awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Krismas: TPM Fadillah ajak rakyat terus perkukuh perpaduan, saling menghormati
Itali tangkap ketua mafia yang lama diburu di pangsapuri rahsia di Naples
Forest City berpotensi selesai isu kesesakan trafik, kepadatan penduduk Johor Bahru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

52 'mat rempit', penonton ditahan, kena tolak motosikal 4 kilometer

Nur Fazlizai Ali
Nur Fazlizai Ali
08/05/2021
15:39 MYT
52 'mat rempit', penonton ditahan, kena tolak motosikal 4 kilometer
Polis menahan 52 lelaki dan menyita 62 buah motosikal termasuk 19 motosikal yang ditinggalkan di tepi jalan selepas pemiliknya melarikan diri. - Gambar/ PDRM
DUNGUN: Seramai 52 'mat rempit' yang berkumpul untuk menyaksikan lumba haram di Jalan Yahya Ahmad, Dungun menerima padah selepas disebu polis, malam tadi.
Kesemua mereka yang berusia antara 16 hingga 26 tahun itu juga diarahkan menolak motosikal masing-masing sejauh empat kilometer sehingga ke Ibu Pejabat Polis Daerah Dungun.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Terengganu, Superintendan Abd Razak Hasan, berkata kesemua mereka ditahan dalam Ops Samseng Jalanan yang bermula jam 11 malam tadi hingga 10 pagi Sabtu.
Katanya menyedari kawasan itu diserbu ada antara mereka yang menjadi penonton bertempiaran lari meninggalkan motosikal masing-masing bagi mengelak dicekup.
"Sebelum itu kita telah melakukan pemantauan di kawasan berkenaan kira-kira jam 11 malam di lokasi yang sering menjadi lokasi kumpulan 'mat rempit' menguji kehebatan motosikal masing-masing.
"Sekitar jam 3 pagi sekumpulan penunggang motosikal mula memasuki kawasan itu sebelum tiga daripadanya melakukan aksi berbahaya iaitu 'zig-zag' dan berlumba sesama sendiri," katanya ketika dihubungi.
Abd Razak berkata sebaik menyedari kehadiran pihak berkuasa, kumpulan ini cuba meloloskan diri namun pihaknya berjaya menahan 52 lelaki dan menyita 62 buah motosikal termasuk 19 motosikal yang ditinggalkan di tepi jalan selepas pemiliknya melarikan diri.
Beliau berkata tiga lelaki yang menunggang motosikal dengan aksi 'superman' dan berlumba ditahan untuk siasatan lanjut mengikut Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 manakala selebihnya yang menjadi penonton ditahan mengikut Seksyen 81(2) akta sama.
Jelasnya sebanyak 125 saman dikeluarkan membabitkan pelbagai kesalahan seperti ubah suai ekzos, lesen kenderaan motor (LKM) tamat tempoh dan tiada perlindungan insurans.
Topic Berkaitan
#mat rempit
#ditahan
#Dungun
#terengganu
#polis
#aksi superman
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan