awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

63 pegawai, 856 anggota ATM digerakkan bantu mangsa banjir

Azyyati Ahmad
Azyyati Ahmad
21/12/2021
01:36 MYT
63 pegawai, 856 anggota ATM digerakkan bantu mangsa banjir
Seramai 63 pegawai dan 856 anggota lain-lain pangkat termasuk kumpulan sokongan telah digerakkan bagi melaksanakan tugas bantuan menyelamat dan memindahkan mangsa banjir. -Foto FB Hishammuddin Hussein
KUALA LUMPUR: Seramai 63 pegawai dan 856 anggota lain-lain pangkat termasuk kumpulan sokongan telah digerakkan bagi melaksanakan tugas bantuan menyelamat dan memindahkan mangsa banjir.
Ia termasuk penyediaan dan pengagihan makanan serta penugasan pegawai perhubungan di Pusat Kawalan Operasi Bencana (PKOB).
Markas Angkatan Tentera Malaysia dalam satu kenyataan hari ini berkata, aset-aset seperti trak 3, 5 dan 7 tan, Land Rover, bot tempur serta aset udara dari TUDM telah diatur gerak sekiranya diperlukan.
ATM juga bersedia dengan kekuatan satu kompeni iaitu lima pegawai dan 97 anggota yang diletakkan dalam keadaan kesiapsiagaan di setiap negeri untuk diatur gerak ke lokasi terjejas banjir apabila terdapat keperluan tambahan.
Menurut Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Affendi Buang, ATM sentiasa komited dalam melaksanakan tugas sekundernya bagi membantu pihak berkuasa awam dalam menyelamatkan mangsa yang terkesan akibat bencana banjir terutamanya usaha memindahkan mereka ke kawasan selamat.
Pada masa kini, kesiagaan anggota dan aset ATM melalui pelaksanaan Op Murni yang digerakkan oleh Tentera Darat Malaysia memberi tumpuan kepada beberapa kawasan terjejas di Selangor, Kuala Lumpur, Pahang, Melaka, Negeri Sembilan, Perak, Terengganu dan Kelantan.
Kata kenyataan itu, ATM sentiasa meletakkan anggota dan asetnya pada kesiagaan utama untuk diaturgerakkan ke lokasi-lokasi terjejas di samping membantu pihak berkuasa awam dan agensi-agensi keselamatan lain yang dikoordinasikan oleh Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).
Ini termasuklah dalam menyegerakan pelaksanaan proses pemindahan serta bantuan-bantuan lain.
Topic Berkaitan
#Angkatan Tentera Malaysia
#mangsa banjir
#TUDM
#tentera darat
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan