65 peratus daripada jumlah kes kejadian bunuh diri atau cubaan bunuh diri di kalangan penduduk tempatan atau warganegara asing di negara ini melibatkan golongan lelaki, persidangan Dewan Negara diberitahu hari ini.
Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Anak Kujat berkata sehingga Oktober lalu, sebanyak 130 kes direkodkan di mana 84 kes membabitkan lelaki dan 46 adalah wanita.
"Ia merangkumi 34 orang dari bangsa Melayu, 42 kaum India, 47 dari kaum Cina dan selebihnya (tujuh) terdiri daripada pelbagai kaum dan etnik," katanya.
Beliau menjawab soalan Senator S. Bagiam Ayem Perumal yang ingin tahu sama ada kementerian mempunyai pangkalan data cubaan bunuh diri mengikut kaum, jantina dan umur serta apakah tindakan susulan dalam membantu mereka ini agar tidak mengulangi perbuatan cuba bunuh diri seterusnya kembali ke jalan yang benar.
Masir berkata sebanyak 178 kes kejadian bunuh diri atau cubaan untuk membunuh diri dicatatkan pada 2013 manakala 191 kes pada 2014.
Jelasnya, kejadian bunuh diri yang berlaku di negara ini disebabkan oleh pelbagai faktor seperti masalah kewangan, tekanan jiwa, kecewa dalam percintaan dan masalah keluarga.
Bagi mengatasi kes bunuh diri, Masir berkata pihak Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sesi perjumpaan, ceramah dan dialog telah memberikan langkah-langkah kesedaran seperti bimbingan kaunseling dan perkhidmatan psikoterapi bagi individu yang memerlukannya.
"PDRM juga telah meminta ahli keluarga yang rapat untuk sentiasa memperhatikan tingkah laku ahli keluarga mereka bagi mengelakkan daripada sebarang perkara yang tidak diingini.
"Pihak keluarga dinasihatkan jika terdapat perubahan atas tingkah laku seperti diam diri dan gelisah untuk segera mendapatkan khidmat kaunseling dan psikoterapi yang bertauliah di hospital ataupun di sekolah," katanya.
Jelasnya, dalam sesi perjumpaan sedemikian, pihak kaunselor akan memberikan nasihat bagi membantu individu tersebut dalam menyelesaikan masalah dan memberikan ruang untuk meluahkankan isi hati mereka.
Dalam pada itu, beliau menekankan ibu bapa memberi pendidikan agama dan moral kepada anak-anak mereka sejak kecil lagi kerana pengajaran agama dipandang sebagai usul penting bagi menanam ciri-ciri kemanusiaan yang mulia.
"Pendidikan agama dan moral yang diterap oleh ibu bapa akan menjadi benteng utama menghalang seseorang dalam mengambil tindakan yang boleh memudaratkan diri sendiri dan mampu mengawal hawa nafsu mereka di samping dapat mengatasi masalah jiwa yang kosong," tambahnya.
Bernama
Tue Dec 22 2015

Timbalan Menteri Dalam Negeri Masir Anak Kujat berkata sehingga Oktober lalu, sebanyak 130 kes direkodkan di mana 84 kes membabitkan lelaki dan 46 adalah wanita. - Gambar Hiasan

Jabatan Perikanan pantau fenomena ikan bilis terdampar di Pulau Pangkor
Jabatan Perikanan Negeri Perak akan memantau fenomena ikan bilis naik ke darat dan terdampar di pantai Pasir Bogak, Pulau Pangkor dari semasa ke semasa.

RS-1 bantu merangsangjkan peningkatan ekonomi
"Bagi Selangor kita perlu memberikan fokus kepada beberapa teras antaranya pertumbuhan ekonomi, kesejahteraan sosial, kelestarian pembangunan dan penghantaran perkhidmatan kerajaan. Itu yang kita tumpukan dalam Rancangan Selangor Pertama supaya ia dapat memenuhi sasaran yang ditetapkan oleh kerajaan Selangor dan membantu RMK12 supaya dapat memanfaatkan setiap rakyat di Selangor,"

Dewan Tertinggi BN belum putuskan permohonan PBM
Permohonan Parti Bangsa Malaysia (PBM) dan beberapa lagi parti politik yang memohon untuk menyertai Barisan Nasional (BN) masih lagi dalam pertimbangan.

Polis tahan lelaki khianat cabut batu nisan
Polis menahan seorang gelandangan lelaki hari ini yang disyaki terlibat dalam kes khianat mencabut beberapa batu nisan di Sibu.

Kenal pasti 'hot spot', bomba siap siaga hadapi musim kemarau - KP
Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) telah siap siaga dari segi aset dan anggotanya bagi menghadapi musim kemarau yang lazimnya berlaku antara bulan Mei hingga September.

Polis tahan empat lelaki bantu siasatan kes pukul bapa, anak
Polis menahan empat lelaki hari ini bagi membantu siasatan berhubung kejadian seorang lelaki dan bapanya cedera dipukul sekumpulan suspek di Kampung Pondok Upeh, di sini semalam.

AWANI Ringkas: Skandal LCS: Bekas pengarah urusan bakal didakwa
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Kertas Putih Kesihatan kritikal, titik mula pembaharuan sistem kesihatan di Malaysia
Kertas Putih Kesihatan adalah kritikal dan akan menjadi titik permulaan bagi perjalanan ke arah pembaharuan sistem kesihatan Malaysia, kata Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah.
![AWANI 7:45 [15/08/2022] – Permohonan tangguh kes SRC | Kes LCS ke mahkamah | Data pergerakan harga ayam AWANI 7:45 [15/08/2022] – Permohonan tangguh kes SRC | Kes LCS ke mahkamah | Data pergerakan harga ayam](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1982775/thumbnails/3548345001660570194504_640x360.jpg)
AWANI 7:45 [15/08/2022] – Permohonan tangguh kes SRC | Kes LCS ke mahkamah | Data pergerakan harga ayam
Laporan berita padat dan ringkas #AWANI745 bersama Luqman Hariz Tumpuan #AWANI745 malam ini: Bukti baharu Najib, hanya lengahkan perbicaraan, tegas Timbalan Pendakwa Raya Polemik LCS, bekas pengarah urusan didakwa esok Penetapan harga siling ayam sedang diteliti #AWANInews #RasuahBusters

Tahap pendapatan perlu ditingkatkan - Pakar Ekonomi
Tahap pendapatan secara menyeluruh yang rendah menjadi masalah utama untuk mereka yang sudah pencen untuk hidup dalam keadaan yang selesa.

Wanita maut jatuh dari 'chairlift' setinggi 12 meter
Kejadian disiasat sebagai kes bunuh diri selepas beberapa saksi mendakwa melihat wanita itu tergelincir dari 'chairlift' berkenaan.

Statistik kemurungan tinggi, sudah tiba masa gubal strategi lebih ampuh
Tekanan emosi berlaku kepada semua orang malah statistik juga menunjukkan kini semakin ramai mahasiswa yang terjejas kesihatan mentalnya.

Letupan bom di Somalia ragut sekurang-kurangnya 20 nyawa
Seorang pengebom bertindak meletupkan dirinya sehingga mengorbankan 13 orang, termasuk Datuk Bandar Abdullahi Ali Wafow.

Cubaan bunuh diri: KKM tunggu maklum balas AGC
Kementerian Kesihatan (KKM) masih menunggu maklum balas Jabatan Peguam Negara (AGC) berkenaan cadangan pindaan Akta 309 Kanun Keseksaan.

P. Pinang perlu sedia khidmat kaunseling bergerak tangani isu cubaan bunuh diri
Perkhidmatan tersebut diperlukan bagi membantu mereka yang memerlukan sokongan emosi.

Siasatan buli: Khairy beri jaminan tidak campur tugas pasukan petugas khas
Pasukan itu diberi kebebasan sepenuhnya untuk menjalankan siasatan yang dirasakan perlu bagi melengkapkan tugas mereka.
![[KOLUMNIS] Hentikan buli guru di sekolah [KOLUMNIS] Hentikan buli guru di sekolah](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://img.astroawani.com/2022-05/41652709453_Gurubulisekolah.jpg)
[KOLUMNIS] Hentikan buli guru di sekolah
Negara dikejutkan dengan pendedahan budaya buli dalam perkhidmatan perubatan dan kesihatan terutamanya membabitkan doktor pelatih sehingga mewujudkan hazard psikososial dalam kalangan mereka.

Bomba Selangor berjaya gagalkan 32 cubaan bunuh diri
Enam lagi kes menyaksikan individu yang terlibat tidak dapat diselamatkan, dan meninggal dunia di tempat kejadian.

Remaja tular berdiri atas tembok tingkat 5 pasar raya dakwa 'hanya cari ketenangan'
Siasatan juga mendapati remaja berusia 19 tahun itu juga dipercayai mengalami masalah tekanan dan 'anxiety'.

Bekas doktor pelatih cuba bunuh diri kes lama, JKNK sedia siasat lanjut - Dr Zaini
Kes 2019 itu telah ditutup dan dianggap selesai, kerana dakwaan itu tidak dapat dibuktikan dengan jelas, namun kini ia ditularkan kembali.