awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Protes pertama pembinaan pusat data, penduduk di Gelang Patah dakwa berlaku pencemaran
Lelaki ditahan pukul, ugut warga emas
Sivasangari terkandas di suku akhir Terbuka Windy City 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 lagi lokaliti di Sabah, Kelantan dikenakan PKPD - MKN

Astro Awani
Astro Awani
27/08/2021
11:22 MYT
5 lagi lokaliti di Sabah, Kelantan dikenakan PKPD - MKN
PKPD di lokaliti baharu di Sabah dan Kelantan itu bermula pada 29 Ogos sehingga 11 September. - Gambar/ BERNAMA
KUALA LUMPUR: Kerajaan hari ini mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) di lima lokaliti baharu, selain PKPD di dua lokaliti dilanjutkan manakala 14 lagi kawasan ditamatkan.
Dalam kenyataan oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN), lokaliti baharu itu membabitkan Sabah dan Kelantan, bermula 29 Ogos sehingga 11 September.
Dua lokaliti di Sabah ialah Kampung Debut, Ranau dan Kampung Tindai Kolopis, Penampang.
Di Kelantan tiga lokaliti terbabit ialah Kampung Bayu Lalang dan sebahagian Kampung Banggol Kemian di Pasir Mas, serta sebahagian Kampung Repek di Mukim Gual Periok.
Lokaliti yang dilanjutkan PKPD dari 28 Ogos hingga 11 September pula ialah Kampung Brunei, Beaufort dan Kampung Manggaris 2, Kota Marudu, kedua-duanya di Sabah.
Sementara itu, PKPD di Bandar Sinsuran, Kota Kinabalu ditamatkan pada 28 Ogos, lebih awal dari yang dijadualkan iaitu 4 September.
Lokaliti lain yang ditamatkan mengikut jadual ialah Kampung Lela Jasa, Kuala Krai, Kelantan; Jalan Blue Valley Lojing, Cameron Highlands, Pahang; Kampung Siasai Dundau, Kota Belud; Rumah Kongsi Tapak Bina Prima, Beaufort; PPR Sri Semarak, Tawau dan Kampung Sembulan Tengah dan Lama, Kota Kinabalu.
Turut ditamatkan ialah PKPD di Kampung Rancangan, Kalabakan; Lorong Mat Salleh Batu 2, Tawau; Kampung Contoh, Putatan; Kampung Pulutan, Kampung Mansiang, Tapak Bina Hyatt Centric dan Kampung Darau di Menggatal.
Topic Berkaitan
#PKPD
#Sabah
#Kelantan
#MKN
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan