awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
Inkues Zara Qairina: Guru agama kongsi pertemuan terakhir dengan arwah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

54 individu ditahan ingkar SOP PKPB, PKPP - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
24/03/2021
09:35 MYT
54 individu ditahan ingkar SOP PKPB, PKPP - Ismail Sabri
Kata Ismail Sabri, sebanyak 70 operasi sanitasi dilakukan meliputi 25 zon merah, enam zon jingga, 12 zon kuning dan satu zon hijau di seluruh negara. - Gambar fail/BERNAMA
KUALA LUMPUR: 54 individu ditahan atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) dan Pemulihan (PKPP) di seluruh negara dalam tempoh 24 jam lalu.
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, semua yang ditahan dikompaun di atas kesalahan masing-masing.
"Antara kesalahan ingkar SOP adalah gagal menyediakan peralatan/merekod butiran diri/pelanggan (21), tidak memakai pelitup muka (17), rentas negeri/daerah tanpa kebenaran (6), aktiviti pusat hiburan (5), tiada penjarakan fizikal (3), langgar perintah kuarantin (1) dan memasuki kawasan PKPD tanpa kebenaran (1)," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Jelasnya lagi, Operasi Benteng telah menangkap 18 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) dan merampas 11 buah kenderaan darat.
Sementara itu katanya, sebanyak 70 operasi sanitasi dilakukan meliputi 25 zon merah, enam zon jingga, 12 zon kuning dan satu zon hijau di seluruh negara.
Ujarnya lagi, seramai 836 individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa dan semuanya telah dikuarantin di stesen-stesen kuarantin di seluruh negara.
Dalam pada itu kata Ismail, seramai 3,428 warga asing telah menjalani ujian saringan dan daripada jumlah itu, 11 orang didapati positif COVID-19.
Secara kumulatifnya, Kementerian Sumber Manusia (KSM) memaklumkan seramai 644,425 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan COVID-19 yang melibatkan 33,440 majikan.
Daripada jumlah itu, seramai 9,971 orang telah disahkan positif COVID-19 manakala 634,454 lagi adalah negatif.
Topic Berkaitan
#SOP
#pati
#PKPP
#PKPD
#PKPB
#COVID-19
#pelitup muka
#ismail sabri yaakob
#perintah kawalan pergerakan bersyarat
#rentas negeri
#ujian saringan
#perintah kawalan pergerakan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan