SEBELUM memulakan hari anda, berikut lima berita penting perlu anda tahu.


1. Perkembangan penularan koronavirus

Jangkitan koronavirus kini hampir mencecah 2,000 kes di seluruh dunia dan mengorbankan 80 mangsa setakat ini.

Beberapa negara mencatatkan peningkatan jumlah mangsa positif koronavirus, antaranya Amerika Syarikat dengan lima kes, manakala Thailand lapan kes.

Menteri Kesihatan China, Ma Xiaowei dalam satu kenyataan menyebut bahawa jangkitan koronavirus dipercayai boleh berlaku dengan cepat dan mangsa yang dijangkiti boleh menyebarkan virus itu sebelum simptomnya kelihatan.

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail berkata saringan di setiap pintu masuk ke negara ini akan diperketatkan lagi dalam usaha mengekang penularan kluster novel koronavirus (2019-nCoV).

Pasukan yang terdiri daripada beberapa pegawai dan anggota dari Kementerian Kesihatan, Jabatan Imigresen dan pihak Malaysia Airports Holdings Bhd (MAHB) akan ditugaskan menyaring kemasukan pelancong dari luar negara, khususnya China.

Ikuti perkembangan terkini dari semasa ke semasa di saluran 501, astroawani.com dan platform media sosial Astro AWANI.



2. Kobe Bryant maut nahas helikopter

Legenda bola keranjang Amerika Syarikat, Kobe Bryant, 41, maut dalam nahas helikopter di California.

Helikopter persendirian yang dinaiki Bryant dilaporkan terbakar dan terhempas di bandar Calabasas, lapor media tempatan.

turut mengorbankan anak Bryant, Gianna Maria Onore, 13, yang dikenali sebagai GiGi,



3. Grammy Awards ke-62
Majlis anugerah muzik tahunan paling gemilang Grammy Awards kembali dalam edisi ke-62.

Selain calon-calon terkemuka yang bertanding dalam pelbagai kategori, persembahan tahun ini juga menampilkan pelbagai persembahan bagi menghargai muzik terbaik sepanjang tahun.

Penyanyi terkemuka Alicia Keys kembali sebagai hos majlis anugerah gilang-gemilang ini.

Antara persembahan yang bakal menghiburkan penonton ialah daripada Eilish dan Lizzo, Aerosmith, Gwen Stefani dan Blake Shelton, Camila Cabello, H.E.R., Jonas Brothers, RosalĂ­a, Tyler, The Creator, Bonnie Raitt, Run-DMC, Charlie Wilson, Ariana Grande dan Demi Lovato


4. Dr Mahathir, Mukhriz menang tanpa bertanding

Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) Langkawi selepas diumumkan menang tanpa bertanding jawatan itu.

Selain beliau, anaknya Datuk Seri Mukhriz Mahathir mengekalkan jawatan sebagai Ketua Bahagian Bersatu Jerlun apabila turut tidak dicabar.


5. Keputusan perlawanan bola sepak

Ligue 1
Nantes 0 - 1 Bordeaux
Lille 0 - 2 PSG

Bundesliga
Lille 0 - 2 PSG

Serie A
AS Roma 1 - 1 Lazio
Napoli 2 - 1 Juventus

La Liga
Real Sociedad 3 - 0 Mallorca
Valladolid 0 - 1 Real Madrid