awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Festival Kraf Johor 2025: MOTAC sasar nilai jualan RM9.8 juta
Yen naik ke paras melebihi 155 berbanding dolar AS susulan kebimbangan campur tangan mata wang
SHMMP: KPDN Johor catat 354 kes
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini

Bernama
Bernama
23/12/2024
14:45 MYT
46 kes tidak patuh SHMMP di Johor tahun ini
Lee Ting Han (tengah) melihat senarai harga barang pada Pelancaran SHMMP, sempena sambutan Krismas2024 di Jaya Grocer Eco Galleria hari ini. - Gambar Bernama
ISKANDAR PUTERI: Sebanyak 46 kes tidak mematuhi peraturan Skim Harga Maksimum Musim Perayaan (SHMMP) dengan jumlah kompaun RM5,100 direkodkan di Johor tahun ini.
Pengerusi Jawatankuasa Pelaburan, Perdagangan, Hal Ehwal Pengguna dan Sumber Manusia negeri Lee Ting Han berkata bagi 2024, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) melaksanakan tiga kali SHMMP iaitu sempena perayaan Tahun Baru Cina, Hari Raya Puasa dan Deepavali.
"Sebanyak 1,708 pemeriksaan dilakukan melibatkan pengilang, pemborong serta peruncit di seluruh negeri ini.
"Daripada 46 kes itu, sebanyak 27 kes direkodkan pada perayaan Deepavali, Tahun Baru Cina (13 kes) dan Hari Raya Puasa (enam) melibatkan kesalahan tidak mempamerkan tanda harga, gagal meletakkan tanda harga merah jambu bagi barangan terkawal serta menjual barangan melebihi harga kawalan," katanya selepas melakukan 'walkabout' di sebuah pasar raya di Eco Galeria di sini hari ini.
Terdahulu beliau melancarkan SHMMP Krismas 2024 Peringkat Negeri Johor di pasar raya itu yang turut dihadiri Pengarah KPDN Johor Lilis Saslinda Pornomo serta Ketua Pegawai Penguatkuasa Negeri KPDN Mohd Fuzi Hadi Abd Latif.
Lee berkata 200 penguat kuasa KPDN akan melakukan pemeriksaan secara berkala di premis perniagaan bagi memantau pelaksanaan skim itu sehingga Jumaat ini.
Beliau dalam pada itu berkata sehingga kini KPDN Johor tidak menerima sebarang aduan mengenai kekurangan bahan mentah seperti sayur-sayuran.
"Sehingga kini belum ada sebarang aduan diterima mengenai kekurangan bekalan sama ada sayur, telur, ayam dan sebagainya...situasi sekarang memuaskan dan mencukupi.
"Bagaimanapun kerajaan negeri akan terus memantau bekalan bahan mentah di setiap daerah," katanya.
Untuk rekod, sebanyak 53 kes dicatatkan melibatkan nilai kompaun RM6,700 sepanjang pelaksanaan empat SHMMP tahun lepas.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#SHMMP
#harga kawalan
#kpdn
#bahan mentah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan