Seramai 50 individu yang dipercayai terlibat dengan aktiviti penipuan 'Macau Scam' ditahan dalam serbuan berasingan di enam banglo mewah di sekitar Johor pada Rabu.
Dalam serbuan oleh sepasukan anggota daripada Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman dan Ibu Pejabat Polis Daerah Iskandar Puteri itu, polis menahan 27 lelaki dan 16 wanita China, lima warga Taiwan serta seorang lelaki dan wanita tempatan yang kesemuanya berusia antara 20 dan 35 tahun.
Timbalan Pengarah (Siasatan Jenayah Siber dan Multimedia) JSJK Datuk Mohd Kamaruddin Md Din berkata dua warga tempatan yang ditahan disyaki berperanan mengurus operasi sindiket seperti membuat sewaan rumah, pemandu dan sebagainya.
Beliau berkata individu lain yang ditahan pula bertindak menghubungi dan memperdayakan mangsa.
"Polis turut merampas sebuah kereta jenis Toyota Vellfire, 46 telefon bimbit pelbagai jenama, 10 iPad, lima modem, enam router dan barangan lain," katanya dalam satu kenyataan di sini, pada Khamis.
Beliau berkata siasatan awal mendapati sindiket itu memperdaya mangsa yang terdiri daripada rakyat Taiwan dengan menghubungi mereka dan menyamar sebagai pegawai syarikat telekomunikasi negara tersebut.
"Mangsa akan dimaklumkan mempunyai hutang internet yang besar dan diminta menyelesaikannya segera dengan cara membuat pemindahan wang ke dalam akaun yang ditetapkan di Taiwan," katanya.
Mohd Kamaruddin berkata modus operandi sindiket itu ialah menggunakan kemudahan VoIP (Voice Over Internet Protocol) untuk menipu mangsa dan dikesan menjadikan negara ini sebagai pangkalan menipu rakyat asing.
"Penggunaan negara ini sebagai pangkalan untuk kegiatan penipuan merupakan perkara yang serius kerana ia secara tidak langsung mencemarkan nama baik Malaysia," katanya.
Beliau berkata kesemua mereka ditahan reman empat hari bermula semalam untuk siasatan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar dalam laman Twitternya mengucapkan tahniah kepada JSJK di atas kejayaan tersebut.
-- BERNAMA
Bernama
Thu May 25 2017

Sindiket itu memperdaya mangsa yang terdiri daripada rakyat Taiwan dengan menghubungi mereka dan menyamar sebagai pegawai syarikat telekomunikasi negara tersebut. - Gambar hiasan

Jumlah mangsa banjir di Johor, Sabah kekal pagi ini
Di Johor, setakat 8 pagi ini, seramai 37 mangsa daripada 11 keluarga masih berada di PPS Balai Raya Kampung Batu Badak, Segamat.
Ford henti eksport kenderaan ke China
Ford menghentikan penghantaran beberapa model kenderaan ke China akibat cukai balas sehingga 150%, dengan langkah ini dijangka menjejaskan keuntungan dan harga pasaran.
Iran sedia runding jika AS realistik
Iran menyatakan kesediaan mencapai perjanjian nuklear dengan AS jika tuntutan tidak melampau dikemukakan, dengan sokongan Rusia dan kemungkinan lawatan ke China oleh diplomat Iran.

BeDaie: Suara ilmu dari Kota Bharu bergema di Amerika Syarikat
Platform itu membawa misi menyebarkan ilmu dan cahaya Islam ke seluruh dunia, walaupun bermula dari sebuah pejabat sederhana di Kota Bharu.
AWANI Ringkas: Peluang Malaysia rombak strategi ekonomi - PM
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Pemandu kereta rentung kenderaan terbakar di Lebuhraya Utara Selatan
Kemalangan berlaku di KM65.3 Lebuhraya Utara Selatan arah utara malam tadi, membabitkan sebuah kereta terbabas melanggar pembahagi jalan.
#AWANIRingkas 19 April 2025 | 9 AM
Berikut merupakan rangkuman berita setakat 9 pagi, 19 April 2025
1️⃣ Peluang Malaysia rombak strategi ekonomi - PM
2️⃣ UITM diminta teliti pedagogi - Zambry
3️⃣ Taklimat pembangunan rumah dalam 2 minggu - Amirudin
#awaniringkas
1️⃣ Peluang Malaysia rombak strategi ekonomi - PM
2️⃣ UITM diminta teliti pedagogi - Zambry
3️⃣ Taklimat pembangunan rumah dalam 2 minggu - Amirudin
#awaniringkas
Energy Asia 2025
Delivering Asia’s Energy Transition

178 ditahan serang KFC di Pakistan
Serangan itu yang didorong oleh sentimen anti-AS dan penentangan terhadap sekutunya, Israel, dalam perang yang sedang berlaku di Gaza.
AWANI Pagi: Deepfake: Ancaman baru terhadap wanita
Teknologi deepfake kini menjadi senjata digital baharu. Mengeksploitasi wajah wanita untuk tujuan yang memalukan dan berbahaya. Apa perlindungan undang-undang yang ada? Apa peranan kerajaan? Saksikan perbincangan eksklusif bersama YB Syerleena Abdul Rashid dalam #AWANIPagi.

Kenderaan lawan arus bongkar cubaan edar syabu RM14.9 juta
Kenderaan Mitsubishi Triton ditemui ditinggalkan di bahu jalan dengan 22 plastik hitam mengandungi 440 bungkusan syabu seberat 468.3 kilogram.

Siasatan semula kes kematian Teoh Beng Hock kini di peringkat akhir - Shuhaily
Siasatan semula kes kematian Teoh Beng Hock kini berada di peringkat akhir, kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain.

Kes culik di Negeri Sembilan: Mangsa disorok dalam bagasi
Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Mohd Shuhaily Mohd Zain memaklumkan bahawa mangsa culik di Seremban, Negeri Sembilan telah disorokkan dalam bagasi sebelum dilarikan.

Tumbuk pemandu wanita: TDM serah siasatan kepada polis
TDM memantau secara dekat kes seumpama itu dan memandang serius sebarang tingkah laku anggota yang boleh membawa kemudaratan kepada imej perkhidmatan.

PDRM umum pertukaran 39 pegawai kanan
Polis Diraja Malaysia (PDRM) hari ini mengumumkan pertukaran 39 pegawai kanannya berkuat kuasa Jumaat lepas.

Enam termasuk tiga penyampai radio Era FM beri keterangan di Bukit Aman
Tiga penyampai radio itu dilihat tiba kira-kira 10.30 pagi menaiki kereta Toyota Vellfire berwarna hitam, manakala tiga lagi kakitangan radio terbabit tiba berasingan.

Lebih 35,000 kes penipuan dengan kerugian RM1.6 bilion direkodkan tahun lepas
Ramli berkata jumlah itu mewakili 84.5 peratus daripada 41,701 kes jenayah komersial dilaporkan pada tahun lepas.

PDRM umum pertukaran 13 pegawai kanan
Pertukaran itu antaranya melibatkan Timbalan Pengarah Cawangan Khas II Bukit Aman Datuk Ibrahim Darus yang dilantik sebagai Timbalan Pengarah Cawangan Khas E1 Bukit Aman.

Ambil tahu aduan didedahkan Edisi Siasat, elak persepsi - JIPS
Pemerhatian terhadap saluran itu mendapati banyak tuduhan dibuat adalah tidak berasas dan telah membina persepsi tidak baik masyarakat terhadap warga polis.

Polis rampas dadah dalam bungkusan teh Cina berjumlah RM23.67 juta
PDRM menumpaskan sindiket penyeludupan dan pengedaran dadah jenis syabu dan ketamin yang menjadikan negara ini sebagai transit.