SEGAMAT: Enam fasiliti kesihatan Kementerian Kesihatan (KKM) di Johor yang terjejas teruk akibat banjir, akan dibaik pulih dalam tempoh enam bulan.
Menterinya Dr Zaliha Mustafa berkata enam fasiliti itu terdiri daripada Klinik Kesihatan Chaah, dan lima Klinik Desa (KD) di Kampung Tengah, Kampung Jawa, Kampung Jabi, Tenang Station dan Desa Temu Jodoh, kesemuanya di Segamat.
"Jumlah kerosakan kita anggarkan RM1.8 juta dan kos baikpulih fasiliti dianggarkan RM750,000 untuk semua fasiliti yang terlibat. Jumlah (peruntukan untuk) baik pulih ini telah diluluskan," katanya kepada pemberita selepas melawat KD Kampung Tengah, di sini, hari ini.
Katanya setakat ini hanya KD Kampung Tengah yang dikenal pasti akan dipindahkan ke kawasan baru, kerana klinik itu bukan sahaja terdedah dengan kejadian banjir, malah kedudukannya dilihat agak dekat dengan jalan raya, dan pernah berlaku kemalangan melibatkan lori sekitar kawasan itu.
Beliau berkata pihaknya telah meninjau suatu kawasan yang akan dipertimbangkan sebagai lokasi baharu klinik desa kampung berkenaan, kira-kira tiga kilometer dari lokasi asal klinik itu.
Sementara itu merujuk kepada saranan agar KKM mengubah sistem pekerja perubatan berstatus kontrak kepada satu sistem yang bebas daripada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) dan Kementerian Kewangan, Zaliha berkata ia merupakan pandangan yang baik, dan cadangan itu boleh dipertimbangkan.
"Komen saya, itu pandangan yang baik. Kita boleh pertimbangkan, tetapi seperti biasa, ia bukan sesuatu yang boleh dilaksanakan dengan cepat kerana ia melibatkan ekosistem perkhidmatan itu sendiri," kata Ahli Parlimen Sekijang itu.
Jumaat lepas, Pakar Perubatan Kesihatan Awam dan Epidemiologist, Datuk Dr Zainal Ariffin Omar dilaporkan menggesa KKM mengubah sistem pekerja perubatan berstatus kontrak sekiranya berhasrat meningkatkan kualiti di sektor itu.
Menurut Dr Zainal kerajaan perlu mewujudkan sistem yang bebas agar kebajikan kumpulan berkenaan dapat ditambah baik.
-- BERNAMA
Bernama
Sun Mar 26 2023
Dr Zaliha (kiri) menunjukkan paras banjir yang melanda Klinik Desa Kampung Tengah baru-baru ini. Turut hadir Pegawai Kesihatan Daerah Segamat Dr Zaid Kassim (kanan). - Gambar/ Bernama
Abdul Hadi bertemu BJI, bincang perkukuh gerakan Islam antarabangsa
Pertemuan antara Presiden Pas, Tan Sri Abdul Hadi Awang dan delegasi Bangladesh Jamaat Islami (BJI) berpotensi memperkukuh jaringan gerakan Islam di peringkat antarabangsa.
PDRM siap siaga kawalan keselamatan sempena WTD, WTC - KPN
PDRM sentiasa bersiap siaga dalam aspek keselamatan terutama membabitkan acara berskala besar peringkat antarabangsa seperti World Tourism Day (WTD) dan World Tourism Conference (WTC).
Mayat kanak-kanak lemas ditemukan di pesisir pantai Bachok
Pencarian kanak-kanak lelaki yang hilang selepas terjatuh di Pantai Kandis, Bachok berakhir apabila mayatnya ditemukan 11.15 pagi ini, kira-kira enam kilometer dari tempat kejadian.
Fokus Minggu Depan: Apa seterusnya untuk Syria?
Prof Dr Kamaruzaman Yusoff, Profesor Adjung Akademi Pengajian Islam Universiti Malaya
Lubang benam di Jalan Lojing-Gua Musang kerana faktor cuaca - Alexander
Kejadian lubang benam di laluan FT185 Seksyen 78.60 Jalan Lojing-Gua Musang berhampiran Kampung Jekjok, Pos Brooke, ekoran cuaca buruk.
Taufan terburuk dalam 100 tahun landa Mayotte, Perancis
Taufan kuat, 'Chido', melanda Mayotte pada awal Sabtu dan menimbulkan kebimbangan mengenai skala kemusnahan daripada ribut terburuk yang melanda wilayah luar dari Perancis dalam tempoh hampir satu abad, kata pihak berkuasa.
Angka korban meningkat kepada 44,930
Angka korban rakyat Palestin akibat serangan tidak berperikemanusiaan Israel di Semenanjung Gaza meningkat kepada 44,930 orang dengan 106,624 yang lain dilaporkan cedera.
Tindakan SAPP taktik tuntut lebih banyak kerusi - Ronald
Pengerusi Perikatan Nasional (PN) Sabah, Datuk Seri Ronald Kiandee berharap Parti Maju Sabah (SAPP) yang mengumumkan keluar komponen itu, tidak lagi bergantung kelangsungannya dengan menjadi ADUN dilantik.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Mengingatkan pelantikan Presidennya Datuk Seri Yong Teck Lee ke jawatan itu atas ihsan PN pada 2020, Kiandee berharap agar Yong Teck berfikir semula sebelum menyatakan PN tidak wajar bertanding dalam PRN Sabah nanti.
Pindaan Perlembagaan lebih inklusif, adil kepada semua pihak
Pindaan Perlembagaan PKR yang memberi peluang keterlibatan sama rata dalam proses pemilihan parti dilihat lebih inklusif dan adil kepada semua pihak.
Pindaan perlembagaan parti iltizam luaskan peranan wanita
Ketua Wanita Pusat PKR, Fadhlina Sidek menyambut baik pindaan perlembagaan PKR melibatkan fasa 17.2, 17.2A dan 17.2B yang dilluluskan dalam Kongres Khas parti itu pada Ahad.
Rutin tahunan, mangsa banjir terpaksa guna sampan tinjau rumah
Misri Salamon, 63, berkata meskipun banjir sudah memasuki hari keempat, namun air yang naik hingga paras pinggang di kawasan kediamannya di Kampung Sungai Linau masih belum surut.
Banjir di Segamat makin pulih, hanya 19 mangsa masih di PPS
Situasi banjir di Segamat, Johor kian pulih setakat tengah hari ini dengan jumlah mangsa ditempatkan di pusat pemindahan sementara (PPS) berkurangan kepada 19 orang berbanding 43 orang pagi tadi.
Banjir di Sabah meningkat, Pahang, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah merekodkan peningkatan manakala di Pahang dan Johor mencatatkan penurunan.
Banjir di Sabah, Pahang meningkat, Johor menurun - Nadma
Jumlah mangsa banjir di Sabah dan Pahang merekodkan peningkatan manakala Johor mencatatkan penurunan pagi ini.
Kerja pembersihan pascabanjir di Kota Tinggi capai 70 peratus
Kerja pembersihan pascabanjir di daerah ini yang bermula Jumaat lepas kini telah mencapai 70 peratus setakat pagi tadi.
1,842 mangsa banjir di Johor, Pahang - Nadma
Seramai 1,842 mangsa masih berlindung di 18 pusat pemindahan sementara (PPS) di Johor dan Pahang tengah hari ini berbanding 1,860 mangsa pagi tadi.
Gelombang banjir kedua Johor, mangsa banjir Mersing bertambah
Terkini, seramai 421 mangsa dari 123 keluarga ditempatkan di empat Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Mersing.
Bomba terima 20 panggilan menyelamat mangsa banjir terperangkap
Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Kota Tinggi menerima lebih 20 panggilan penyelamatan dan khidmat khas sejak banjir melanda daerah ini pada Khamis lalu.
Berhati-hati lalu Jalan Felda Sungai Mas-Lok Heng
Orang ramai dinasihatkan berhati-hati dan mematuhi papan tanda amaran ketika memandu di laluan Felda Sungai Mas menghala ke Lok Heng.
Batu Pahat daerah terbaharu dilanda banjir di Johor
Batu Pahat menjadi daerah terbaharu dinaiki air di Johor, menjadikan tujuh daerah di negeri itu kini terjejas dengan banjir.