awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penantian tujuh beradik miliki kad pengenalan berakhir
Apple Vision Pro hanya terjual 45,000 unit pada suku akhir 2025
Pendekatan WEL angkat graduan IUC ke pasaran kerja
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

5G: Rundingan syarikat telco, DNB masih berjalan, tarikh tutup 30 Jun

Bernama
Bernama
04/05/2022
12:18 MYT
5G: Rundingan syarikat telco, DNB masih berjalan, tarikh tutup 30 Jun
Annuar berkata sehingga kini semua syarikat masih dalam proses merundingkan harga atau nilai ekuiti yang ditawarkan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Rundingan perjanjian perkhidmatan antara syarikat telekomunikasi dengan Digital Nasional Bhd (DNB) bagi pelaksanaan rangkaian 5G negara masih dijalankan dengan tarikh tutup tawaran adalah pada 30 Jun ini, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Tan Sri Annuar Musa.
Annuar berkata sehingga kini semua syarikat masih dalam proses merundingkan harga atau nilai ekuiti yang ditawarkan.
"Mereka (syarikat) diberi tempoh hingga akhir Jun 2022 untuk memuktamadkan penyertaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Justeru Annuar berkata laporan portal dalam talian bertajuk "Annuar Musa: Only TM and YTL have agreed to own an equity stake in Digital Nasional Berhad (DNB)" bertarikh 2 Mei lepas yang memetik kata-kata beliau adalah tidak tepat.
Hari ini Bernama melaporkan hanya dua syarikat telekomunikasi (telco) iaitu Telekom Malaysia Bhd (TM) dan YTL Communications Sdn Bhd (YTL) yang memeterai perjanjian perkhidmatan dengan DNB bagi pelaksanaan rangkaian 5G negara, setakat ini.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#5G
#Annuar Musa
#DNB
#telco
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan