awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

54 pemain sape di Sarawak catat nama dalam Malaysia Book of Records

Bernama
Bernama
17/02/2019
10:41 MYT
54 pemain sape di Sarawak catat nama dalam Malaysia Book of Records
Seramai 51 lelaki serta tiga wanita memetik 59 melodi tradisional sape sepanjang berlangsungnya acara berkenaan. - Foto Twitter @bernamadotcom
Buat pertama kalinya seramai 54 pemain sape pedalaman Sarawak berjaya mencipta sejarah mencatat nama dalam Malaysia Book of Record (MBR) dengan persembahan muzik Sape paling lama, hingga 50 jam.
Acara yang bermula pada Jumaat (15 Feb) dan berakhir hari ini (Ahad) menyaksikan seramai 51 lelaki serta tiga wanita memetik 59 melodi tradisional sape dengan persembahan penutupan dilakukan oleh "Master Sape" Mathew Ngau Jau.
Pengurus Operasi, Kajian dan Pemasaran (MBR) Edwin Yeoh menyerahkan sijil pengiktirafan MBR persembahan muzik Sape terpanjang kepada Naib Presiden Eksekutif Perkhidmatan Korporat, Sarawak Energy Berhad (SEB) Aisah Eden dan Pengarah Penyiaran Sarawak Zainal Abidin Asri Abdul Wahid di Auditorium RTM Miri hari ini.
Dalam sidang media selepas penyampaian sijil, Aisah berharap pada masa hadapan SEB dan RTM dapat mengadakan kerjasama strategik untuk mempromosi kebudayaan etnik yang lain di Sarawak.
Zainal berkata, RTM Sarawak bersedia berkerjasama dengan SEB memandangkan selain sukan, muzik menjadi salah satu platform yang menyatukan rakyat pelbagai kaum
Sape berbentuk seperti gambus panjang bertali empat merupakan alat muzik jenis kordofon yang berasal dari kaum Orang Ulu terutamanya kaum Kenyah dan Kayan di Sarawak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Malaysia Book of Records
#muzik
#pemain sape
#Sape
#Sarawak
#tradisional
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan