awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir gelombang ketiga Terengganu pulih
Ketua PBB sifatkan gencatan senjata Kemboja-Thailand langkah positif ke arah keamanan berkekalan
Pemuda UMNO anjur konvensyen khas, bincang hala tuju kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

60 peratus populasi dewasa selesai dos pertama vaksin COVID-19

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
02/08/2021
01:41 MYT
60 peratus populasi dewasa selesai dos pertama vaksin COVID-19
Enam negeri/kawasan mencatatkan pemberian vaksin melebihi 50 peratus bagi dos pertama populasi dewasa iaitu Lembah Klang, Labuan, Sarawak, Negeri Sembilan, Perlis dan Pulau Pinang. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak 60.9 peratus populasi dewasa di Malaysia telah mendapat sekurang-kurangnya dos pertama vaksin COVID-19, setakat Ahad.
Menurut data dikongsikan Jawatankuasa Jaminan Akses Bekalan Vaksin COVID-19 (JKJAV), pemberian dos kedua bagi populasi dewasa pula menghampiri 30 peratus iaitu 29.7 peratus.
Ini menjadikan jumlah kumulatif suntikan dos vaksin COVID-19 di negara ini melepasi 21,200,473 dos keseluruhan.
Ini selepas jumlah pemberian suntikan harian vaksin dos pertama dan kedua merekodkan 480,122 dos, pada Ahad.
Daripada keseluruhan suntikan vaksin, sebanyak 14,247,659 adalah bagi dos pertama manakala 6,952, 814 bagi dos kedua melibatkan populasi dewasa.
Enam kawasan/negeri mencatatkan pemberian vaksin melebihi 50 peratus bagi dos pertama populasi dewasa iaitu Lembah Klang (96.7 peratus), Labuan (95.1 peratus), Sarawak (84.6 peratus), Negeri Sembilan (72.5 peratus), Perlis (62.2 peratus) dan Pulau Pinang (56.2 peratus).
Manakala negeri yang lengkap dos kedua melebihi 50 peratus populasi dewasa adalah Labuan dan Sarawak apabila masing-masing mencatatkan 81.5 peratus dan 65.7 peratus.
Laporan harian vaksinasi mengikut negeri bagi 1 Ogos 2021.#LindungDiriLindungSemua pic.twitter.com/8ITIxaJ5hN
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 2, 2021
Aktiviti pengharmonian data mingguan telah dijalankan. Data hari ini telah mengambil kira sepenuhnya pelaporan manual termasuk daripada program jangkau luar komuniti yang dijalankan di seluruh negara. pic.twitter.com/QEa6u2GzYL
— Vaksin COVID-19 (@JKJAVMY) August 2, 2021
Topic Berkaitan
#populasi dewasa
#dos pertama
#dos kedua
#vaksin
#bekalan vaksin
#JKJAV
#COVID-19
#suntikan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan