awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

40 pensyarah Indonesia bakal ikuti program Smart PhD di UPSI

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
12/10/2022
00:45 MYT
40 pensyarah Indonesia bakal ikuti program Smart PhD di UPSI
Md Amin dan Marjoni bertukar dokumen perjanjian persefahaman yang ditandatangani. - Foto UPSI
TANJUNG MALIM: Seramai 40 pensyarah dari Indonesia bakal menjalani pengajian peringkat Doktor Falsafah dengan menggunakan kaedah 'Smart PhD' bagi melicinkan lagi perjalanan pengajian mereka sehingga tamat di Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).
Naib Canselor UPSI, Prof Datuk Md Amin Md Taff berkata, mereka terdiri daripada sembilan pensyarah Universiti Islam Negeri (UIN) Mahmud Yunus Batusangkar dan 31 pensyarah beberapa universiti lain di negara tersebut.
Sehubungan itu, katanya, satu memorandum perjanjian persefahaman (MoU) mengenai kerjasama tersebut di Dewan Jauhari, Pusat Penyelidikan Perkembangan Kanak-kanak Negara (NCDRC), Kampus Sultan Azlan Shah, Proton City, di sini, semalam.
“UPSI mengalu-alukan kehadiran delegasi UIN Mahmud Yunus Batusangkar, diketuai Rektor, Prof Marjoni Imamora yang berhasrat menjalin kerjasama dengan UPSI dalam pelbagai bidang,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan di sini, hari ini.
Menurutnya, antara matlamat utama kerjasama itu adalah untuk meningkatkan kebolehpasaran program pengajian Doktor Falsafah di bawah Fakulti Sains dan Matematik (FSM) khususnya, di samping program-program pengajian UPSI ke Indonesia.
“Melalui usahasama pelaksanaan program antara UPSI dan UIN Mahmud Yunus Batusangkar, akan dapat mewujudkan perkongsian pintar dalam aspek pengetahuan, kemahiran, pengalaman, dan kepakaran dalam bidang Sains dan Teknologi.
“Ia sekali gus memberi faedah kepada pelajar melalui pemindahan kepakaran dan kemahiran yang ada,” ujarnya.
Beliau berkata strategi utama kebolehpasaran program tersebut iaitu melalui Program Pesisir Khas (PPK) Doktor Falsafah secara berstruktur atau secara Smart PhD.
“Program ini memberi banyak kemudahan terutamanya pelaksanaan dan yuran pengajian di mana calon di bawah MoU ini akan mengambil program pengajian dalam bidang sains, komputeran, psikologi, pendidikan Bahasa Inggeris serta pendidikan lain,” katanya.
Menurutnya, berlandaskan semangat kerjasama dan profesionalisme yang tinggi antara kedua-dua pihak, ia dapat memastikan aspirasi negara tercapai dalam membangunkan masyarakat berilmu yang akan dapat memacu negara mencapai matlamatnya menjadi negara maju.
Topic Berkaitan
#UPSI
#pensyarah
#PhD
#Md Amin Md Taff
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan