dihantar ke hospital Kota Tinggi untuk proses bedah siasat. - Foto Astro AWANI
Georgia akan adakan pilihan raya presiden pada Sabtu
Pilihan raya presiden dijadualkan berlangsung di Georgia di tengah-tengah protes berterusan pembangkang.
Lebih 7.2 juta orang terutama kanak-kanak, berisiko lemas menjelang 2050 - WHO
Laporan pertama WHO mengenai pencegahan lemas itu memuji penurunan kadar kematian lemas global sebagai "pencapaian kesihatan global yang utama."
AWANI Ringkas: Jasad bayi dalam peti sejuk
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Penunjuk perasaan berhimpun menjelang undi pemecatan kedua
Penunjuk perasaan berkumpul di luar Dewan Perhimpunan Nasional Korea Selatan menjelang undi pemecatan kedua Presiden Korea Selatan, Yoon Suk Yeol pada Sabtu selepas percubaannya mengisytiharkan undang-undang tentera sekali gus mencetuskan krisis politik.
Aksi spontan guru suap makanan kepada murid tular
Perlakuan bersahaja seorang guru, Janorashikin Jasdi menyuapkan makanan ke mulut murid prasekolah dari kaum India ketika menyertai satu perlawanan bola sepak di Pulau Pinang, mendapat pujian ramai.
Jenazah bayi beku: KKM tunggu dapatan siasatan CKAPS, dijangka minggu depan
KKM sedang menunggu dapatan laporan siasatan CKAPS mengenai dakwaan sebuah hospital swasta menahan jenazah bayi kerana ibu bapa gagal menjelaskan bil hospital lebih awal.
Zahid tidak terima makluman tengku zafrul keluar UMNO
Presiden UMNO Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata beliau tidak menerima sebarang pemakluman daripada Ahli Majlis Tertinggi UMNO Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz untuk keluar daripada parti itu bagi menyertai parti lain.
Jimat kos, majlis kahwin beramai-ramai semakin popular di Mexico
Sejumlah pasangan diraikan dalam satu majlis perkahwinan beramai ramai di Mexico City pada Jumaat.
Kemalangan maut di tempat kerja sektor pembinaan Singapura meningkat tiga kali ganda
Kementerian Tenaga Manusia Singapura melaporkan peningkatan mendadak dalam kes kemalangan maut di tempat kerja bagi sektor pembinaan.
TH jangka mula keluar surat tawaran haji Isnin ini
Lembaga Tabung Haji (TH) dijangka mula mengeluarkan surat tawaran untuk menunaikan ibadah haji bagi tahun 2025/1446 Hijrah pada Isnin ini.
Kontraktor projek jajaran laluan SDE diberi notis pembatalan kontrak
Kontraktor berkenaan dijadualkan memasuki tapak projek itu pada 6 Jan lepas, namun gagal berbuat demikian hingga kini.
Pemandu jengkaut didakwa bunuh isteri, miliki senjata api tanpa permit
Seorang pemandu jengkaut didakwa di Mahkamah Majistret dan Mahkamah Sesyen Kota Tinggi di sini, hari ini, atas tuduhan membunuh isterinya dan memiliki senjata api tanpa permit, 1 Mac lalu.
Ujian DNA sahkan identiti wanita ditembak suami
Keputusan DNA itu baharu diperoleh malam ini dan difahamkan keluarga mangsa telah menuntut jenazah wanita tersebut.
Akibat cemburu, isteri ditembak mati sebelum disumbat dalam tong dan ditanam
Seorang wanita yang dilaporkan hilang sebelum ini, ditemui mati dipercayai dibunuh oleh suaminya akibat cemburu.
Enam dipercayai PATI Indonesia ditemui lemas di Pantai Teluk C
Enam individu yang dipercayai pendatang asing tanpa izin (PATI) warganegara Indonesia ditemui lemas di persisiran Pantai Teluk C, Bandar Penawar, Kota Tinggi, Johor, pagi tadi.
43 terlibat parti liar ditahan di Kota Tinggi
Seramai 43 individu ditahan kerana terlibat dalam parti liar di sebuah rumah penginapan inap desa di Taman Sri Penawar, Kota Tinggi.
Dua pelajar Kolej Profesional MARA maut kemalangan
Dua pelajar kolej maut manakala seorang lagi cedera parah selepas kereta Perodua Myvi dinaiki mereka terlibat kemalangan dengan sebuah Nissan Navara di Lebuhraya Senai-Desaru awal pagi tadi.
Peniaga kedai runcit didakwa membunuh
Seorang peniaga kedai runcit dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kota Tinggi, Johor atas pertuduhan membunuh seorang lelaki di Kampung Baru Sungai Mas, Bandar Penawar, awal bulan ini.
15 PATI ditahan, gagal pulang ke negara asal
Seramai 15 PATI ditahan ketika cuba keluar dari negara mengikut laluan yang tidak diwartakan di kawasan hutan pesisir Pantai Tanjung Lompat, Bandar Penawar, Kota Tinggi, pagi tadi.
Remaja perempuan lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Balau
Seorang remaja perempuan mati lemas ketika mandi bersama keluarga dan jirannya di Pantai Tanjung Balau, Bandar Penawar, Kota Tinggi, dekat sini hari ini.