Lelaki dan wangian juga tidak dapat dipisahkan. Sememangnya wangian dari label selebriti adalah satu promosi yang terbaik dalam jualan. Apa yang pasti, wangian dari label selebriti ini juga mempengaruhi citarasa dan juga aura tersendiri. InTrend senaraikan 5 yang terbaik di kalangan selebriti lelaki yang mendapat sambutan yang paling menggalakkan.
One Direction – One Moment
Kumpulan remaja popular ini tidak ketinggalan dalam menghasilkan produk wangian yang mendapat sambutan yang hangat di kalangan peminatnya serata dunia. Memilih rona 'pink’, tampil dengan wangian ini kerana rata-rata peminat mereka di kalangan anak gadis yang idamkan personaliti ahli kumpulan yang comel dan muda remaja.
David Beckham
Bukan satu, tetapi empat rangkaian wangian yang dikeluarkan oleh pemain bola sepak popular ini. Peminat yang bukan sahaja di kalangan lelaki malah wanita juga gemar dengan wangian sensual ini. David Beckham berkongsi minat dalam fesyen bersama isterinya. Kini, anaknya juga mula mengikut jejak langkah untuk mencipta nama di pentas lakonan. Boleh dikatakan koleksi ini adalah wajib ada pada setiap lelaki.
Sean John
Jangan hanya pandang rupa, mungkin pembungkusannya kelihatan biasa, namun koleksi ini adalah satu wangian yang 'timeless'. Pesona gaya lelaki sebenar diterapkan dengan wangian memikat khas buat anda yang inginkan kelainan serta wangian yang tidak terlaku keras malah masih ada pesonanya.
Justin bieber
Bermula dengan kerjaya nyanyian yang semakin memuncak, Justin bieber bijak dalam memilih langkah untuk membuat sesuatu yang berbeza daripada menyanyi. Wangian Bieber adalah kegilaan semua wanita. Wangian yang begitu 'hit’ dengan slogan 'Someday' ini boleh dikatakan trending di laman social.
Adam Levine
Siapa sangka selebriti ini memiliki wangian sendiri. Boleh dikatakan genre muziknya bukanlah target utama dalam memperkenalkan wangian mahupun barangan kosmetik. Malah Adam hadir dengan kelainan tampil gah dengan koleksi wangian tersendiri. Tertarik dengan rekaan botol persis bentuk microphone. Cool!