awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tentera Israel roboh bangunan UNRWA di Baitulmuqaddis Timur
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Selangor jadikan pembangunan Islam teras dasar negeri, berpasikan Maqasid Syariah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

43 lagi pusat pemindahan mangsa banjir di Sarawak ditutup pagi ini

Bernama
Bernama
24/02/2016
04:33 MYT
43 lagi pusat pemindahan mangsa banjir di Sarawak ditutup pagi ini
Menurut JPAM, sehingga pukul 8 pagi sejumlah 2,366 orang mangsa daripada 668 keluarga masih berada di 15 pusat pemindahan berbanding 4,251 orang daripada 1,176 keluarga malam tadi. - Foto BERNAMA
Sebanyak 43 lagi pusat pemindahan mangsa banjir (PP) di daerah Kuching, Serian, Bau dan Samarahan ditutup pagi ini.
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) Sarawak, Siti Huzaimah Ibrahim berkata sehingga pukul 8 pagi sejumlah 2,366 orang mangsa daripada 668 keluarga masih berada di 15 pusat pemindahan berbanding 4,251 orang daripada 1,176 keluarga malam tadi.
Katanya 15 buah PP yang masih dibuka ialah lima di Kuching, lapan di Serian dan masing-masing sebuah di daerah Bau dan Samarahan.
Beliau berkata lima pusat pemindahan yang masih aktif di daerah Kuching menempatkan 850 mangsa daripada 201 keluarga, manakala di Serian terdapat 1,413 mangsa daripada 439 keluarga.
“Di Samarahan pula terdapat 80 orang mangsa daripada 24 keluarga masih berada di sebuah pusat pemindahan sementara di daerah Bau, sebuah PP yang masih aktif dengan 23 mangsa daripada empat keluarga,” katanya.
Topic Berkaitan
#banjir
#JPAM
#pusat pemindahan
#Sarawak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan