KUALA NERANG: Sebanyak 55 buah sekolah luar bandar di Kedah telah dilengkapi dengan kemudahan gentian optik 'Point of Presence' (PoP) yang dapat memperluaskan jaringan liputan infrastruktur jalur lebar sekolah-sekolah yang terlibat serta kawasan sekitar.
Menteri Komunikasi dan Digital Fahmi Fadzil berkata kemudahan itu akan membolehkan lebih ramai rakyat di Kedah khususnya di kawasan sekolah-sekolah, mendapat perkhidmatan dan akses kepada internet yang lebih pantas.
"Ini penting untuk kita mengurangkan apa yang disebut sebagai jurang atau kesenjangan digital. Kita tidak mahu satu keadaan.. mereka yang tinggal di kawasan bandar mendapat internet berkelajuan tinggi, tapi yang tidak tinggal di kawasan bandar, mereka jauh ketinggalan.
"Jadi insya-Allah projek PoP ini akan membantu untuk mengurangkan kesenjangan itu... untuk makluman juga PoP berkenaan adalah di bawah pelaksanaan fasa satu yang disediakan di luar kawasan sekolah," katanya kepada pemberita selepas merasmikan hab gentian optik PoP Zon Utara di sini hari ini.
Beliau berkata kira-kira 40 peratus port sambungan internet yang disediakan di semua PoP di 55 buah sekolah berkenaan telah dilanggan oleh pengguna dan dijangka ramai lagi pengguna akan melanggan selepas mengetahui kemudahannya.
Fahmi berkata banyak kawasan yang menyaksikan penyedia perkhidmatan jalur lebar tetap tidak mempunyai port sambungan internet untuk ditawarkan, sekali gus menyukarkan pengguna untuk melanggan perkhidmatan.
"Namun dengan program PoP ini kita sediakan (kemudahan itu) jadi dikurangkan kos bagi penyedia perkhidmatan dan bagi pengguna, mereka boleh mendapat perkhidmatan jalur lebar yang lebih pantas," katanya.
Sementara itu Fahmi berkata RM4.6 bilion diperuntukkan untuk membina 4,323 PoP di kawasan berhampiran sekolah luar bandar di seluruh negara membabitkan dua fasa pelaksanaan, dengan fasa pertama telah bermula pada 2021 manakala fasa kedua pula bermula pada 2022 sehingga 2025.
Turut hadir pada program itu ialah Ketua Setiausaha Kementerian Komunikasi dan Digital Datuk Seri Mohammad Mentek, Ketua Pengarah Pendidikan Datuk Pkharuddin Ghazali dan Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Berita Nasional Malaysia Roslan Ariffin.
-- BERNAMA
Bernama
Wed Mar 29 2023

Fahmi menandatangani plak perasmian kemudahan gentian optik PoP Zon Utara di SMK Padang Terap hari ini. - Gambar Bernama

Rangkaian 5G capai 62.1 peratus liputan setakat akhir Mei 2023 - Fahmi
Rangkaian 5G negara mencapai 62.1 peratus liputan kawasan berpenduduk (CoPA) setakat 31 Mei, 2023 melibatkan 5,058 tapak, kata Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil.

Peniaga pakaian didakwa buat hantaran hina Islam
Seorang peniaga pakaian mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan membuat hantaran menghina Allah, nabi dan agama Islam di laman sosial Facebook.

Empat atlet Perak bawa Jalur Gemilang ke Sukan Olimpik Khas Dunia
Empat atlet dari Negeri Perak antara yang akan mewakili negara pada Sukan Olimpik Khas Dunia yang berlangsung di Berlin, Jerman pada 17 hingga 25 Jun ini.

Pelukis Francoise Gilot meninggal dunia
Gilot menderita penyakit jantung dan paru-paru.

Kaherah bakal menjadi tuan rumah untuk Forum Urban Sedunia ke 12 (WUF12)
Pemilihan itu diumumkan dalam satu sidang media di Perhimpunan UN-Habitat di Nairobi, Kenya.

Dakwaan Empangan Chereh pecah tidak berasas
Tidak ada laporan dari mana-mana pihak berkaitan termasuk penduduk setempat dan Kerajaan Negeri Pahang mengenai perkara tersebut.

Lima sekeluarga ditahan kerana miliki pistol, dadah
Lima sekeluarga termasuk dua pelajar sekolah ditahan kerana memiliki dadah dan sepucuk pistol dalam serbuan di Kampung Takang, Tawang, Bachok.

Kenyataan Anwar bahawa Singapura guna OPR tidak benar - Dr Mahathir
Dr Mahathir menjelaskan, Monetary Authority of Singapore (MAS) tidak ada dasar OPR sejak tahun 1980an lagi.

Buang sisa kimia ke sungai Melaka, kilang elektronik didenda RM30,000
Sebuah kilang elektronik berasaskan semikonduktor didenda RM30,000 atas pertuduhan melakukan pencemaran sisa kimia ke dalam Sungai Melaka, tahun lalu.

Tuntutan Sulu: Kerajaan ambil segala tindakan pertahan kedaulatan negara - Azalina
Kerajaan mempunyai asas untuk mempercayai bahawa tuntutan itu bermotifkan kewangan, yang dibiayai oleh pembiaya litigasi yang tidak berpangkalan di Asia.

KPM benar semula aktiviti luar bilik darjah
Timbalan Ketua Pengarah Pendidikan menerusi surat siaran dan garis panduan berkata, kebenaran tersebut berkuat kuasa pada Selasa.

UPSR dan PT3 tidak akan dikembalikan buat masa ini - Timbalan Menteri Pendidikan
Timbalan Menteri Pendidikan Lim Hui Ying memaklumkan kepada Dewan Rakyat, kementerian memberi tumpuan kepada pendekatan yang lebih holistik apabila melibatkan pembangunan pelajar.

Intervensi seawal mungkin penting bagi pendidikan murid berkeperluan khas
Dr Mastura berkata penilaian kualiti secara keseluruhan agak kompleks kerana terdapatnya institusi prasekolah yang tidak berdaftar.

Pelajar bersihkan tandas: KPM akan perinci pelaksanaan - Fadhlina
Pelajar bersihkan tandas: KPM akan perinci pelaksanaan - Fadhlina

Lima alternatif atasi isu pelajar prasekolah di Malaysia
Pendidikan di peringkat prasekolah merupakan salah satu langkah untuk menunaikan hak setiap kanak-kanak di negara ini.

Penyediaan makanan bernutrisi di prasekolah perlu diberi penekanan - Dr Nik Raihan
Penyediaan makanan bernutrisi di peringkat pra sekolah perlu diberi penekanan sebagai persediaan sebelum kanak-kanak mengikuti pembelajaran di peringkat rendah.

Anwar mahu murid dilatih bersihkan tandas sekolah
Anwar Ibrahim membuat teguran bahawa kebanyakan tandas di sekolah di negara ini tidak terjaga dan dibaik pulih sebaiknya.

#SuaraMalaysia: 53 peratus responden pilih prasekolah kerajaan
Setakat Jumaat jam 7.48 malam, kaji selidik menunjukkan, daripada sejumlah 146 responden, 53 peratus memilih prasekolah kerajaan.

Ahli akademik akui TNE buka peluang global ikut keperluan ASEAN terutama di Indonesia
Menyediakan akses kepada pendidikan berkualiti tinggi daripada universiti terkemuka seluruh dunia, tanpa perlu tinggalkan negara asal.

Prasekolah di Malaysia: Lima perkara penting untuk diketahui
Walaupun pelbagai pembaharuan dan inisiatif pendidikan prasekolah telah dilakukan, isu akses dan kualiti masih menjadi kebimbangan.