awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Lisa BLACKPINK bakal bintangi filem original Netflix baharu
Mangsa cedera akibat gempa bumi Pacitan meningkat kepada 40 orang
TFC gagal bawa bekalan selesa ke Kuala Lumpur
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

48 individu ditahan terbabit penipuan dalam talian di Port Dickson

Bernama
Bernama
10/12/2024
13:00 MYT
48 individu ditahan terbabit penipuan dalam talian di Port Dickson
Maslan Udin berkata kesemua suspek didenda antara RM5,000 hingga RM7,000 oleh Mahkamah Majistret selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 420/120b(2) Kanun Keseksaan. - Gambar Bernama
PORT DICKSON: Polis menahan 48 individu kerana terlibat dengan sindiket penipuan dalam talian menerusi Ops Belatuk dan Ops Nuri yang dijalankan di empat lokasi berasingan sekitar daerah ini antara 14 Nov hingga 3 Dis lepas.
Ketua Polis Daerah Port Dickson Supt Maslan Udin berkata kesemuanya adalah 40 lelaki dan lapan wanita terdiri daripada 35 warga tempatan dan 13 warga asing berusia antara 19 hingga 40 tahun.
"Polis turut merampas 271 telefon bimbit pelbagai jenama, komputer riba pelbagai jenama (44), kereta pelbagai jenama (8) serta wang tunai berjumlah RM10,150 dengan keseluruhan rampasan dianggar bernilai RM820,150.
"Sindiket dipercayai beroperasi sejak dua bulan lepas ini membabitkan penipuan pelaburan dan turut menawarkan pekerja yang tidak wujud," katanya pada sidang media di sini hari ini.
Beliau berkata kesemua suspek didenda antara RM5,000 hingga RM7,000 oleh Mahkamah Majistret di sini selepas didapati bersalah terhadap pertuduhan mengikut Seksyen 420/120b(2) Kanun Keseksaan.
Dalam pada itu, beliau berkata Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Port Dickson melupuskan sejumlah barangan melibatkan 194 kertas siasatan bermula dari 2019 hingga tahun ini bagi kes berkait dengan kontraban, perjudian, barang am dan bitcoin bernilai keseluruhan RM210,000.
Maslan berkata antara barang kes melibatkan bitcoin yang dilupuskan ialah 282 peralatan mesin perlombongan, 23 unit blower dan sebuah komputer riba.
Beliau berkata bagi kes kontraban, barangan dilupuskan membabitkan 601 kotak rokok dan 568 karton rokok pelbagai jenama yang disiasat di bawah Seksyen 135(1) Akta Kastam 1967 manakala perjudian meliputi 175 telefon bimbit, mesin pencetak mudah alih (107), kertas slip catatan angka loteri haram, papan bergambar, mangkuk dan dadu.
"Kesemua barang kes ini telah mendapat arahan pelupusan di bawah Seksyen 406A dan 407A Kanun Prosedur Jenayah oleh Mahkamah Port Dickson," katanya.
Beliau berkata kesemua mesin bitcoin dilupuskan secara manual manakala rokok dibakar melalui kebuk pembakaran oleh syarikat dilantik yang mempunyai pensijilan daripada Jabatan Pengurusan Sisa Pepejal Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan untuk melupuskan aset-aset kerajaan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Akta Kastam 1967
#Bitcoin
#Mahkamah Majistret
#penipuan dalam talian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan