Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat masalah pendatang tanpa izin di Sabah hari ini diberitahu 446,219 pendatang tanpa izin di negeri ini telah diusir antara 1990 sehingga semalam.
Pengarah Pasukan Petugas Khas Persekutuan Sabah dan Labuan, Datuk Suhaimi Mohd Salleh berkata mereka terdiri daripada warga Filipina, Indonesia dan lain-lain warganegara.
Saksi kelima yang dipanggil semula memberi keterangan pada prosiding hari keenam itu berkata pada Januari tahun ini sahaja, 870 pendatang tanpa izin telah diusir ke negara masing-masing.
Kepada soalan pegawai pengendali Manoj Kurup, saksi itu berkata sehingga semalam 3,741 pendatang tanpa izin dari Filipina, Indonesia dan lain-lain warganegara telah ditahan di tiga buah Pusat Tahanan Sementara (PTS) di bawah seliaan Pasukan Petugas Khas itu.
Beliau berkata 1,899 pendatang tanpa izin ditahan di PTS Papar, PTS Sibuga (683) dan 1,159 di PTS Tawau.
Suhami juga berkata pasukan itu membelanjakan RM72 juta bagi menjalankan aktiviti di skim-skim penempatan di negeri ini sejak 1990 hingga sekarang.
Saksi itu juga diminta menjelaskan peranan Pasukan Petugas Khas itu antaranya bertanggungjawab ke atas pendaftaran pendatang luar negeri di Sabah dan Labuan.
Beliau juga berkata pasukan itu juga mempunyai kuasa untuk menangkap dan menahan pendatang tanpa izin yang tidak mempunyai sebarang dokumen manakala pengusiran dilakukan oleh Jabatan Imigresen.
Katanya pasukan itu juga terlibat dalam memberikan dokumen iaitu sijil banci kepada pelarian Filipina di skim penempatan, yang datang ke Sabah kerana peperangan di negara mereka.
Beliau berkata pelarian yang diberikan sijil banci ini mesti memegangnya pada setiap masa dan ia boleh digunakan untuk memohon kad IMM-13 iaitu dokumen sementara.
Seorang warga Pakistan Parvez Khan Hussein Khan dalam keterangannya berkata beliau ada membayar RM330 kepada seorang kawannya yang bernama "Ikram", yang didakwanya telah meninggal dunia, bagi mendapatkan kad pengenalan (IC).
Parvez yang datang ke Sabah pada 1992 dan berkahwin dengan rakyat Sabah bersetuju bahawa IC birunya itu mempunyai masalah kerana dia memperolehnya dari "Ikram" bukannya dari JPN.
Saksi ke-31 Nur Mohd Ibrahim, yang lahir di Tamil Nadu, India, dalam keterangannya berkata beliau membuat sendiri permohonan bagi mendapatkan IC tanpa pertolongan mana-mana pihak.
Nur Mohd yang datang ke Sabah pada 25 Mac 1981 berkata selepas enam tahun tinggal di negeri itu pada 1987 beliau memperoleh IC biru selepas dua kali memohon dengan sokongan surat akuan sumpah tetapi tidak ingat siapa yang menandatanganinya.
Saksi ke-32, Sofian Mohamat, yang berbangsa Kadazan pula memberitahu bahawa ada seorang Pakistan memintanya membayar RM1,000 bagi mendapatkan sijil lahir untuk tiga anaknya.
Sofian yang berkahwin dengan warga Islam Filipina yang tidak mempunyai sebarang dokumen pengenalan diri itu berkata, dia membayar wang itu tetapi dia tidak diberikan sijil lahir. Beliau berkata anaknya tidak mempunyai sijil lahir kerana beliau tidak mendaftarkan perkahwinannya dengan Majlis Agama Islam Sabah, selain isterinya tidak mempunyai sebarang dokumen.
Sementara itu DSP Badaruddin Ismail, bekas pegawai cawangan khas, Bukit Aman yang menemuduga bekas Ketua Pengarah JPN Sabah, Ramli Kamarudin, berkata Ramli memberitahunya motif dia mengeluarkan resit permohonan IC baru dan hilang adalah untuk kepentingan dirinya.
"Menurut pendedahan beliau (Ramli) wang itu untuk dia sendiri, yang saya masih ingat setiap resit yang dikeluarkan beliau, beliau dapat RM250 bagi setiap resit. Motifnya untuk keuntungan diri sendiri untuk dapat duit," katanya.
Badaruddin yang kini bertugas sebagai pegawai turus, di cawangan khas, Ibupejabat Polis Kelantan sejak 2009 berkata jumlah keuntungan yang diperoleh Ramli yang ditahan mengikut Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) adalah lebih daripada RM 1 juta.
Saksi itu berkata semasa menemuduga Ramli berhubung pengeluaran IC itu pada tahun 1996, Ramli mendedahkan kepadanya bahawa dia telah mengeluarkan 16,000 resit sementara itu kepada pendatang tanpa izin Filipina, India, Pakistan dan sebagainya.
Turut memberi keterangan hari ini ialah ketua cawangan khas Bukit Aman, Datuk Ibrahim Zakaria yang menemuduga bekas ketua pengarah JPN Sabah, Datuk Abdul Rauf Sani.
Katanya Abdul Rauf memberitahunya beliau bertindak sendiri dalam mengeluarkan IC kepada pendatang tanpa izin itu.
Beliau berkata beliau juga menemuduga dua pegawai lain yang turut ditahan di bawah ISA bersama Abdul Rauf pada 1996 dan hasil temuduga itu Abdul Rauf memberitahunya beliau menjalankan aktiviti itu adalah lebih kepada untuk mendapat keuntungan.
Saksi itu berkata Abdul Rauf telah mengeluarkan 6,305 IC biru dan menerima RM167,300 bagi aktiviti tersebut.
Perbicaraan di hadapan panel lima anggota yang dipengerusikan bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong itu bersambung esok.
Bernama
Tue Jan 29 2013
ABC News setuju bayar saman fitnah AS$15 juta Trump, mohon maaf
Rangkaian berita itu akan membayar sebanyak AS$15 juta kepada sebuah badan kebajikan dan mengeluarkan permohonan maaf.
Lelaki sempat jerit minta tolong sebelum dibaham buaya
Mangsa berusia 28 tahun disambar reptilia itu ketika melalui jambatan kayu di kawasan setinggan tersebut.
Bekas pemain bola sepak Manchester City sah Presiden Georgia
Mikheil Kavelashvili dilantik sebagai Presiden oleh Parlimen Georgia selepas 16 hari protes melanda pekan dan bandar negara berkenaan.
DBKL lanjut tempoh permohonan tapak bazar Ramadan
Ia bagi memberi peluang kepada lebih ramai penjaja yang berkelayakan untuk mengambil bahagian.
Tentera Rusia berundur dari selatan Syria
Sebuah konvoi kenderaan tentera Rusia dilaporkan berundur dari wilayah selatan Syria menuju ke pangkalan tentera di Tartous, bandar pesisir Latakia, utara negara itu.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
Menurut media antarabangsa, konvoi kenderaan tentera dilihat melalui lebuh raya Damsyik-Homs menuju utara.
FBI dedah foto wartawan AS yang hilang di Syria sejak 2012
Biro Penyiasatan Persekutuan (FBI) pada Sabtu mengeluarkan sebuah gambar yang memaparkan wajah seorang wartawan dari Amerika Syarikat, Austin Tice yang hilang di Syria pada 2012.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Menerusi hantaran di X, gambar tersebut disunting bagi memberi gambaran kemungkinan paras beliau pada usia 40-an.
Thailand tewaskan Malaysia 1-0
Rekod tanpa kalah skuad bola sepak negara dalam kempen Kumpulan A Piala ASEAN lebur apabila tewas 0-1 kepada Thailand dalam aksi di Stadium Rajamangala, Bangkok, pada Sabtu malam.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Kemenangan dilakar apabila Kesilapan penjaga gol Malaysia Muhammad Haziq Nadzli ketika mengeluarkan bola dengan sempurna dimanfaatkan pemain Thailand, Patrik Gustavsson pada minit ke-57.
Tiga ditahan, pelbagai dadah bernilai RM44,200 dirampas
Polis menahan tiga lelaki dan merampas pelbagai jenis dadah dianggarkan bernilai RM44,200 di hadapan sebuah pasar raya di Bera pada Sabtu.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Menerusi kenyataan, ketua Polis Daerah Bera Supt Zulkiflee Nazir berkata pemeriksaan terhadap ketiga-tiga suspek itu menemukan dadah disyaki heroin seberat 1,379.81 gram dan syabu seberat 26.60 gram.
Tiga kilang perabot, kotak di Bandar Puncak Alam terbakar
Tiga premis dipercayai kilang perabot dan kotak di Taman Perindustrian Alam Jaya, Bandar Puncak Alam di Kuala Selangor dilaporkan terbakar pada Sabtu malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Selangor Ahmad Mukhlis Mokhtar berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berkenaan pada 9.44 malam.
Yoon Suk Yeol ikrar lakukan yang terbaik untuk Korea 'hingga ke penamat'
Suk Yeol membuat janji itu ketika berdepan penggantungan tugas selepas Parlimen mengundi untuk mendakwa beliau.
Kadar jenayah di perairan negara tunjuk trend penurunan - Maritim Malaysia
Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) mengesahkan kadar jenayah di kawasan perairan negara menunjukkan trend penurunan yang memberangsangkan.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 21 November 2024.
Imigresen Kelantan tahan 13 pendatang asing
Sebanyak 13 pendatang tanpa izin ditahan dalam operasi penguatkuasaan selama dua hari di Kuala Krai dan Kota Bharu berakhir semalam.
Lelaki Singapura, Palestin antara 85 pendatang asing ditahan Imigresen
Seorang lelaki Singapura dan seorang lelaki Palestin antara 85 pendatang asing ditahan Jabatan Imigresen (JIM) Johor dalam tiga serbuan berasingan di daerah ini serta Muar pada Jumaat dan Sabtu lepas.
Polis Perlis berjaya selesai 262 kes jenayah indeks bagi tempoh Januari hingga Oktober
Polis Perlis berjaya menyelesaikan 262 kes jenayah indeks daripada 290 kes yang direkodkan bagi tempoh Januari hingga Oktober, kata Ketua Polis Perlis Datuk Muhammad Abdul Halim.
49 ditahan proses sisa elektronik secara haram, aset RM41.6 juta disita
Dalam operasi bersepadu tersebut, pasukan serbuan telah melakukan pemeriksaan terhadap enam buah premis yang memproses barang logam, plastik dan e-waste.
Leka layan pelanggan, 12 GRO warga Vietnam antara 33 ditahan Imigresen
Mereka ditahan dalam serbuan di tiga premis iaitu pusat hiburan, restoran dan perniagaan menerusi Ops Gegar, Ops Selera dan Ops Minyak.
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah berita yang paling menjadi tumpuan sepanjang Selasa, 30 Julai 2024.
Sultan Pahang titah kekurangan nilai integriti punca tanah negeri 'dijajah' pendatang asing
Sultan Pahang bertitah kekurangan nilai integriti, menyebabkan tanah di Pahang sudah mula 'dijajah' oleh pendatang asing secara terang-terangan.
Geng Kribo tumpas: Rumah kosong jadi tempat 'simpan' PATI - Polis
Semakan mendapati empat lelaki migran terbabit adalah warga Bangladesh, manakala selebihnya merupakan Indonesia.