awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Jualan kereta Eropah meningkat pada November
Komitmen Kerajaan MADANI pastikan setiap pelaburan beri pulangan kepada rakyat - PM Anwar
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

6 Negeri Memilih: Mesyuarat Khas SPR pada Rabu ini

Harits Asyraf Hasnan
Harits Asyraf Hasnan
03/07/2023
03:30 MYT
6 Negeri Memilih: Mesyuarat Khas SPR pada Rabu ini
Abdul Ghani akan mempengerusikan Mesyuarat Khas SPR pada Rabu berkaitan PRN melibatkan enam negeri. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan Mesyuarat Khas pada Rabu (5 Julai) berkaitan Pilihan Raya Negeri (PRN) melibatkan enam negeri.
Setiausaha SPR Datuk Ikmalrudin Ishak berkata, ia selepas SPR menerima notis pembubaran Dewan Undangan Negeri (DUN) melibatkan Kedah, Kelantan, Terengganu, Pulau Pinang, Selangor dan Negeri Sembilan daripada Speaker DUN masing-masing.
"Mesyuarat Khas tersebut akan dipengerusikan oleh Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Ghani Salleh yang akan membincangkan tarikh-tarikh penting PRU DUN Ke-15.
"Ia seperti tarikh Writ Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon, Hari Pengundian, Daftar Pemilih yang akan digunakan dan lain-lain persiapan bagi melaksanakan pilihan raya tersebut," menurut kenyataan tersebut.
Ikmalrudin berkata, satu sidang media akan diadakan sejurus selepas Mesyuarat Khas tersebut.
Kesemua menteri besar dan ketua menteri enam negeri tersebut sebelum ini telah bersetuju untuk membubarkan DUN masing-masing pada Jun.
Perkara 54 Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan kekosongan atau kekosongan luar jangka hendaklah diisi dalam tempoh 60 hari dari tarikh dipastikan kekosongan tersebut.
Penulis Buku Pilihan Raya Demokrasi Malaysia yang juga penganalisis politik G Manimaran, sebelum ini menjangkakan PRN enam negeri tersebut akan dilakukan selewat-lewatnya pada 12 Ogos depan.
Ia mengambil kira beberapa faktor termasuk kepulangan jemaah haji, dengan penamaan calon dijangka pada 29 Julai ini.
[ KENYATAAN MEDIA ] PEMBUBARAN DEWAN UNDANGAN NEGERI/ DEWAN UNDANGAN/ DEWAN NEGERI KE-14 BAGI NEGERI KEDAH, KELANTAN, TERENGGANU, PULAU PINANG, SELANGOR DAN NEGERI SEMBILAN pic.twitter.com/2S4z52fQaL
— Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (@sprgovmy) July 3, 2023
Topic Berkaitan
#bubar DUN
#PRN
#SPR
#mesyuarat khas SPR
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan