awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Polis kenal pasti semua 40 mangsa kebakaran bar di pusat peranginan ski Switzerland
AS tidak akan mentadbir Venezuela, tetapi akan beri tekanan perubahan melalui sekatan minyak
Mayat jurulatih bola sepak Sepanyol ditemukan selepas tragedi kapal di Indonesia
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

60 peratus kes COVID-19 di Sarawak tertumpu di lima bahagian utara

Nickyson Nyambar
Nickyson Nyambar
01/05/2021
11:36 MYT
60 peratus kes COVID-19 di Sarawak tertumpu di lima bahagian utara
Miri, salah satu daerah yang melaporkan kes tinggi di Sarawak pada hari ini selain Sibu, Beluru, Mukah dan Selangau. -Gambar Fail
KUALA LUMPUR: Sarawak mencatatkan 445 kes baharu COVID-19 pada Sabtu sekali gus menjadikan jumlah keseluruhan kes positif di negeri itu kepada 31,104 kes setakat ini.
Menurut laporan terkini Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri (JPBN) Sarawak, 60 peratus daripada kes yang direkodkan hari ini tertumpu di daerah Sibu, Beluru, Miri, Mukah dan Selangau.
"Sebanyak 98 dicatatkan di Sibu, (51) Beluru, (41) Miri, (40) Mukah, (37) Selangau dan (31) Bintulu.
"Selebihnya 26 kes dicatatkan di Kuching, (22) Samarahan, (20) Serian, (12) di Julau dan Kanowit, (11) Subis dan (10) Limbang," ujar JPBN Sarawak.
Bakinya, lapan kes direkodkan di Tebedu, enam di Kapit, empat Meradong, tiga di Song dan Tatau. Sementara dua kes masing-masing di Belaga, Bau dan Bukit Mabong.
Manakala satu kes di Saratok, Sebauh, Asajaya dan Betong.
Perkembangan terkini COVID-19
Dalam perkembangan sama, kata JPBN Sarawak, dua kes kematian baharu akibat COVID-19 dilaporkan di negeri itu, menjadikan jumlah keseluruhan kematian ketika ini kepada 180 orang.
"Kes kematian ke-179 adalah kes ke-24,259 melibatkan seorang perempuan warga tempatan berumur 72 tahun yang telah dikesan positif COVID-19 pada 18 April 2021 dengan ujian saringan rT-PCR melalui aktiviti saringan aktif di kawasan berisiko tinggi.
"Kes telah ditempatkan di pusat kuarantin dan rawatan berisiko rendah (PKRC), Mukah dan berkait rapat dengan Kluster Sungai Duan," katanya.
Sementara itu, kes kematian kedua hari ini melibatkan lelaki tempatan berusia 75 tahun.
"Kes telah mendapat rawatan kecemasan di Hospital Serian kerana mengalami kesesakan pernafasan. Kes didapati bergejala batuk seminggu sebelum ini dan keadaan kesihatan kes semakin merosot.
"Ujian saringan rT-PCR adalah positif pada 26 April 2021," tambahnya.
Antara lain, JPBN Sarawak menerusi kenyataan sama turut mendedahkan pertambahan empat kluster baharu melibatkan daerah Beluru, Sebauh, Bintulu dan Selangau.
"Kluster-kluster tersebut adalah Kluster Long Jegan, Beluru, Kluster Sungai Mas, Sebauh, Kluster Batu 25, Bintulu dan Kluster Sungai Nirai, Selangau," kata JPBN Sarawak.
Topic Berkaitan
#Kemas kini COVID-19
#Sarawak
#laporan JPBN Sarawak
#Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan