KUALA BERANG: Enam sekeluarga yang tinggal di sebuah rumah bot rosak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu akan berpindah ke rumah sementara disediakan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).
Shamsuddin Khalid, 45, ketika ditemui pemberita hari ini berkata dia akan berpindah ke sebuah rumah kosong di kuarters pekerja Ketengah di Lawit dalam tempoh dua atau tiga hari lagi.
"Terima kasih banyak kepada Ketengah atas keprihatinan terhadap kami sekeluarga. Kami akan tinggal di sini sementara menunggu rumah yang dibina melalui Projek Perumahan Rakyat Termiskin (PPRT) siap sepenuhnya pada Oktober depan," katanya.
Shamsuddin ditemui ketika menerima kunjungan Pengerusi Ketengah Datuk Razali Idris dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Telemong Datuk Rozi Mamat hari ini.
Sementara itu, Razali berkata rumah PPRT untuk keluarga berkenaan yang bernilai RM53,000 akan dibiayai oleh Kementerian Pembangunan Luar Bandar dan mula dibina pada bulan depan.
"Hari ini, kita bawa sedikit bantuan barangan keperluan untuk keluarga Shamsuddin dan akan memberi satu tab untuk kegunaan anaknya menjalani Proses Pengajaran dan Pembelajaran di Rumah (PdPR) dengan lebih selesa.
"Semoga perpindahan keluarga ini ke kuaters pekerja Ketengah sementara menunggu rumah PPRT siap memberi kehidupan yang lebih baik terutama untuk anak-anaknya," katanya.
Jumaat lepas, media melaporkan nasib malang enam sekeluarga terbabit yang tinggal dalam keadaan serba kekurangan di sebuah rumah bot yang rosak sejak dua tahun lepas.
Shamsuddin tinggal di situ bersama isteri Nor Farhana Yusop, 30 dan empat anak mereka iaitu Nor Nadia Shahira, 11; Nor Syazlina Farahin, 9; Nor Azura Natasha, 7 dan Nor Farhan Iskandar yang berusia lapan bulan.
Sebelum itu, keluarga tersebut tinggal di sebuah rumah rakit di pinggir Tasik Kenyir selama 10 tahun kerana pekerjaan Shamsuddin sebagai pengusaha rumah bot memudahkannya memantau keluarga kerana banyak masanya dihabiskan di tasik berbanding di darat.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Jun 27 2021
Jumaat lepas, media melaporkan nasib malang enam sekeluarga terbabit yang tinggal dalam keadaan serba kekurangan di sebuah rumah bot yang rosak sejak dua tahun lepas. - Gambar/ Bernama
Fahmi zahir ucapan takziah kepada keluarga wartawan Nikkei Asia, Hakimie Amrie
Fahmi menyifatkan Allahyarham dikenali sebagai seorang pengamal media yang komited serta berdedikasi.
Google Maps mungkin guna rakaman dashcam untuk kemas kini data pemetaan
Menurut Google, pihaknya bekerjasama dengan beberapa pengeluar perakam kereta yang mengumpul dan menyimpan data rakaman pengguna.
Razman Zakaria mohon maaf kepada Nga Kor Ming
Razman mengaku terkhilaf dan terkeliru antara dua program yang dirasmikan oleh Nga pada 13 Sept dan 24 Okt melibatkan insiden kibaran bendera negara China.
Heritage Buildings: Preserve or progress?
Heritage buildings hold the echoes of our history and the soul of our identity. Yet, as modern cities expand, the pressure mounts to either preserve or redevelop? Here to guide us through this conversation is Director of Research at Rahim & Co International Sdn Bhd, Sr. Sulaiman Saheh.
Malaysia lulus pelaburan RM254.7 bln bagi sembilan bulan pertama 2024 - MIDA
Pelaburan diluluskan sebanyak RM254.7 bilion untuk sembilan bulan pertama 2024, menekankan keyakinan kukuh pelabur terhadap dasar dan hala tuju ekonomi Malaysia.
Astro catat pemulihan ADEX pada suku tahun ketiga
Astro Malaysia Holdings Berhad mencatat pertumbuhan dalam perbelanjaan pengiklanan (Adex) pada suku ketiga tahun kewangan 2025.
Bomba selamatkan empat individu terperangkap ketika memancing di Sitiawan
Pihak JBPM Perak mendapat maklumat mengenai insiden tersebut pada 1.13 pagi.
Data & Statistik: Perdagangan borong, runcit Malaysia melakar rekod baharu pada Oktober
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), perdagangan runcit mendahului carta, meningkat sebanyak 7.1 peratus kepada RM64.9 bilion, manakala perdagangan borong menyumbang RM66.3 bilion, dengan kenaikan 4.8 peratus.
TVET pacu ekonomi, jamin masa depan generasi muda
TVET diakui sebagai platform signifikan dan strategik dalam membekalkan belia dengan kemahiran teknikal yang amat diperlukan oleh industri.
AWANI Ringkas: Harimau Malaya tundukkan Timor Leste
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Tasik Kenyir bakal tawarkan pakej percutian mewah penginapan rumah bot moden
Ketengah bakal menjadi perintis kepada pakej pelancongan mewah menggunakan rumah bot yang moden dan eksklusif di Tasik Kenyir.
COVID-19: Suntikan vaksin beri kelegaan kepada pemain industri pelancongan
Pengusaha pelancongan Tasik Kenyir meluahkan rasa teruja dan lega selepas menerima suntikan vaksin COVID-19.
COVID-19: Rumah bot jadi hospital medan di Yala
Pihak berkuasa Thailand menjadikan rumah bot sebagai hospital medan untuk menempatkan pesakit COVID-19 berikutan lonjakan kes COVID-19 di Yala, selatan Thailand.
6 beranak tinggal di rumah bot usang di Tasik Kenyir dapat bantuan PPRT
Enam sekeluarga yang tinggal di sebuah rumah bot rosak di Tasik Kenyir, Hulu Terengganu akan berpindah ke rumah sementara disediakan oleh Lembaga Kemajuan Terengganu Tengah (Ketengah).
Tasik Kenyir sepi tanpa pelancong, pengusaha rumah bot runsing
Sejak PKP Penuh dilaksanakan, industri pelancongan di tasik buatan manusia di Asia Tenggara itu lumpuh.
Semua 24 pemancing guna rumah bot di Tasik Kenyir disah negatif COVID-19
Kesemua pemancing itu yang tinggal di Manir telah dibenar pulang ke rumah masing-masing dan dipakaikan gelang kuarantin berwarna putih.
PKP: Kolam pancing, kelong, rumah rakit dibenar beroperasi bermula esok
Kerajaan membenarkan operasi kolam pancing, houseboat, pelantar pancing (kelong), rumah rakit dan bot memancing bermula esok.
Polis temui lelaki tidak sedar diri, dipercayai cuba bunuh diri
Lelaki berkenaan pernah memberitahu adiknya yang dia mahu membunuh diri, seminggu sebelum kejadian.