KUALA LUMPUR : Parlimen Setiawangsa di ibu negara telah mempunyai 55 stesen pangkalan 5G setakat bulan ini dengan dua daripadanya terletak di Perumahan Awam (PA) Desa Rejang, Setapak.
Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, kawasan Parlimen itu juga mempunyai tiga Pusat Ekonomi Digital (PEDi) iaitu di Program Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Baru Air Panas, PPR Seri Semarak dan PA Desa Rejang.
“Kemudahan PEDi menyediakan pelbagai kursus serta latihan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT), mengasah kemahiran tentang e-dagang sekali gus membuka peluang menjana pendapatan secara dalam talian.
“Inisiatif yang dilaksanakan oleh Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) dengan kerjasama strategik syarikat penyedia perkhidmatan ini juga sejajar dengan hasrat Kerajaan Perpaduan dalam membantu mengurangkan kos sara hidup dan memastikan kesalinghubungan digital menyeluruh yang digariskan di bawah kerangka Malaysia MADANI dapat dicapai,” katanya dalam kenyataan semalam.
Terdahulu ketika berucap pada majlis pelancaran Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih, Fahmi berkata KKD menyasarkan 80 peratus kawasan berpenduduk seluruh negara menikmati capaian liputan 5G menjelang akhir tahun ini.
Maklumat lanjut berkaitan Pakej Perpaduan Prabayar Internet Mudah Alih boleh didapati menerusi laman web rasmi KKD di a href="https://www.kkd.gov.my/"https://www.kkd.gov.my//a.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 28 2023
Ahmad Fahmi (tengah) mengadakan sidang media pada Majlis Pelancaran di Dewan Serbaguna Perumahan Awam Desa Rejang Setapak Jaya di Kuala Lumpur semalam. --fotoBERNAMA
BNM umum penyelesaian kenaikan kadar premium insurans perubatan tidak lama lagi - Fahmi
Bank pusat itu masih memerlukan sedikit masa sebelum membuat pengumuman.
Raja Charles III lawat mercu tanda ikonik Battersea Power Station
Raja Charles III meluangkan masa melawat Battersea Power Station, lokasi ikonik di tebing Sungai Thames, pada Khamis untuk menyaksikan pelbagai aktiviti sempena musim perayaan dan bertemu pemilik perniagaan kecil serta komuniti setempat.
Jualan kenderaan hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat
Jualan global bagi kenderaan jenis hibrid elektrik dan plug-in sepenuhnya meningkat untuk bulan ketujuh berturut-turut pada bulan November.
Polis tahan Papagomo berkaitan kes tipu kutipan dana
Ketua Polis Negara, Tan Sri Razarudin Husain ketika dihubungi mengesahkan penahanan itu untuk siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan berkaitan kes tipu.
Kanada akan bertindak sekiranya Trump teruskan ancaman tarif
Kanada berupaya memotong bekalan tenaga ke beberapa bahagian di Amerika Syarikat jika Presiden Terpilih Donald Trump meneruskan ancaman mengenakan tarif ke atas Kanada.
Sidang kerja ekonomi pusat China atur pelan kerja 2025
Presiden China Xi Jinping dalam ucapannya pada sidang itu merumuskan kerja ekonomi China sepanjang 2024, di samping menganalisis situasi ekonomi semasa, selain mengaturkan kerja ekonomi pada 2025.
Gaji penengah Malaysia belum cukup tangani cabaran kos sara hidup
Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Strategic Counsel, Hafidzi Razali, walaupun gaji penengah rakyat, RM2,700 kelihatan memadai di atas kertas, tetapi hakikatnya, lebih separuh rakyat Malaysia bergelut dengan bebanan hidup dan sukar mencapai kualiti asas hidup yang baik. Katanya, masalah ini perlu diatasi secara menyeluruh untuk memastikan rakyat benar-benar merasai manfaat pembangunan negara.
Prospek neutral pada 2025 - Fitch Ratings
Fitch Ratings berpandangan neutral terhadap sektor korporat Asia Pasifik (APAC) pada 2025, mencerminkan kekuatan lembaran imbangan mereka dan prospek pertumbuhan stabil dan sebahagian besarnya mengimbangi turun naik dan ketidaktentuan global terhadap pembangunan ekonomi dan geopolitik.
Pemulihan sektor pelancongan, permintaan pengguna dijangka meningkat
Permintaan pengguna dijangka akan meningkat pada tahun hadapan susulan pemulihan sektor pelancongan.
Keuntungan industri penerbangan global dijangka terus kukuh pada 2025
Industri penerbangan global diunjur memperkukuh keuntungan pada 2025 dengan keuntungan bersih 36.6 bilion Dolar Amerika atau RM161.8 bilion.
55 stesen pangkalan 5G di Parlimen Setiawangsa
Kawasan Parlimen itu juga mempunyai tiga PEDi iaitu di PPR Kampung Baru Air Panas, PPR Seri Semarak dan PA Desa Rejang.
PRU15: Kepentingan kos, strategi, media sosial terhadap perang poster
Kos, strategi pemasangan dan penekanan kepada media sosial nampaknya mempunyai kaitan dengan perang poster dalam PRU15.
Pengundian awal petugas ATM di KL berjalan lancar
Proses pengundian awal bagi petugas Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan pasangan di Sekolah Kebangsaan Kementah berjalan dengan lancar pagi ini.
DBKL peruntuk RM700,000 naik taraf jalan raya sekitar Setiawangsa
Anggota Parlimennya Datuk Ahmad Fauzi Zahari berkata ia dilaksanakan bagi menjamin keselamatan serta memberi keselesaan kepada pengguna jalan raya.