awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
Bekas Ketua Perisikan, pegawai kanan ATM antara didakwa kes rasuah esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

42 van Thailand diambil tindakan tidak patuh undang-undang - JPJ Kelantan

Bernama
Bernama
24/01/2026
02:45 MYT
42 van Thailand diambil tindakan tidak patuh undang-undang - JPJ Kelantan
Mohd Misuari (tiga, kiri) melihat dokumen pemandu van Thailand. - Foto Sinar Harian
JELI: Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Kelantan telah mengambil tindakan terhadap 42 kenderaan asing membabitkan van dari negara jiran sepanjang Ops Tunggak yang dilaksanakan di seluruh negeri itu bermula dari 16 Jan hingga semalam.

Ringkasan AI
  • JPJ Kelantan mengambil tindakan terhadap 42 kenderaan asing, khususnya van dari Thailand, dalam Ops Tunggak. Beberapa kesalahan termasuk tiada Permit Peredaran Antarabangsa (ICP) dan pemasangan cermin gelap.
  • Operasi ini dilaksanakan bagi memastikan undang-undang jalan raya dipatuhi oleh kenderaan asing dan tempatan, serta menjaga keselamatan pengguna jalan.
  • Pengarah JPJ Mohd Misuari menegaskan bahawa tindakan penguatkuasaan akan diteruskan tanpa kompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar undang-undang, serta menggesa pemilik dan pemandu kenderaan sentiasa mematuhi peraturan yang ditetapkan.

Pengarah JPJ Mohd Misuari Abdullah berkata dalam operasi itu, sebanyak 67 kenderaan asing diperiksa hasil risikan dan perancangan rapi yang menumpukan kepada penggunaan kenderaan asing, khususnya van dari Thailand yang didapati gagal mematuhi undang-undang jalan raya.
Beliau berkata antara kes tertinggi dengan 23 notis dikeluarkan ialah kesalahan mempamerkan Permit Peredaran Antarabangsa (ICP), tetapi tidak mengikut kehendak ditetapkan, pemasangan tirai langsir (12 notis), cermin gelap (11 notis), lain-lain kesalahan teknikal (12 notis) dan tiada ICP (dua notis).
"Banyak kes yang kita kesan menyalahgunakan ICP kerana van yang digunakan ialah milik individu atau persendirian dan tidak dibenarkan membawa penumpang.
"Namun, taktik yang dilakukan mereka (pemilik van) ialah tidak membawa penumpang ketika mendaftar di Kompleks Imigresen, Kastam, Kuarantin dan Keselamatan (ICQS) kerana penumpang berkenaan diturunkan dan berjalan kaki di ICQS sebelum mengambil mereka semula selepas melepasi kompleks berkenaan," katanya selepas Ops Khas Tunggak dan Teknikal 2026 di Stesen Penguatkuasaan JPJ Bukit Bunga, di sini semalam.
Mengulas lanjut, Mohd Misuari berkata operasi ini dijalankan bagi memastikan undang-undang dan peraturan jalan raya sentiasa dipatuhi tidak kira kenderaan asing mahupun kenderaan tempatan.
Operasi ini juga katanya, dilaksanakan bagi menjaga aspek keselamatan pengguna jalan raya kerana kenderaan tidak mematuhi syarat lesen, permit serta spesifikasi keselamatan boleh mendatangkan risiko kemalangan dan membahayakan keselamatan.
"Kita tidak akan berkompromi terhadap mana-mana pihak yang melanggar peraturan yang ditetapkan.
"Kami akan terus melaksanakan operasi penguatkuasaan dari semasa ke semasa dan berharap semua pemilik serta pemandu kenderaan sentiasa mematuhi undang-undang," katanya.
Beliau berkata sepanjang operasi terbabit, van JPJ Mobile turut berada di lokasi bagi memastikan van terlibat yang mempunyai saman baharu dan saman lampau boleh terus menyelesaikan saman mereka.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#JPJ Kelantan
#van Thailand
#jeli
#kenderaan asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan