Kebudayaan Melayu adalah antara yang terkaya dengan resam, tradisi dan simbol yang pelbagai. Sejak berkurun lamanya, tiada yang lebih cocok memakai simbol-simbol ini melainkan Raja-Raja Melayu sendiri.
Mungkin keseluruhan kekayaan sejarah dan resam Melayu sukar dimuatkan dalam beberapa alat kebesaran, tetapi tidak dapat dinafikan, alat-alat ini sinonim dengan kemegahan adat Melayu dan kedaulatan Raja-Rajanya sejak berkurun yang dahulu.
Anda mungkin kenal keris panjang dan cokmar, tetapi bagaimana dengan yang lain? Kami senaraikan enam alat kebesaran Raja-Raja Melayu untuk pengetahuan bersama.
Keris Panjang Diraja
Barangkali alat kebesaran Raja Melayu yang paling dikenali antara semua, keris di adalah alat kebesaran negara yang utama dalam istiadat pertabalan. Keris Panjang Diraja merupakan keris yang menandakan kebesaran dan kekuasaan kerajaan. Ia bersalut emas dari hulu ke sarung dan di atas sampirnya (bahagian atas sarung keris) terletak lambang Kerajaan Persekutuan dan lambang 11 Negeri-negeri Tanah Melayu. Matanya ditempa daripada besi waja yang diambil daripada sebelas bilah keris negeri-negeri itu. Hulu keris ini berbentuk Tapak Kuda dengan hiasan berbentuk buah jering. Keris ini hanya dibawa oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam istiadat-istiadat tertentu sahaja.
Cogan Alam
Kebanyakan kita sering terkeliru dengan cokmar di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara, cogan alam mempunyai reka bentuk dan signifikan yang berbeza. Diperbuat daripada perak, panjangnya 162.66 sentimeter dan hulu tongkatnya berbentuk bulatan. Di atas bulatan ini terdapat anak bulan dengan bintang diperbuat daripada emas. Di sekeliling bulatan ini diterapkan lambang 11 negeri di Tanah Melayu yang juga diperbuat daripada emas. Bulatan tersebut ditanggung oleh empat lembaga harimau yang berdiri, manakala tongkatnya dihiasi dengan enam tangkai padi yang diperbuat daripada emas.
Cogan Agama
Ia serupa dengan cogam alam, tetapi tidak sama. Diperbuat daripada perak, ia mempunyai kepanjangan 155.04 sentimeter dan berbentuk sebatang tongkat yang mempunyai hulu berbentuk bulat besar. Di atas hulu tongkat itu terdapat anak bulan dengan bintang pecah lima yang diperbuat daripada emas. Pada batang dan hulunya, diterapkan dengan ayat-ayat suci Al-Quran.
Cokmar
Antara alat kebesaran diraja yang paling dikenali kerana sering dilihat di dalam Dewan Rakyat dan Dewan Negara di Parlimen. Cokmar merupakan dua batang tongkat pendek berhulukan kubah dan merupakan alat perang zaman dahulu. Cokmar diperbuat daripada perak dan panjangnya adalah 81.32 sentimeter.
Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja
Juga sebahagian daripada alat perang zaman dahulu, Pedang, Keris Panjang dan Sundang Diraja merupakan tiga senjata Melayu lama yang dijadikan sebahagian daripada alat kebesaran Diraja iaitu diambil daripada mata pedang, keris panjang dan sundang zaman purba. Keris Panjang dan Sundang disalut dengan perak dan mempunyai pelbagai bentuk ukiran pada hulu dan sarungnya.
Payung Ubur-Ubur Kuning dan Tombak Berambu
Kuning adalah warna yang tidak asing lagi bagi Raja-Raja Melayu. Ini kerana warna ini adalah warna yang dipandang mulia oleh orang Melayu dan seterusnya dikhaskan menjadi lambang kebesaran Raja-Raja. 20 kaki Payung Ubur-Ubur Kuning diperbuat daripada kain sutera yang berwarna kuning raja. Di puncaknya, terletak anak bulan dan bintang dan di sampingnya, terdapat 20 batang Tombak Berambu yang matanya berlok tiga. Ini diperbuat daripada tombak-tombak pusaka dari sebelas buah negeri di Semenanjung Malaysia.
Astro Awani
Mon Jan 07 2019
Anda mungkin kenal keris dan cokmar, tetapi bagaimana dengan yang lain? - Gambar fail BERNAMA
Pengguna Facebook, Instagram luang 60% masa menonton video
Menurut Meta, kini pengguna meluangkan 60% daripada masa penggunaan di platform berkenaan dengan menonton video.
Rumah kebajikan warga emas dipukul tidak berdaftar - Nancy
Rumah kebajikan dihuni warga emas yang dipukul dengan kayu di Taman Desa Aman, Padang Serai, Kedah didapati tidak berdaftar dengan JKM.
Pasangan beregu badminton Soon Huat-Shevon kongsi gambar praperkahwinan
Pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai, hari ini berkongsi gambar praperkahwinan mereka, yang dijangka akan dilangsungkan tidak lama lagi.
Kementerian Perpaduan lancar Inisiatif Harmoni Madani
Kementerian Perpaduan Negara hari ini melancarkan Inisiatif Harmoni Madani.
Kes 1MDB: Najib percaya Blackstone dikawal Arab Saudi, Raja Abdullah - Saksi
Saksi memberitahu Najib percaya bahawa syarikat Blackstone Asia Real Estate Partners dikawal oleh kerajaan Arab Saudi dan Raja Arab Saudi.
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
6 alat lambang kedaulatan Raja-Raja Melayu
Anda mungkin kenal keris dan cokmar, tetapi bagaimana dengan yang lain?