awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perhimpunan GARAH tidak dibenarkan atas faktor keselamatan awam - Polis
Seorang maut akibat virus Nipah di Bangladesh - WHO
Sivasangari mara ke suku akhir Terbuka Windy City
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

40 syarikat produksi terima DKD berjumlah RM13.9 juta daripada Finas

Bernama
Bernama
24/11/2020
09:11 MYT
40 syarikat produksi terima DKD berjumlah RM13.9 juta daripada Finas
Dana Kandungan Digital (DKD), kata Saifuddin, bertujuan membantu memperkasakan semula industri kreatif yang terjejas akibat impak pandemik COVID-19. - Gambar fail
PUTRAJAYA:Sebanyak 40 syarikat produksi menerima surat tawaran Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif (PELAKSANA) Dana Kandungan Digital (DKD) yang keseluruhannya bernilai RM13.927 juta daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas).
Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Saifuddin Abdullah berkata, DKD bertujuan membantu memperkasakan semula industri kreatif yang terjejas akibat impak pandemik COVID-19.
Beliau berkata, selain itu, objektif DKD ialah menjana semula ekonomi industri kreatif tanah air melalui kerjasama dengan pihak swasta membabitkan stesen televisyen dan penyiaran tempatan selain memperbanyakkan pemilikan Hak Cipta Kandungan dalam kalangan penerbit tempatan bagi penjanaan keuntungan di masa hadapan.
"Saya berharap agar semua penerima DKD ini dapat menghasilkan karya kreatif yang berkualiti sekali gus merancakkan semula industri ini sejajar dengan matlamat kita bersama untuk ke persada antarabangsa," katanya dalam majlis penyerahan surat tawaran PELAKSANA DKD Sesi 1 2020 yang berlangsung secara maya hari ini.
Turut hadir Pengerusi Finas, Zakaria Abdul Hamid dan Ketua Pegawai Eksekutif, Dr Ahmad Idham Ahmad Nadzri.
Saifuddin berkata, Kementerian Komunikasi dan Multimedia melalui Finas sentiasa menyokong dan membantu penggiat industri terutama melalui inisiatif PELAKSANA yang bertujuan memastikan industri kreatif terus berkembang walaupun terkesan dengan penularan pandemik COVID-19.
Justeru, beliau berkata, setiap penggiat harus mengambil peluang yang telah diberikan bagi memajukan lagi industri perfileman negara.
Saifuddin juga berharap dalam Rancangan Malaysia Ke-12 yang akan dilancarkan tahun hadapan, kerajaan memperuntukkan RM550 juta untuk DKD bagi merancakkan industri kreatif termasuk filem, muzik dan animasi. - BERNAMA
Topic Berkaitan
#syarikat produksi
#Dana Kandungan Digital
#FINAS
#industri kreatif
#Pelan Langkah Segera Ekonomi Industri Kreatif
#Pelaksana
#COVID-19
#Saifuddin Abdullah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan