KOTA BHARU: Seramai 6,000 belia telah digerakkan di seluruh negara dalam usaha untuk membantu menjayakan pemberian vaksin menerusi Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan.
Timbalan Menteri Belia dan Sukan Wan Ahmad Fayhsal Wan Ahmad Kamal berkata, kumpulan berkenaan akan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) untuk memberi penerangan kepada masyarakat terutamanya di luar bandar mengenai program vaksinasi itu.
Katanya, golongan itu juga akan menguruskan hal-hal pentadbiran berkaitan vaksinasi iaitu pendaftaran nama, semakan nama termasuk membawa masyarakat ke pusat vaksinasi.
"Mereka yang terlibat ini telah dilatih dan diberikan penerangan terlebih dahulu agar mereka dapat menjelaskan mengenai program vaksinasi ini kepada masyarakat dari rumah ke rumah dengan lebih jelas.
"Sebagai contoh, apa itu vaksin termasuk kesannya selain cara untuk mendaftar sebagai penerima vaksin menggunakan aplikasi MySejahtera atau membawa mereka mendaftar secara manual di pusat kesihatan daerah terdekat," katanya ketika ditemui pemberita, di sini hari ini.
Mengulas lanjut, Wan Ahmad Fayhsal berkata usaha itu juga dilakukan susulan pihaknya turut mendapati masih ramai masyarakat yang kurang jelas mengenai program vaksinasi itu.
"Ada (juga) yang bimbang mengenai hal-hal yang tidak sepatutnya seperti berlaku 'blood clot' dan sebagainya. Antara yang memerlukan khidmat penerangan ini ialah orang tua. Malah, saya lihat pendaftaran vaksinasi di Kelantan juga masih rendah terutamanya melibatkan golongan warga emas," katanya.
Beliau berkata pihaknya yakin usaha menggerakkan belia itu dapat meningkatkan kadar pengambilan vaksin COVID-19 dalam kalangan masyarakat, sekali gus memastikan program vaksinasi mencapai matlamat.
"Petugas-petugas kesihatan tidak ada masa untuk perkara ini memandangkan mereka sudah terlalu sibuk mengurus di hospital jadi kami perlu bantu mereka. Selain itu, sukarelawan ini akan ditambah dari semasa ke semasa," katanya.
Sebelum ini media melaporkan, Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Adham Baba berkata pelaksanaan fasa kedua program vaksinasi sepatutnya diadakan pada 19 April namun diawalkan pada 17 April lepas.
Susulan itu, kempen pendaftaran perlu digiatkan kerana golongan berumur 60 tahun ke atas dan individu mempunyai komorbiditi hanya 30 peratus daripada tujuh juta rakyat yang sudah berdaftar melalui aplikasi MySejahtera.
-- BERNAMA
Bernama
Fri May 07 2021
Menurut Wan Ahmad Fayhsal, belia juga menguruskan hal-hal pentadbiran berkaitan vaksinasi iaitu pendaftaran nama, semakan nama termasuk membawa masyarakat ke pusat vaksinasi. - Gambar fail
Harga RON97, RON95 dan diesel kekal
Harga runcit petrol RON97 dan RON95 di seluruh negara masing-masing kekal pada paras RM3.19 dan RM2.05 seliter bagi tempoh 12 hingga 18 Dis ini.
Dewan Rakyat lulus RUU Keselamatan Dalam Talian 2024
RUU itu diluluskan melalui undi belah bahagi dengan 77 Ahli Parlimen bersetuju, 55 tidak bersetuju serta 90 tidak hadir.
Proses ukur tanah hak adat bumiputera di Sarawak berbaki 13 peratus
Proses pengukuran tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) di Sarawak kini hampir selesai, dengan hanya sekitar 13 peratus daripada keseluruhan keluasan tanah yang dianggarkan masih belum disukat.
Warga emas besarkan anak OKU di rumah daif
Kerana kasih dan kerana sayang seorang ibu tunggal yang sudah mencecah usia 80 tahun terus cekal menjaga anak kurang upaya nya.
Sarawak tidak pinggir subjek BM, utamakan kelulusan
Kerajaan Sarawak tidak pernah meminggirkan kepentingan subjek Bahasa Melayu, malah mengutamakan kelulusan subjek tersebut sebagai syarat kemasukan ke institusi pengajian tinggi miliknya.
Sarawak sasar 609,000 pelancong Indonesia pada 2025
Lembaga Pelancongan Sarawak (STB) menyasarkan ketibaan 609,000 pelancong dari Indonesia ke Sarawak pada tahun depan, didorong oleh daya tarikan gabungan unik budaya, pengembaraan, alam semula jadi, makanan, dan perayaan yang ditawarkan.
Tenaga kerja berkemahiran perlu ambil kira penguasaan AI
Penyediaan 500 ribu tenaga kerja Sarawak berkemahiran pada masa depan perlu mengambil kira kemampuan mereka untuk menguasai teknologi AI atau kecerdasan buatan.
DAP Sabah diberi mandat kaji kedudukan dalam kerajaan negeri
Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP memberi mandat penuh kepada pimpinan DAP Sabah untuk mengkaji semula kedudukan parti dalam pentadbiran kerajaan negeri itu, dan mengambil tindakan selanjutnya susulan isu rasuah membabitkan pemimpin di Sabah.
Jangan terpedaya harga murah kenderaan mewah negara jiran
Rakyat Sabah dinasihatkan agar tidak terpedaya dengan tawaran harga murah kenderaan mewah yang dipercayai kereta klon dari negara jiran Brunei Darussalam.
Jumlah mangsa banjir di PPS terus menurun di sebelah petang
Situasi banjir di semua negeri terlibat beransur pulih dengan jumlah mangsa menurun setakat 4 petang tadi.
Pengundi muda di AS keliru pilihan Presiden 2024
Landskap politik AS kini berubah menyebabkan sesetengah belia yang sebelum ini setia kepada parti Demokrat tidak lagi pasti tentang pilihan mereka.
Senator wakili belia bakal dilantik di Dewan Negara - Ismail Sabri
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengumumkan seorang senator dalam kalangan be;ia bakal dilantik di Dewan Negara bagi mewakili suara golongan itu.
PRN Johor: Peratusan keluar undi golongan belia dijangka kurang
Menurut data Indeks Belia Malaysia, sosilisasi politik dalam kalangan belia memang rendah malah menurun setiap tahun.
Keluarga muda Malaysia, mutu sukan dan isu belia fokus saya - Ahmad Faizal
Isu pengangguran, graduan kehilangan pekerja, meningkatkan kemahiran belia dan pembangunan sukan antara yang akan diberikan perhatian oleh Menteri Belia dan Sukan yang baharu, Ahmad Faizal Azumu.
'Kami yakin belia mampu bantu kerajaan sebaiknya' - MPPK
Majlis Perundingan Pelajar Kebangsaan menyambut baik komitmen kerajaan dalam mendengar dan memberi tumpuan suara anak muda dalam memulihkan negara.
PRU15: Pastikan kes rendah, kadar vaksinasi tinggi sebelum laksana
Kes harian COVID-19 perlu berada pada angka yang rendah, jika mahu mengadakan Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU15) dalam masa terdekat.
Harapan Hari Belia Antarabangsa 2021, generasi muda mahu...
KETIKA 'perang' menentang pandemik COVID-19 masih berterusan, kestabilan politik perlu terus diberi perhatian bagi memastikan kejayaan langkah-langkah yang sedang dilaksanakan.
Kenyataan Syed Saddiq tuduhan liar, tidak matang dan ada agenda tersendiri - Pemuda PN
Kenyataan Ahli Parlimen Muar, Syed Saddiq Syed Abdul Rahman terhadap Kerajaan Perikatan Nasional (PN) disifatkan sebagai tuduhan tidak berasas.
Beban liabiliti antara punca golongan muda sukar menyimpan
Pendapatan yang tidak mencukupi disebabkan terpaksa menanggung liabiliti dan hutang mempengaruhi trend perbelanjaan golongan muda sehingga mendorong mereka menggunakan kad kredit.
Mohammad Natsir tokoh pemikir Islam disegani - Anwar Ibrahim
Ketokohan Perdana Menteri kelima Indonesia, Dr Mohammad Natsir dalam penulisannya mengenai Islam dan modernisasi memberi kesan yang mendalam.