awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Hati-hati sapu minyak urut pada anak, jangan main beli!
Ikan Temoleh kekal dilindungi, tiada kes dalam tempoh 10 tahun
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5 muka baharu angkat sumpah jawatan Exco kerajaan Pulau Pinang

Astro Awani
Astro Awani
16/05/2018
05:22 MYT
5 muka baharu angkat sumpah jawatan Exco kerajaan Pulau Pinang
Barisan EXCO Kerajaan Negeri Pulau Pinang yang hadir untuk mengangkat sumpah di Dewan Sri Pinang, hari ini. - Foto BERNAMA
Seramai 11 Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) mengangkat sumpah sebagai Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri (Exco) Pulau Pinang di hadapan Yang dipertua Negeri, Tun Abdul Rahman Abbas hari ini.
Daripada senarai Exco berkenaan, lima muka baharu akan menggalas tanggungjawab dalam tempoh lima tahun.
Mereka adalah ADUN Pinang Tunggal, Datuk Ir Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman; ADUN Tanjong Bungah, Zairil Khir Johari; ADUN Batu Maung, Datuk Abdul Halim Hussain; ADUN Paya Terubong, Yeoh Soon Hin dan ADUN Jawi, Soon Lip Chee.
Ahmad Zakiyuddin dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri I yang baharu manakala Dr P. Ramasamy kekal sebagai Timbalan Ketua Menteri II.
Manakala, Zairil dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Kerja Raya, Utiliti dan Tebatan Banjir.
Sementara itu, muka lama yang dikekalkan adalah Ketua Menteri Chow Kon Yeow, Timbalan Ketua Menteri II, P. Ramasamy; ADUN Sungai Puyu, Phee Boon Poh; ADUN Datuk Keramat, Jagdeep Singh Deo; ADUN Padang Lalang, Chong Eng dan ADUN Seberang Jaya, Dr Afif Bahardin.
Antara perubahan portfolio yang mencuri tumpuan ialah Kon Yeow yang mengambil alih portfolio pengangkutan, manakala portfolio kerajaan tempatan yang dipegangnya kini diserahkan kepada Jagdeep Singh.
Selain itu, dua portfolio baru diperkenalkan, iaitu Keterangkuman Gender di bawah Chong Eng, dan Perhubungan Masyarakat di bawah Ahmad Zakiyuddin.
DUN Pulau Pinang mempunyai 40 kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) dan 13 kerusi Parlimen.
Pakatan Harapan (PH) Pulau Pinang yang menggunakan logo Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengekal kemenangan apabila memenangi 11 kerusi Parlimen dan 37 kerusi DUN.
Topic Berkaitan
#ADUN
#Ahli Dewan Undangan Negeri
#angkat sumpah
#Exco
#Pakatan Harapan
#PH
#pulau pinang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan