KOTA BHARU: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mengeluarkan 40 notis saman kepada pemilik kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan melalui pemantauan dron sejak semalam.
Pengarahnya Mohd Misuari Abdullah berkata antara kesalahan tertinggi yang dikesan adalah memotong garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan dan melawan arus, memandu melebihi had laju serta gagal patuhi lampu isyarat.
"JPJ Kelantan memberi amaran kepada pengguna jalan raya agar tidak melanggar peraturan lalu lintas kerana JPJ turut mempunyai 'mata di udara' bagi mengesan apa jua kesalahan yang dilakukan.
"Antara lokasi utama pemantauan menggunakan dron adalah di kawasan kerap berlaku kemalangan termasuk jalan utama negeri Kota Bharu-Kuala Krai-Gua Musang dan Kota Bharu-Pasir Puteh-Jerteh, Terengganu," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini.
Mohd Misuari berkata dengan penggunaan dron banyak kesalahan oleh pemandu dikesan, sekali gus berjaya mengelak daripada berlakunya kemalangan.
"Sejak hari pertama Op Tahun Baharu Cina, sejumlah 726 notis saman dikeluarkan oleh JPJ Kelantan membabitkan pelbagai kesalahan termasuk tiada lesen memandu, lesen tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans," katanya.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jan 22 2023
Pengarah JPJ Kelantan Mohd Misuari Abdullah berkata antara kesalahan tertinggi yang dikesan adalah memotong garisan berkembar, memandu di lorong kecemasan dan melawan arus, memandu melebihi had laju serta gagal patuhi lampu isyarat. - BERNAMA
Dokumen Dasar Francais Negara dibentang kepada jemaah menteri esok
Dokumen Dasar Francais Negara 2030 (DFN 2030) akan dibentangkan Mesyuarat Jemaah Menteri pada Jumaat.
Tiada kelulusan kepada EIA berkaitan projek bauksit di Bukit Goh - Nik Nazmi
Mengesahkan perkara tersebut, Menteri Sumber Asli dan Kelestarian Alam, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebelum ini terdapat laporan EIA yang ditolak untuk projek berkenaan di lokasi yang sama.
Amaran hujan berterusan tahap waspada di lima negeri sehingga esok - METMalaysia
Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dalam kenyataan pada Khamis mengeluarkan amaran hujan berterusan tahap waspada melibatkan lima negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak, Kelantan dan Terngganu.
Jumlah mangsa di empat negeri turun mendadak
Jumlah mangsa banjir di empat negeri turun mendadak setakat 2 petang Khamis.
Letusan Gunung Berapi Kanlaon, hampir 12,000 keluarga terjejas
Dalam laporan terbaharu, agensi bencana itu mendedahkan jumlah berkenaan melibatkan 40,489 orang di 25 barangay di Visayas Barat dan Visayas Tengah.
‘Saya cuba lakukan perkara yang betul pada masa yang sesuai’ - Dr Sam
Datuk Seri Ahmad Samsuri Mokhtar seakan memberi bayangan di sebalik tindakannya yang meletak jawatan sebagai Bendahari Agung PN pada Rabu.
Saya amat bersyukur - Zahid ulas keputusan Mahkamah Rayuan
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi meluahkan rasa syukur selepas Mahkamah Rayuan Putrajaya membatalkan semua rayuan difailkan pihak pendakwaan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi melepas dan membebaskan beliau dalam kes rasuah Visa Luar Negara (VLN).
AI tidak menyebabkan kehilangan pekerjaan - PM
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengingatkan, penggunaan AI tidak akan menyebabkan kehilangan pekerjaan.
Kabinet setuju bentuk jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam
Kabinet secara prinsip bersetuju untuk menubuhkan satu jawatankuasa kerjasama perikanan laut dalam Malaysia-Vietnam.
AWANI Ringkas: Kertas siasatan SD sokong Muhyiddin jadi PM dirujuk ke AGC
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lori balak, kargo antara ditahan dalam Op Timber - JPJ Kelantan
Tiga lori balak dan enam lori kargo itu ditahan selepas pihak JPJ Kelantan menjalankan risikan sejak 22 Sept lepas.
Anggota JPJ cedera dilanggar pemandu lari sekatan jalan raya
Mohamed Azrin Abdul Wahab dirempuh Perodua Kancil berwarna perak kira-kira 9 malam di SJR berhampiran Akademi JPJ Wilayah Timur.
JPJ Kelantan sita 196 kenderaan dipandu warga asing tanpa geran milikan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan menyita sejumlah 196 kenderaan yang digunakan warga asing tanpa geran milikan sejak Januari hingga September tahun ini.
JPJ sita 422 motosikal, kereta diguna warga asing
Menurut Nazili, penggunaan kenderaan secara tidak sah dalam kalangan warga asing di Kelantan masih lagi terkawal.
40 notis saman lalu lintas di Kelantan dikesan melalui dron
JPJ Kelantan mengeluarkan 40 notis saman kepada pemilik kenderaan yang melakukan pelbagai kesalahan lalu lintas yang dikesan melalui pemantauan dron sejak semalam.
Semakin ramai warga asing dikesan memandu tanpa lesen
Saman melibatkan pemandu warga asing yang menggunakan kenderaan tempatan di negeri ini semakin membimbangkan terutama di kawasan bandar.
JPJ Kelantan kutip RM3.6 juta hasil bidaan nombor pendaftaran DEN
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan mencatatkan kutipan RM3.26 juta hasil bidaan siri pendaftaran DEN dalam tempoh lima hari.
Nombor pendaftaran DEL 7 dijual hampir RM100,000
Sementara itu, nombor pendaftaran DEL 6 dijual dengan harga RM66,000 dan DEL 9 (RM64,559).
Kenderaan JPJ iring lori balak di Kelantan terbabit operasi khas
Tindakan kenderaan JPJ mengiringi lori-lori itu untuk ke Stesen Penguatkuasa Mentara, Gua Musang adalah bagi memastikan pemandu lori terlibat tidak meloloskan diri.
Bidaan dalam talian nombor siri DDX mulai 10 Dis - JPJ Kelantan
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan akan melancarkan bidaan Siri Nombor Pendaftaran DDX melalui Sistem JPJeBid mulai 10 hingga 14 Dis ini.