awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Garis masa Perjanjian Tarif Timbal Balas Indonesia-AS dianjak ke Februari
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Mangsa ragut warga emas cedera selepas diseret 10 meter di Ketereh
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

565,157 MyKad hilang setakat tahun ini sahaja - Wan Junaidi

Nabihah Hamid
Nabihah Hamid
20/11/2013
03:59 MYT
565,157 MyKad hilang setakat tahun ini sahaja - Wan Junaidi
Kes kehilangan kad pengenalan MyKad dilaporkan terus meningkat.
Mengikut statistik yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk tahun ini sahaja, sehingga 30 Oktober 2013, sebanyak 565,157 MyKad telah dilaporkan hilang.
Timbalan Menterinya Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar memaklumkan pada sidang Dewan Rakyat pagi ini, pada tahun 2010 sebanyak 397,079 kes kehilangan direkodkan manakala bagi 2011 sebanyak 413 068 kes dan 429 137 lagi kes direkodkan pada 2012.
Antara punca kehilangan MyKad yang dilaporkan adalah menjadi mangsa ragut, kecurian dan penjualan MyKad kepada sindiket.
Sehubungan itu, kementerian katanya sedang menyediakan pelan tindakan drastik untuk menangani masalah itu yang disifatkan semakin berleluasa.
Wan Junaidi berkata langkah-langkah penyelesaian akan dimuktamadkan dengan segera dan akan didedahkan selepas menerima pandangan dari pejabat Peguam Negara.
BERITA LANJUT MENYUSUL
Topic Berkaitan
#mykad
#Parlimen
#Wan Junaidi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan