OSLO: Idea untuk memiliki hospital yang dilengkapi kemudahan rangkaian bersepadu 5G dan teknologi baharunya, adalah aspek yang boleh dimanfaatkan Malaysia bagi meningkatkan rawatan dan keupayaan pembelajaran, kata Menteri Komunikasi Fahmi Fadzil.
Fahmi pada Jumaat, melawat Hospital Radium Norway, di sini, tempat di mana syarikat gergasi telekomunikasi Norway Telenor Group mempamerkan secara dedikasi penyelesaian dalaman teknologi 5G dan kerjasama dengan hospital itu untuk melaksanakan inovasi rawatan pesakit dan membangunkan solusi kesihatan untuk meningkatkan kecekapan.
Fahmi berkata penyedia perkhidmatan telekomunikasi boleh melibatkan diri dalam perkongsian bersama dengan swasta-awam dan mereka bersedia untuk bekerjasama dengan hospital untuk menawarkan perkhidmatan baharu atau menghasilkan penyelesaian baharu.
"Jenis penyelesaian yang mereka ada di sini ialah membawa hospital kepada pesakit, tidak semestinya membawa pesakit ke hospital, dan idea untuk mempunyai dua rangkaian - rangkaian berasaskan IP konvensional dan rangkaian asas 4G/5G.
"Terdapat banyak pandangan dalam perkara ini dan saya amat bersemangat melihat penggunaan teknologi 5G seperti ini dilaksanakan di sini," katanya kepada Bernama selepas lawatan itu, di sini.
Rangkaian khusus 5G antara lain membuka peluang baharu seperti penyelesaian Internet Kebendaan (IoT) dan kecerdasan buatan (AI) sambil memberikan gambaran keseluruhan yang lebih baik tentang pesakit serta akses yang lebih pantas dalam keputusan ujian untuk pengamal.
Ia juga membuka peluang dalam penjagaan kesihatan masa depan seperti pembedahan bantuan jarak jauh dan sebagainya - semua ini di hospital pengajaran juga meningkatkan pengalaman pembelajaran dan keupayaan pengamal perubatan.
Fahmi berkata beliau akan membawa perkara ini ke Kementerian Pendidikan Tinggi dan Kementerian Kesihatan untuk melihat apek yang boleh dilakukan bersama.
Sementara itu, mengulas mengenai lawatan kerjanya ke Norway, Fahmi berkata penglibatan lebih meluas diperlukan dengan rakan kongsi di seluruh dunia, seperti Telenor untuk mempelajari kaedah lebih baik menggunakan teknologi baharu dan baru muncul.
"Secara keseluruhannya, selepas dua hari melawat Oslo, ia sangat membuka mata kerana banyak penyelesaian yang kita lihat di sini sama ada ia sedang dilaksanakan atau sudah dilaksanakan.
"Saya mempunyai peluang yang sangat baik untuk mengetahui lebih lanjut mengenai operasi Telenor dan juga cabaran...jenis peluang yang dibentangkan. Sebagai sebuah negara, kita mesti terbuka kepada peluang ini," tambahnya.
Sementara itu, Naib Presiden Kanan Telenor dan Timbalan Ketua Asia Hakon Bruaset Kjol percaya bahawa kepentingan 5G dan peluang yang dibawa oleh teknologi adalah sama pentingnya dengan membangunkan perkongsian awam-swasta yang kukuh.
"Ini menunjukkan bahawa 5G juga sama penting bagi sektor awam. Kes penggunaan yang kita lihat hari ini, untuk hospital juga dapat mengurangkan kos dan meningkatkan keselamatan terhadap data yang telah dikumpul untuk merawat pesakit dengan lebih baik," katanya.
Hakon juga berkata penting untuk menjalinkan perkongsian antara industri kerajaan dan swasta serta pemain lain dalam ekosistem.
"Ini termasuk mengadakan dialog terbuka untuk memastikan kita mendapat peraturan yang betul," katanya.
"Telenor gembira untuk meneruskan dialog yang dimulakan semasa lawatan menteri dan berkongsi lebih banyak penyelesaiannya kepada pelaksanaan rangkaian 5G di pasaran maju pada masa depan, termasuk melalui CelcomDigi Bhd," tambahnya.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Mar 02 2024
Fahmi (kanan) bersama Naib Presiden Kanan Telenor yang juga Timbalan Ketua Telenor Asia, Håkon Bruaset Kjol tiba di Hospital Radium Norway pada Jumaat. - Foto Bernama
Batu Puteh: Dr Mahathir balas kenyataan tiga bekas menteri Kabinet
Dr Mahathir turut membangkitkan persoalan sama ada perlu beliau meminta anggota Kabinet ketika itu untuk menyatakan pendapat mereka.
Pantau Agenda Reformasi: Tangani kenaikan harga premium insurans, takaful kesihatan
Ikuti kupasan Provost, Malaysia University of Science & Technology (MUST), Prof. Emeritus Dr. Barjoyai Bardai mengenai enam syor Jawatankuasa Pilihan Khas Kesihatan tangani kenaikan harga premium insurans & takaful.
Pelabur harus memiliki mata wang Bitcoin - Thomas Peterffy
Pengasas syarikat broker runcit Interactive Brokers Group, Thomas Peterffy menyarankan pelabur untuk memiliki sedikit mata wang kripto, Bitcoin.
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus
Pengeluaran getah asli Malaysia catat peningkatan 20.6 peratus pada Oktober 2024 dengan 38,400 tan berbanding 31,847 tan pada September 2024.
Korean Air selesai pembelian jangka panjang Asiana Airlines
Syarikat penerbangan Korean Air menyelesaikan pembelian jangka panjang terhadap pesaingnya, Asiana Airlines yang kini dalam krisis hutang.
Jumlah import eksport barangan China naik 4.9 peratus 11 bulan pertama
Jumlah import dan eksport barangan China mencapai RMB39.79 trilion (RM24.3 trilion) dalam 11 bulan pertama tahun ini, naik 4.9 peratus tahun ke tahun.
4.1 juta pencarum miliki amaun permulaan, RM 14.5 bilion dipindah
Seramai 4.1 juta atau 31.6 peratus daripada jumlah keseluruhan ahli Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) di bawah umur 55 tahun memilih mempunyai amaun permulaan dalam Akaun Fleksibel dengan jumlah perpindahan sebanyak RM14.5 bilion
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
Nilai ringgit dijangka terus kukuh menjelang akhir 2025
MIC cadang mekanisme khusus kawal kos rawatan hospital swasta
MIC mencadangkan supaya kerajaan dapat mewujudkan mekanisme khusus yang dapat mengawal kos rawatan di hospital swasta.
Pindaan Akta 655 perkenal hukuman berat, kesalahan baharu
Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Fadillah Yusof bentangkan pindaan Akta Industri Perkhidmatan Air 2006 (Akta 655) dengan memperkenalkan hukuman lebih berat dan kesalahan baharu.
PM Anwar kesal kelewatan pelaksanaan MyDigital ID, rangkaian 5G kedua
Kelewatan pelaksanaan dua inisiatif digital negara iaitu MyDigital ID dan rangkaian 5G kedua menyebabkan Perdana Menteri hilang sabar.
Rangkaian 5G kedua beri impak positif kepada pengguna dan sektor industri di Malaysia
Kewujudan rangkaian 5G kedua, U Mobile Sdn Bhd mampu memberikan impak positif kepada pengguna dan sektor industri.
Rangkaian 5G Kedua: Fahmi minta hormati keputusan MCMC
MCMC telah membuat penilaian sewajarnya melalui proses tender sebelum membuat keputusan tersebut.
5G Kedua: U Mobile lalui proses tender, bukan ‘direct award’ - Fahmi
Katanya, keputusan memilih U Mobile juga tidak bertentangan dengan syarat khas lesen bagi suatu lesen individu.
CelcomDigi timbang beberapa pilihan selepas tidak terpilih untuk Rangkaian 5G Kedua
Mereka percaya telah mempersembahkan cadangan teknikal dan komersial yang terbaik untuk pembangunan rangkaian 5G kedua.
Maxis mahu libat urus dengan MCMC, pertimbang pilihan susulan keputusan 5G kedua
Katanya, Maxis telah kemuka cadangan teknikal dan komersial yang komprehensif kepada MCMC untuk tender rangkaian 5G kedua.
U Mobile akan kurangkan pegangan saham majoriti asing kepada 20 peratus
Menurutnya, menerusi rekod prestasi terbukti menjangkau lebih 17 tahun, U Mobile dalam kedudukan baik bagi pelancaran rangkaian 5G kedua.
Rangkaian 5G Kedua Malaysia dilaksana oleh U Mobile Sdn Bhd
MCMC melaksanakan proses terperinci dari aspek teknikal dan komersial untuk memilih MNO yang akan melaksanakan Rangkaian 5G Kedua Malaysia.
Pengendali bangunkan rangkaian 5G kedua diumum beberapa minggu lagi - Fahmi
Pembangunan rangkaian 5G kedua itu kini dalam fasa minggu terakhir sebelum MCMC memuktamad penelitian mengenai proses tender.
Untung bersih CelcomDigi RM406.02 juta pada suku kedua, umum dividen 3.5 sen
Bagaimanapun, perolehan CelcomDigi berkurang 2.0 peratus kepada RM3.10 bilion berbanding RM3.12 bilion bagi tempoh yang sama.