awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Bergaduh: Tiga sekeluarga, seorang artis Singapura didakwa
Dokumen palsu: Bekas pengarah, penggiat seni dipenjara 6 bulan, denda RM10,000
'Alhamdulillah… Medina stabil selepas pemindahan hati'
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

643 ditahan, 229 pekerja asing positif COVID-19 semalam - Ismail Sabri

Astro Awani
Astro Awani
06/02/2021
10:15 MYT
643 ditahan, 229 pekerja asing positif COVID-19 semalam - Ismail Sabri
Pengunjung mengimbas aplikasi MySejahtera untuk memasuki pusat beli belah Alamanda. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR:Seramai 643 individu ditahan semalam atas kesalahan ingkar prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Menteri Kanan Pertahanan, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata daripada jumlah itu 623 dikompaun dikeluarkan manakala 20 individu lagi direman.
"Antara kesalahan direkodkan adalah tidak memakai pelitup muka (144), rentas daerah atau negeri tanpa kebenaran (112), tiada penjarakan fizikal (133), gagal menyediakan peralatan atau merekod diri serta pelanggan (112), premis beroperasi lebih masa atau tanpa kebenaran (34), keluar rumah tanpa alasan munasabah (42) dan lain-lain (66)," katanya dalam satu kenyataan hari ini.
Menerusi Op Benteng, Ismail berkata pihaknya telah menangkap 14 orang pendatang asing tanpa izin (PATI) selain merampas lima kenderaan darat.
Selain itu, katanya penguat kuasa Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) telah membuat sembilan pemeriksaan tapak binaan di seluruh negara, semalam.
"Hasil pemeriksaan mendapati, lapan tapak binaan mematuhi SOP manakala satu lagi tidak patuh," katanya.
Berkaitan saringan pekerja asing, Ismail berkata seramai 8,717 pekerja warga asing telah menjalani ujian saringan semalam dan daripada jumlah itu, 299 orang disahkan positif COVID-19.
Topic Berkaitan
#ismail sabri yaakob
#perintah kawalan pergerakan
#COVID-19
#PKP
#ujian saringan
#pelitup muka
#pekerja asing
#warga asing
#operasi
#SOP
#pati
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan