KUALA LUMPUR: Sebanyak 47 kes pemujaan salah yang bertentangan dengan ajaran Islam dilaporkan sejak Januari 2020 hingga September lalu.
Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Idris Ahmad berkata, daripada jumlah berkenaan, 33 kes perbuatan ajaran salah itu dilaporkan sepanjang tahun lalu, manakala 14 kes lagi dari Januari hingga September tahun ini.
Justeru, beliau berkata, beberapa langkah bagi mengatasi isu berkaitan penyelewengan akidah umat Islam telah dilakukan termasuk bekerjasama dengan Majlis Agama Islam Negeri (MAIN) dan Jabatan Agama Islam Negeri (JAIN) dalam aspek penyelidikan berkaitan ajaran dan doktrin yang meragukan atau disyaki mengeleweng daripada ajaran Islam.
Selain itu, Idris menambah, Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) turut mengadakan pertemuan dan sesi dialog secara tertutup bersama kumpulan atau individu yang terlibat dengan ajaran yang meragukan.
"Melaksanakan kajian secara menyeluruh dalam pelbagai aspek sebelum sesuatu ajaran atau doktrin itu diberi pandangan hukum oleh Muzakarah Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia (MKI).
"Ini termasuk kajian dari sudut kesan dan implikasi apabila sesuatu pandangan hukum mengenai ajaran sesat dikeluarkan.
"Jabatan Mufti di negeri mengeluarkan fatwa mengenai ajaran terbabit mengikut peruntukan dan bidang kuasa masing-masing berpandukan kepada pandangan hukum oleh Muzakarah MKI dan perbincangan di peringkat Jawatankuasa/Muzakarah Fatwa Negeri Negeri," katanya pada Sesi Pertanyaan Jawab Lisan di Dewan Rakyat, pada Khamis.
Beliau menjawab soalan Datuk Mohd Nizar Zakaria (BN-Parit) yang bertanya mengenai jumlah ajaran sesat yang dilaporkan sepanjang 2020 dan sehingga suku ketiga tahun ini serta usaha berterusan yang dilaksanakan kerajaan bagi bagi mencegah penyebaran ajaran sesat.
Astro Awani
Thu Oct 28 2021

Idris Ahmad, berkata daripada jumlah berkenaan, 33 kes perbuatan ajaran salah itu dilaporkan sepanjang tahun lalu, manakala 14 kes lagi dari Januari hingga September tahun ini. - Gambar fail BERNAMA

Hanya JDT bida, Stadium Sultan Ibrahim hos final Piala FA 2023
Gelanggang keramat juara bertahan, Johor Darul Ta'zim (JDT), Stadium Sultan Ibrahim (SSI) di Iskandar Puteri, sah dipilih sebagai venue perlawanan akhir Piala FA 2023.

Belum tiba masa lawan Brazil, Argentina - Hamidin
Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) mendedahkan skuad Harimau Malaya berpeluang mengadakan aksi persahabatan berdepan dua gergasi bola sepak dunia, Brazil dan Argentina, pada akhir tahun lepas.

Budak 2 tahun hilang di ladang kelapa sawit
Seorang kanak-kanak perempuan berusia dua tahun dikhuatiri hilang di kawasan ladang kelapa sawit di Kinabatangan sejak lima hari lalu.

Lorong 'SmartLane' USJ-Seafield di Lebuhraya ELITE bermula hari ini
Pengguna Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE) dari USJ ke Seafield boleh menggunakan lorong paling kiri menerusi ujian rintis awam 'SmartLane' bermula hari ini.

Isu Pulau Pinang: "Saya ada sandaran" - Sanusi sedia ke mahkamah
Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Muhammad Sanusi Md Noor bersedia untuk ke mahkamah berhubung dakwaan Pulau Pinang adalah milik Kedah.

Isu Islamofobia antara yang akan dibincang dalam lawatan ke Paris - Zambry
Malaysia akan membincangkan isu menangani Islamofobia dalam lawatan sulung Menteri Luar, Datuk Seri Zambry Abdul Kadir ke Paris, Perancis pada Khamis.

Agong zahir ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun TUDM ke-65
Yang di-Pertuan Agong menzahirkan ucapan selamat menyambut Hari Ulang Tahun Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) ke-65 kepada seluruh warga dan veteran TUDM.

Polis Evo 3 catat kutipan RM25 juta dalam tempoh seminggu
Filem terbitan Astro Shaw bersama Skop Productions dan TGV Cinemas, Polis Evo 3 berjaya meraih RM25 juta dalam tempoh 7 hari sejak ia ditayangkan secara rasmi di pawagam.

Yayasan dan badan amal diminta sediakan laporan dan penyata kepada penderma - PM Anwar
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim meminta semua yayasan dan badan amal di negara ini agar menyediakan laporan dan penyata kepada setiap penderma.

Lima JBPM negeri terima Pengarah baharu mulai esok
Lima buah negeri akan menerima Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) yang baharu, mulai esok.

Kertas Putih Kesihatan dijangka dibentang di Dewan Rakyat minggu depan - Dr Zaliha
Dr Zaliha berkata Kertas Putih Kesihatan itu bagaimanapun akan terlebih dahulu dibawa ke Kabinet pada minggu depan.

Ada Ahli Parlimen yang masih tidak faham perjalanan Dewan Rakyat - Sivamurugan
Jadikan Dewan Rakyat sebagai medan percambahan pemikiran dan idea yang dapat meningkatkan perubahan dari sudut kesejahteraan rakyat.

Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang Khamis, 25 Mei 2023.

Dewan Rakyat: Kerajaan tidak serius laksana fungsi Parlimen - Takiyuddin
Situasi itu membawa kepada blok pembangkang meminta undi belah bahagian dilakukan.

Elektrik: Subsidi bersasar T20 berasaskan pendapatan diumum selepas sistem PADU siap
Apabila sistem PADU siap sepenuhnya, subsidi bersasar kepada pengguna T20 berasaskan pendapatan mereka dapat dilaksanakan.

Dewan Rakyat: Hannah Yeoh kemuka fakta isu 'ketidakstabilan politik jejas prestasi atlet'
Seramai 220 atlet tidak dapat meneruskan latihan kerana tiada peruntukan khusus bagi pelaksanaan program latihan senior di bawah program podium.

Langkah kerajaan susulan keputusan Sukan SEA 2023 tumpuan Dewan Rakyat
Soalan itu akan dikemukakan Ahmad Fadhli Shaari (PN-Pasir Mas) kepada Menteri Belia dan Sukan.

Majoriti Senator Thailand belum putuskan untuk sokong Pita Limjaroenrat
Majoriti senator dilaporkan masih belum membuat keputusan sama ada mereka akan menyokong Pita Limjaroenrat, pemimpin Parti Move Forward (MFP) sebagai Perdana Menteri.

Individu 35-44 tahun paling ramai muflis, pinjaman peribadi punca utama - Azalina
Setakat 30 April lalu, Jabatan Insolvensi telah melepaskan 4,228 kes bankrap dalam skala kecil melalui sijil Ketua Pengarah Insolvensi.

12 Ahli Parlimen termasuk empat pembangkang dilantik ahli Jawatankuasa PAC
Yang Dipertua Dewan Rakyat, Datuk Johari Abdul berkata, mereka yang dilantik adalah lapan ahli Parlimen kerajaan dan empat pembangkang.