awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pegawai IKBN Kuala Langat didakwa bersubahat buat tuntutan palsu RM76,980
KDN gesa elak perhimpunan sempena lawatan PM Modi
KPDN Pulau Pinang tumpaskan kegiatan seleweng minyak masak bersubsidi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

475 pegawai AADK terima penganugerahan Sijil Perakuan Amalan

Astro Awani
Astro Awani
29/10/2024
12:08 MYT
475 pegawai AADK terima penganugerahan Sijil Perakuan Amalan
Majlis Pentauliahan Program Persijilan AADK (PPA) kali ke-3 bagi tahun 2024 diadakan di Pusat Latihan AADK, Sungai Petani, Kedah - Foto/AADK
KUALA LUMPUR: Seramai 475 pegawai Agensi Antidadah Kebangsaan (AADK) mendapat penganugerahan Sijil Perakuan Amalan bagi Program Persijilan AADK selepas berjaya mencapai tahap kompetensi menerusi tiga program, iaitu Sijil Amalan Pendidikan Pencegahan (CPE), Sijil Amalan Rawatan dan Pemulihan (CPP) serta Sijil Amalan Penguatkuasaan (CEP).
Menurut Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Shamsul Anuar Nasarah, daripada jumlah itu, seramai 123 pegawai ialah daripada CPE, 195 pegawai daripada CPP, serta 127 pegawai pula daripada CEP.
Manakala 30 pegawai lagi adalah daripada Pentauliahan Program Persijilan AADK (PPA) Ketua AADK Daerah yang diwujudkan khas kepada semua pegawai agensi daerah di seluruh negara.
"Dalam majlis yang sama, AADK menerusi Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) mengambil peluang untuk mentauliahkan seramai 44 pegawai yang berjaya mendapat Diploma Kemahiran Malaysia (DKM) dalam bidang Penyelarasan Koreksional Sosial Tahap 4 yang diperaku oleh Jabatan Pembangunan Kemahiran, Kementerian Sumber Manusia.
"Majlis berkenaan adalah acara tahunan bertujuan memberi pengiktirafan kepada pegawai-pegawai AADK yang telah mencapai kompetensi yang ditetapkan dalam program tersebut.
"Selain itu, PPA juga adalah sebuah platform khusus pegawai pemulihan AADK untuk mempelajari serta memperkasa pengetahuan dan pendekatan berkenaan strategi dalam bidang pencegahan, rawatan dan pemulihan serta penguatkuasaan undang-undang berkaitan masalah dadah dan bahan di negara ini," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Mengulas lanjut, Shamsul berkata selari dengan pindaan Akta Penagih Dadah (Rawatan dan Pemulihan) 1983 yang telah diluluskan Parlimen pada Ogos lalu, program PPA adalah persediaan awal AADK dalam meningkatkan kompetensi pegawai menerusi tiga bidang utama AADK, iaitu Pendidikan Pencegahan, Rawatan dan Pemulihan, serta Penguatkuasaan dan Keselamatan.
Jelas beliau, perkara itu jelas membuktikan kesiapsiagaan AADK dalam memastikan setiap inisiatif yang diperkenalkan melalui pindaan akta tersebut dapat dilaksanakan dengan jaya.
"AADK juga telah mempersiap Pegawai Pemulihan AADK dengan kemahiran saringan, penilaian, dan pengujian dadah yang menjadi satu komponen penting dalam peranan pegawai pemulihan untuk menentusahkan penagih dan penyalahguna dadah atau bahan yang ingin mendapatkan rawatan secara sukarela.
"Usaha ini secara tidak langsung mempamer AADK sedang menuju ke arah perkhidmatan yang lebih pantas, cekap, dan berkesan," katanya lagi.
Dalam pada itu beliau berkata, sejajar dengan perkembangan teknologi dan trend penagihan dadah daripada dadah tradisional kepada dadah sintetik, AADK juga komited untuk menerima pakai dan mengadaptasi kemajuan teknologi baharu.
Topic Berkaitan
#AADK
#Statistik dadah Malaysia
#sijil perakuan amalan
#Program Persijilan AADK
#kompetensi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan