awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FEM 2026: Pendidikan instrumen penyetara kemajuan inklusif - PM
MAS bakal umum pengganti Anderson pada bulan Mac - Andy
Penggunaan, penjimatan Pas My50 boleh diketahui menerusi penjejak - Loke
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

43 terlibat parti liar ditahan di Kota Tinggi

Bernama
Bernama
17/05/2020
14:22 MYT
43 terlibat parti liar ditahan di Kota Tinggi
Seramai 43 individu ditahan kerana terlibat dalam parti liar di sebuah rumah penginapan inap desa di Taman Sri Penawar, Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, awal pagi Ahad. - Foto ihsan PDRM
Seramai 43 individu ditahan kerana terlibat dalam parti liar di sebuah rumah penginapan inap desa di Taman Sri Penawar, Bandar Penawar dekat Kota Tinggi, awal pagi Ahad.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi Supt Ahsmon Bajah berkata, 32 lelaki dan 11 wanita berusia dalam lingkungan 15 hingga 25 tahun itu, ditahan pada pukul 2 pagi oleh sepasukan polis daripada Balai Polis Bandar Penawar, dan Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Tinggi.
"Menerusi semakan, empat daripada 43 yang ditahan didapati mempunyai rekod lampau berkaitan jenayah dan dadah. Hasil saringan awal air kencing juga mendapati 31 daripada yang ditahan adalah positif dadah jenis methamphetamine dan ganja," kata beliau dalam satu kenyataan pada Ahad.
Antara yang ditahan terlibat dalam parti liar tersebut. - Foto ihsan PDRM
Antara yang ditahan terlibat dalam parti liar tersebut. - Foto ihsan PDRM
Mereka yang ditahan juga didapati bukan sahaja berasal dari Kota Tinggi tetapi juga dari daerah Johor Bahru.
Beliau berkata kesemua suspek ditahan reman selama empat hari bermula Ahad.
Katanya kes disiasat mengikut Seksyen 270 Kanun Keseksaan, Seksyen 15 (1)(C) Akta Dadah Merbahaya 1952 dan Peraturan 15, Peraturan-Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 2020.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Bandar Penawar
#Johor Bahru
#Kota Tinggi
#polis
#Polis Daerah Kota Tinggi
#suspek
#Taman Sri Penawar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan