Skip to main content

Malaysia

Libat urus bersama MOF teliti mekanisme subsidi diesel bersasar - Hajiji

KOTA KINABALU, 22 Nov -- Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Hajiji Noor yang juga Pengerusi Parti Gabungan Rakyat Sabah (GRS) pada sesi Temubual Eksklusif bersama Bernama di Sri Gaya di sini, hari ini.  --fotoBERNAMA (2025) HAK CIPTA TERPELIHARA
Hajiji berkata, langkah tersebut bertujuan untuk menangani isu dihadapi pelbagai pihak berkepentingan yang terjejas susulan peluasan program subsidi bersasar ke Sabah bermula 1 Julai. - Gambar fail/Bernama
Advertisement

KOTA KINABALU: Kerajaan Negeri Sabah sedang mengadakan libat urus dengan  Kementerian Kewangan (MOF) dan agensi Persekutuan berkaitan bagi memperhalus mekanisme pelaksanaan program subsidi diesel bersasar. 

Ketua Menteri Datuk Seri Hajiji Noor berkata langkah tersebut bertujuan untuk menangani isu dihadapi pelbagai pihak berkepentingan yang terjejas susulan peluasan program subsidi bersasar ke Sabah bermula 1 Julai.

“Mesyuarat susulan antara agensi Kerajaan Negeri Sabah dengan Kementerian Kewangan Malaysia dan agensi Persekutuan berkaitan akan diadakan pada 17 Julai ini untuk memperincikan isu-isu berkenaan serta meneliti cadangan bersesuaian,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Hajiji berkata mesyuarat itu akan dipengerusikan Setiausaha Kerajaan Negeri Sabah Datuk Zainudin Aman bagi memastikan semua penambahbaikan operasi dinilai secara menyeluruh.

Pelaksanaan subsidi diesel secara bersasar ke Sabah turut dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet Negeri pada 13 Julai.

Ketua Menteri berkata kerajaan negeri mengambil serius semua maklum balas, sekali gus mengarahkan agensi berkaitan untuk mengkaji secara mendalam kesan sosioekonomi di lapangan.

Hajiji berkata penyelesaian dan cadangan yang bersesuaian akan dipertimbangkan dalam perbincangan antara Kerajaan Persekutuan dan negeri yang akan datang bagi melancarkan peralihan bagi sektor yang terjejas.

-- BERNAMA

Must Watch Video

Advertisement