KUCHING: Lapan kediaman musnah dalam satu kebakaran di Lorong 16, Kampung Haji Baki, di sini, pagi tadi.
Ketua Operasi Kebombaan Negeri Sarawak, Henderi Ardimansyah berkata, kejadian berlaku ketika penghuni selesai bersahur.
“Pihak kami menerima panggilan kecemasan jam 5.22 pagi dan segera mengatur gerak tiga jentera dan dua ambulans EMRS daripada Balai Batu Lintang, Tabuan Jaya dan Padungan ke lokasi, dengan kekuatan 28 anggota," kata Henderi.
Ketika bomba sampai, katanya, api telah membakar lapan buah rumah, dengan empat daripadanya musnah seratus peratus.
“Pasukan kemudian segera mengaktifkan kerja-kerja pemadaman dan menghalang api merebak lebih jauh.
“Kebakaran berjaya dikawal pada jam 6.38 pagi dan kerja-kerja overhaul dijalankan untuk memastikan tiada lagi punca nyalaan.
“Punca kebakaran dan kerugian masih dalam siasatan pihak forensik bomba,” katanya lagi.
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan operasi tamat sepenuhnya jam 9.22 pagi.
Rudi Affendi Khalik
Fri Mar 22 2024
Lapan kediaman musnah dalam satu kebakaran di Lorong 16, Kampung Haji Baki pagi tadi. -Foto JBPM Sarawak
Pengamal media perlu rujuk Wisma Putra sebelum sertai misi bantuan NGO - Fahmi
Pengamal media perlu merujuk dengan Kementerian Luar bagi mendapatkan khidmat nasihat dan garis panduan sebelum menyertai misi bantuan anjuran NGO.
Mahkamah tetapkan Isnin depan keputusan larang Chegu Bard
Keputusan mahkamah perintah larangan pada Isnin terhadap Chegu Bard memberi komen atau ulasan berkaitan isu kasino di Forest City, Iskandar Puteri.
Kementerian akan tambah Autogate di pintu masuk negara
Susulan pengumuman warga 46 negara dibenar guna Autogate, kementerian bercadang untuk menambah bilangan kemudahan itu di semua pintu masuk negara.
Tebing runtuh di perumahan mewah Cyberjaya, PBT diarah segera baik pulih
Majlis Perbandaran Sepang diarah menyegerakan kerja-kerja baik pulih runtuhan tebing di kawasan perumahan mewah Cassia Garden Residence di Cyberjaya.
Warga asing dari 46 negara dibenar guna Autogate untuk masuk ke Malaysia
Antara negara yang dimasukkan dalam senarai itu adalah 26 buah negara daripada Kesatuan Eropah dan negara dari Asia, termasuklah China, Hong Kong, Bahrain, Kuwait, Jordan, Oman dan Qatar.
Industri pengurusan kekayaan Islam sedia berkembang dengan perubahan trend pasaran - SC
Industri pengurusan kekayaan Islam bersedia untuk terus berkembang sebagai tindak balas kepada perubahan dalam pasaran dan trend baru muncul.
Inflasi Malaysia rekod peningkatan perlahan 2.5 peratus pada 2023 - Jabatan Perangkaan
Inflasi Malaysia pada 2023 merekodkan peningkatan perlahan kepada 2.5 peratus daripada 3.3 peratus pada 2022.
Tiada lagi panjat pokok, kerajaan akan pastikan liputan internet cukup - Ahmad Zahid
Kerajaan akan memastikan kawasan berkepadatan rendah, desa dan pedalaman disediakan liputan Internet yang secukupnya untuk memudahkan pelajar mengikuti pembelajaran secara dalam talian.
Warga Kementerian Komunikasi perlu jalankan tugas cerminkan konsep Malaysia Madani - Fahmi
Warga Kementerian Komunikasi perlu menjalankan tugas dan amanah yang mampu mencerminkan konsep Malaysia Madani.
Keputusan Che'gu Bard kena perintah larangan pada Isnin
Keputusan itu dibuat Hakim Datuk Abu Bakar Katar selepas mendengar hujahan pihak pendakwaan dan pembelaan pada Khamis.
40 penghuni tinggal sehelai sepinggang dalam kebakaran selepas sahur
Tiada kemalangan jiwa dilaporkan, dan operasi tamat sepenuhnya jam 9.22 pagi.
Tiga rumah terbakar, enam tinggal sehelai sepinggang
Dalam kejadian sekitar jam 2.50 petang itu, sebuah rumah musnah sama sekali sementara dua buah lagi terjejas 10 peratus.
PKPD di Kampung Sabah Baru, ini lima tumpuan sidang media Menteri Kanan Pertahanan
Berikut merupakan lima perkara penting sidang media Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob pada Isnin (9 November 2020).
PKPD di Flat Sungai Emas, Plaza Hentian Kajang, Kampung Haji Baki esok
Kawasan itu ialah Flat Sungai Emas dan Plaza Hentian Kajang di Selangor, selain Kampung Haji Baki, Kuching (Sarawak).
Dua wartawan Australia ditahan ingkar arahan, cuba dekati Najib secara agresif
Dua wartawan berkenaan dilapor melintasi garisan keselamatan dan cuba mendekati Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak secara agresif.