awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

4 sekeluarga termasuk bayi 6 bulan maut dalam nahas

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2018
21:14 MYT
4 sekeluarga termasuk bayi 6 bulan maut dalam nahas
Empat sekeluarga termasuk bayi berusia 6 bulan maut apabila kenderaan yang mereka naiki terbabas dan bertembung dengan sebuah lori - Foto JBPM
Empat sekeluarga termasuk seorang bayi lelaki berusia enam bulan maut apabila kereta yang mereka naiki bertembung dengan sebuah lori di Jalan Klang - Teluk Intan, di Air Manis, Sabak Bernam dekat sini tengah hari Selasa.
Mangsa dikenali sebagai Abd Rahim Abd Ghani, 61, isterinya Siti Fatimah Amat, 55, dan anak mereka Munira Abd. Rahim, 30, maut di tempat kejadian.
Sementara itu, bayi lelaki Aniq Anaqi Mohd Fazzli, anak kepada Munira, meninggal dunia di Wad Kecemasan Hospital Tengku Ampuan Jemaah (HTAJ), Sabak Bernam.
Ketua Polis Daerah Sabak Bernam Supt Nor Azmi Isa berkata dalam kejadian kira-kira 12 tengah hari di kilometer 43 jalan berkenaan, kenderaan jenis Perodua Kancil yang dinaiki keempat-empat mangsa dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum berlaku pelanggaran secara berdepan dengan sebuah lori.
Kenderaan dinaiki empat sekeluarga ini hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertentangan - Foto JBPM
Kenderaan dinaiki empat sekeluarga ini hilang kawalan lalu terbabas ke laluan bertengangan - Foto JBPM
"Mangsa dipercayai dari arah Sabak Bernam menghala ke Sungai Besar manakala lori pula dari arah bertentangan," katanya ketika dihubungi di sini pada Selasa.
"Pemandu lori pula hanya mengalami kecederaan ringan. Punca kemalangan sedang disiasat dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987,” katanya.
Sementara itu, Ketua Cawangan Pengurusan Operasi dan Balai Bomba Selangor, Alimaddia Bukri berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan berhubung kejadian itu pada pukul 12.04 tengah hari dan tujuh anggota dikerahkan ke tempat kejadian
"Bomba mengambil masa kira-kira 30 minit untuk mengeluarkan mangsa menggunakan alat pemotong hidrolik berikutan keadaan kereta yang remuk dengan teruk," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#bayi
#bomba
#kemalangan
#maut
#meninggal dunia
#Nahas
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan