awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Liga Super: Dua jaringan Luqman Hakim pacu kemenangan NSFC
Nelayan dikhuatiri hilang jatuh laut di Tanjung Kubung
AHF perkasa pembangunan belia, lahir bakat hoki ke arah Sukan Olimpik
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5G: Kerajaan pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir - Ahmad Zahid

Bernama
Bernama
20/05/2023
12:25 MYT
5G: Kerajaan pastikan penduduk luar bandar tidak terpinggir - Ahmad Zahid
Ahmad Zahid berkata tanggungjawab berkenaan bukan sahaja hanya dipikul syarikat telekomunikasi semata-mata tetapi memerlukan kerjasama semua pihak. - Gambar fail/Bernama
TAMPIN: Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata kerajaan akan terus memastikan penduduk di luar bandar terutamanya kawasan Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan (Felda), FELCRA Bhd dan Pihak Berkuasa Kemajuan Pekebun Kecil Perusahaan Getah (RISDA), tidak terpinggir daripada mendapat liputan telekomunikasi teknologi 5G.
Beliau berkata tanggungjawab berkenaan bukan sahaja hanya dipikul syarikat telekomunikasi semata-mata tetapi memerlukan kerjasama semua pihak.
"Saya lihat di sini ada menara.. sistem telekomunikasi bertukar dari 3G ke 4G ke 5G, jadi saya sebagai orang yang diberi tanggungjawab untuk menjaga kawasan luar bandar dan desa, saya tidak mahu mereka terpinggir daripada mendapat liputan telekomunikasi.
Saya tidak mahu anak-anak kita terpaksa memanjat pokok untuk dapatkan liputan. Saya tidak mahu peneroka terpaksa pergi berdekatan menara (telekomunikasi) untuk dapatkan liputan," katanya ketika berucap pada Majlis Rumah Terbuka Aidilfitri Badan Perhubungan UMNO Negeri Sembilan di sini hari ini.
Turut hadir Menteri Besar Datuk Seri Aminuddin Harun dan Menteri Pertahanan Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata masyarakat luar bandar wajib diberikan kesamarataan dalam mendapat liputan 5G biarpun ketika ini pemasangan 5G mencapai 64 peratus di kawasan berpenduduk tinggi.
Ahmad Zahid berkata selain itu kerajaan juga akan memastikan isu perumahan generasi kedua FELDA diatasi segera sekali gus membantu golongan berkenaan mendapatkan kediaman masing-masing.
"Isu perumahan generasi kedua Felda ini...di Felda Jelai 1,2,3 di sini (contohnya) saya tahu Menteri Besar (Aminuddin) membantu, tetapi keperluan mesti dibuat sekarang. Saya yakin masalah generasi kedua itu harus diatasi segera kerana mereka merupakan penyokong kita," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#liputan 5G
#risda
#FELCRA
#luar bandar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan