Sebanyak 435 kertas siasatan berkaitan kes hasutan yang menyentuh sensitiviti perkauman, agama, institusi diraja dan pentadbiran keadilan negara dibuka sejak 2010 hingga 14 Okt lepas.
Daripada jumlah itu, sebanyak 55 kes melibatkan isu perkauman, agama (68), institusi diraja (60) dan pentadbiran negara (65).
Pengarah Jabatan Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti (JPJKK) Polis DiRaja Malaysia (PDRM) Datuk Rusdi Ahmad berkata sebanyak 11 lagi kes membabitkan Sabah dan Sarawak keluar Malaysia manakala baki sebanyak 176 kes melibatkan lain-lain kategori.
Beliau berkata demikian ketika menyampaikan ucap tama pada forum Yayasan Pencegahan Jenayah Malaysia dan Institut Debat dan Pengucapan Awam Malaysia (MIDP) di Universiti Malaya di sini, pada Ahad.
Rusdi berkata PDRM juga memandang serius penyebaran maklumat tidak sahih yang diputarbelitkan oleh segelintir individu melalui media sosial khususnya Facebook dan WhatsApp.
"Penyebaran maklumat palsu berupaya mengganggu gugat ketenteraman awam, mengancam keselamatan dan menjejaskan keharmoniam kaum selain mendatangkan mudarat kepada perpaduan kaum," katanya.
Sehubungan itu, beliau mengingatkan setiap individu supaya tidak melakukan perbuatan yang menjurus kepada menghasut, memfitnah, mengaib atau menjejaskan perpaduan masyarakat berbilang-bilang kaum dan agama di negara ini.
Menyentuh mengenai jenayah siber yang semakin meningkat di negara ini, Rusdi berkata dari Januari hingga Jun tahun ini, sebanyak 5,785 kes direkodkan dengan jumlah kerugian sebanyak RM119.7 juta.
"Dalam sudut ancaman siber, walaupun ia tidak semestinya ganas, namun ia membawa implikasi yang buruk secara meluas dalam masa yang amat singkat. Bagi membendung masalah ini, PDRM sentiasa berkolaborasi dengan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM)," katanya. -- BERNAMA
Bernama
Sun Oct 23 2016
PDRM memandang serius penyebaran maklumat tidak sahih yang diputarbelitkan oleh segelintir individu melalui media sosial khususnya Facebook dan WhatsApp.
Ceroboh hutan Raub: Tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti - MB Pahang
Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
"Tengok keperluan, mana perlu ditambah"
Sektor awam dikatakan bloated dengan jumlah penjawat yang ramai, namun perdana menteri tegaskan ia perlu terutama sektor-sektor kritikal.
Lee Hsien Loong lepas jawatan, seru rakyat bersatu padu
Perdana Menteri, Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura untuk kekal bersatu padu dan kekalkan kestabilan politik demi masa depan negara.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
Dalam nada yang sama, Timbalan Perdana Menteri, Lawrence Wong akan menggalas tanggungjawab beliau sebagai Perdana Menteri.
LAPD sahkan polis campur tangan protes di UCLA
Polis Los Angeles mengesahkan telah menghantar satu pasukan untuk mengawal ketenteraman di protes pro-Palestin di Universiti California Los Angeles (UCLA).
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Peta protes Pro-Palestin di dunia
Rangka stategi bantu Palestin, libatkan negara bukan Islam
Perdana Menteri berkata negara-negara Islam perlu libatkan negara-negara bukan Islam dalam strategi membebaskan Palestin dari kekejaman Israel.
Sanusi dibenarkan pindah kes menghasut ke Mahkamah Tinggi
Perbicaraan dua kes menyebut perkataan menghasut membabitkan Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor di Mahkamah Sesyen Selayang dipindahkan ke Mahkamah Tinggi di sini pada Khamis.
'Saya tidak lengah-lengahkan kes mahkamah' - Sanusi
Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Nor memaklumkan, tiada niat untuk melengah-lengahkan prosiding dua kes menyebut perkataan menghasut yang dipertuduhkan terhadapnya di Mahkamah Sesyen Selayang.
Perbicaraan kes hasutan ADUN Kijal bermula 22 April 2024
Mahkamah Sesyen menetapkan lima hari bermula 22 April 2024 bagi perbicaraan kes ADUN Kijal Datuk Razali Idris berkaitan kes hasutan.
435 kertas siasatan berkaitan kes hasutan dibuka sejak 2010
Daripada jumlah itu, sebanyak 55 kes melibatkan isu perkauman, agama (68), institusi diraja (60) dan pentadbiran negara (65).