awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketersambungan Borneo asas kukuh pertumbuhan serantau - Abang Johari
12 parti politik ditubuh di universiti menerusi Parlimen Belia - Johari
Malaysia, Ukraine teroka peluang kerjasama infrastruktur jalan raya, pembinaan - Nanta
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5,000 unit artifak kebudayaan dipindahkan ke Muzium Negara Afghanistan

Bernama
Bernama
19/05/2024
10:09 MYT
5,000 unit artifak kebudayaan dipindahkan ke Muzium Negara Afghanistan
Usaha yang besar telah dilakukan untuk memelihara dan melindungi warisan bersejarah di negara yang dilanda perang itu. - Reuters
KABUL: Sebanyak 5,000 unit artifak kebudayaan telah dipindahkan ke Muzium Negara Afghanistan sejak kerajaan sementara Afghanistan mengambil alih kuasa pada Ogos 2021, lapor Xinhua yang memetik pemangku Menteri Kebudayaan dan Penerangan, Mullah Khairullah Khairkhwa, pada Sabtu.
"Usaha yang besar telah dilakukan untuk memelihara dan melindungi warisan bersejarah negara yang dilanda perang ini.
"Negara-negara di mana artifak bersejarah Afghanistan diseludup, seharusnya menghukum penyeludup dan tidak mengambil kesempatan terhadap artifak bersejarah Afghanistan," kata Khairkhwa seperti yang dipetik oleh agensi berita milik kerajaan, Agensi Berita Bakhtar.
Sebanyak 2,000 unit artifak kebudayaan telah dibaik pulih dalam tempoh yang sama, kata Khairkhwa, sambil menyatakan bahawa kerajaan telah menghalang penyeludupan 1,500 unit artifak bersejarah ke luar negara. Menurut kementerian, lebih daripada 60,000 artifak kuno dari pelbagai era telah didaftarkan dan dipamerkan di Muzium Negara Afghanistan di Kabul.
--BERNAMA-XINHUA
Topic Berkaitan
#Afghanistan
#Warisan
#Artifak
#sejarah
#muzium
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan