IPOH: Sebanyak 42 kes buli direkodkan berlaku di sekolah-sekolah seluruh Perak sehingga Julai tahun ini, berbanding dua sahaja ketika pandemik COVID-19 sepanjang tahun 2021.
Bagaimanapun, tiada kes yang melibatkan kematian, kata Ketua Polis Perak Datuk Mohd Yusri Hassan Basri.
“Perbezaan (bilangan kes) itu berikutan penutupan sekolah-sekolah sewaktu fasa pandemik COVID-19,” katanya.
Mohd Yusri berharap, pihak Jabatan Pendidikan Negeri (JPN) boleh menyelesaikan kes-kes buli secara dalaman terlebih dahulu.
“Ini membabitkan pelajar-pelajar sekolah dan juga masa depan mereka. Jadi kalau ‘last resort’ memang kita kenalah (ambil tindakan).
“Kita harap pihak JPN, Pejabat Pendidikan Daerah, sekolah, ibu bapa, itu yang penting, dapat bekerjasama membendung kes-kes buli, bukan hanya di asrama, tetapi di sekolah-sekolah biasa yang lain,” katanya.
Beliau ditemui selepas program Katakan Tidak Kepada Buli di asrama Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson di sini awal hari ini.
Menurutnya, program itu dilaksanakan serentak di 12 daerah yang mempunyai sekolah berasrama, melibatkan 30 sekolah terdiri daripada tiga sekolah kebangsaan, 26 SMK dan sebuah SMK agama.
Katanya, ia merupakan kerjasama antara pihak polis dan JPN dalam usaha membentuk persekitaran sekolah yang sejahtera dan selamat kepada pelajar.
Dalam masa, ujarnya, ia juga bertujuan meningkatkan kesedaran dan pemahaman pelajar mengenai akibat sekiranya terlibat dalam kesalahan jenayah dan buli.
Abd Razak Mohd Ali
Sat Sep 24 2022

Mohd Yusri berkata, program Katakan Tidak Kepada Buli adalah kerjasama antara polis dan JPN dalam usaha membentuk persekitaran sekolah yang sejahtera dan selamat kepada pelajar. - Gambar fail

Berang ditegur baca doa buka puasa laju, anak pukul bapa
Suspek berumur 34 tahun itu dipercayai berang setelah ditegur mangsa kerana membaca doa berbuka puasa dengan laju.

Pegawai ditahan: Imigresen serah kepada SPRM, sedia beri kerjasama penuh
Jabatan Imigresen Malaysia tidak akan berkompromi terhadap salah laku melibatkan mana-mana pegawai dalam soal pelanggaran integriti.

Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai
Anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hanyut di sekitar sungai berkenaan.

AS & Kanada komited tentang rejim autoritarian
Amerika Syarikat dan Kanada ikrar akan bersama menentang rejim authoritarian.

Biden sahkan China tidak bekal senjata kepada Rusia
Presiden Joe Biden sahkan China tidak membekalkan senjata kepada Rusia, untuk operasi ketenteraan negara itu di Ukraine.

Rangka manusia ditemui terdampar tepi sungai
Mayat tanpa identiti tersebut didapati berada di tepi sungai di mana jarak antara sungai dengan mayat dijumpai kira-kira 1.8 meter.

Masalah gangguan bekalan air, apa penyelesaian?

Penumpang Prasarana cecah sejuta sehari
Jumlah penumpang perkhidmatan Prasarana mencecah sejuta sehari. Ia termasuk penggunaan perkhidmatan Rapid Bus dan MRT laluan Putrajaya.

Ibrahimovic pecah rekod Euro
Zlatan Ibrahimovic menjadi pemain kedua tertua beraksi dalam kelayakan kejohanan Eropah pada usia 41 tahun.

"Saya dan kawan-kawan ada perancangan nak..." - Anuar Zain kongsi 'plan' Ramadan
Penyanyi Anuar Zain memberitahu dia dan rakan-rakannya sudah mempunyai perancangan untuk menunaikan solat tarawih di masjid berlainan.

#ProjekHighCouncil cipta fenomena
Hasil perkongsian video di platform media sosial TikTok menerusi #ProjekHighCouncil keseluruhannya berjaya mencatatkan lebih 1 bilion tontonan (views) sejak Januari lalu.

Kes buli masih wujud kerana ibu bapa, guru tidak 'garang' seperti dahulu - Pakar kriminologi
Punca utama buli masih berlaku adalah kerana pemangsa mahu kelihatan hebat, kuat, dan gagah.

'Kapla', lesen, buli... Kisah benar bekas pelajar pernah bersekolah bersama 'High Council'
Fenomena drama High Council, berkisarkan buli dan fraterniti di sekolah membuka mata ramai orang, membuatkan lebih ramai cakna dengan isu buli di sekolah.

Kod Sukan Selamat pastikan ekosistem sukan yang selamat
Kod tersebut akan terpakai untuk semua kejohanan sukan termasuk kejohanan Majlis Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) 2023 yang bermula 15 Julai nanti.

KPM perincikan syor Jawatankuasa Antigangguan Seksual dan Buli
Fadhlina yakin saranan dan cadangan yang dikemukakan jawatankuasa berkenaan mampu meningkatkan keselamatan ekosistem sekolah.

Gangguan seksual, buli: KBS perkenal Kod Sukan Selamat 15 Mac - Hannah
Kementerian Belia dan Sukan (KBS) akan memperkenalkan Kod Sukan Selamat Rabu ini yang merangkumi aspek keselamatan gangguan seksual, buli dan keganasan.

Mahkamah tolak saman, bekas pelajar sekolah pendidikan khas fail rayuan
Seorang bekas pelajar sekolah pendidikan khas memfailkan rayuan berhubung keputusan Mahkamah Tinggi yang menolak samannya terhadap sekolah, kerajaan dan dua lagi.

3 pelajar ditahan bantu siasatan kes pukul rakan sekelas
Polis menahan tiga pelajar sebuah sekolah menengah, di sini, bagi membantu siasatan kes pukul rakan sekelas.

Polis siasat video anak PM dakwa jadi mangsa buli jalan raya
Polis menjalankan siasatan susulan anak Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Ilham mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya di Kilometer 307 Lebuh Raya Utara Selatan menghala Seremban.

Buli jalanan: Polis gesa pemandu Iriz hijau tampil
Terdahulu media melaporkan, Nurul Ilham dalam kemas kini di laman Twitter mendakwa menjadi mangsa buli jalan raya.