awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
RPN 2026-2035 'reset' pendidikan negara, perkukuh laluan TVET
Indonesia terus perkukuh sokongan kepada Gaza menerusi saluran diplomatik
‘Jangan sesekali takut dengan kajian’ - Hannah Yeoh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

54 saman laju trafik dikeluarkan dalam masa tiga jam di Tol Skudai

Astro Awani
Astro Awani
13/02/2016
05:45 MYT
54 saman laju trafik dikeluarkan dalam masa tiga jam di Tol Skudai
Ops Tahun Baharu Cina kali ini mensasarkan kenderaan perdagangan khususnya bas, dengan 41 bas diperiksa selain 32 lori dan 40 kereta. - Gambar Astro AWANI
Sebanyak 54 saman laju dan pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan sepanjang tiga jam berlangsung Operasi Tahun Baharu Cina di Tol Skudai Johor Bahru, pada Jumaat malam.
Tiga pemandu lori dan dua penumpang kereta turut dikesan positif dadah selepas ujian air kencing dilakukan.
Penguatkuasa Lebuhraya Zon Selatan, ACP Huzaili Yaakob berkata mereka disiasat di bawah Seksyen 3 (1) Akta Penagih Dadah 1983 dan 15 (1) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Ops Tahun Baharu Cina kali ini mensasarkan kenderaan perdagangan khususnya bas, dengan 41 bas diperiksa selain 32 lori dan 40 kereta.
Operasi dilakukan MPV Trafik Bukit Aman ini turut disertai cawangan narkotik ibu pejabat daerah Kulai, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD).
Topic Berkaitan
#54 saman laju dan pelbagai kesalahan trafik dikeluarkan sepanjang tiga jam berlangsung Operasi Tahun Baharu Cina di Tol Skudai Johor BahruTol Skudai
#JPJ
#SPAD
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan