KUALA LUMPUR: Sebanyak 652 kemalangan melibatkan kenderaan berat seperti lori kontena, lori kecil dan bas ekspres direkodkan bagi suku pertama tahun 2024.
Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Hasbi Habibollah berkata, daripada jumlah itu, sebanyak 287 kes maut dicatatkan dengan 95 mangsa cedera parah dan 270 mangsa cedera ringan.
Menurutnya, Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) sentiasa melakukan kajian bagi menangani isu kemalangan membabitkan kenderaan berat di jalan raya.
Antaranya, menggiatkan penguatkuasaan melibatkan peraturan had muatan kenderaan dan had laju bagi kenderaan berat serta mengeluarkan saman kepada pihak yang melanggar peraturan.
“Bagi tahun 2023, sejumlah 45,015 notis saman telah dikeluarkan melibatkan kesalahan muatan bahaya dan lebih muatan manakala bagi tahun 2024 sehingga April, sejumlah 9,214 notis saman telah dikeluarkan.
“Di samping itu, Kementerian Pengangkutan bersama Kementerian Kerja Raya, sedang dalam proses akhir untuk membangunkan sistem “High Speed - Weigh in Motion” atau HS-WIM.
“Menerusi penggunaan sistem HS-WIM ini, aktiviti penguatkuasaan kenderaan berat boleh dilaksanakan secara masa sebenar atau automatik tanpa memerlukan kenderaan tersebut perlu berhenti untuk ditimbang,” katanya.
Tambah beliau, penggunaan sistem HS-WIM juga akan dapat mengurangkan kebergantungan kepada jumlah tenaga manusia atau anggota penguatkuasaan yang tinggi.
Beliau berkata demikian bagi menjawab soalan Syed Ibrahim Syed Noh (PH - Ledang) yang meminta Menteri Pengangkutan memperincikan statistik dan punca kemalangan melibatkan kenderaan berat bagi suku pertama tahun 2024.
Ridauddin Daud
Mon Jun 24 2024

Hasbi berkata, Kementerian Pengangkutan bersama Kementerian Kerja Raya, sedang dalam proses akhir untuk membangunkan sistem “High Speed - Weigh in Motion” atau HS-WIM.
AWANI Ringkas: Kebakaran stesen janakuasa di Port Dickson
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Zoo Jepun larang lelaki bujang masuk taman haiwan
Sebuah zoo di Jepun melarang lelaki bujang memasuki kemudahannya kerana dibimbangi akan menganggu pengunjung wanita.
TikTok kembali ke App Store Apple AS
TikTok kembali ke App Store Apple Di Amerika Syarikat pada Khamis selepas Presiden Donald Trump menangguhkan pengharaman-nya sehingga 5 April.
Jelajah Assalamualaikum Rara 2025 Kelantan
Menyahut semangat kepelbagaian ini, Astro meneruskan siri jelajah Assalamualaikum Rara 2025 dengan tema 'Meriah Lain Macam'. Saksikan perkongsian lanjut bersama wartawan Astro AWANI, Amirul Aiman dan Duta Ramadan Raya Astro, Zizan Razak.
Gencatan senjata: Hamas akan bebaskan tawanan jika Israel patuhi perjanjian
Kumpulan Pejuang Palestin Hamas bahawa ia sedia untuk menyambung semula pembebasan tawanan seterusnya pada Sabtu jika Israel mematuhi syarat perjanjian gencatan senjata Gaza.

Analisis: ASEAN mungkin harapan terakhir warga Malaysia berdepan hukuman gantung di Singapura
Pannir Selvam mungkin menjalani hukuman gantung pada bila-bila masa selepas rayuan terakhirnya ditolak.
Kebakaran Stesen Janakuasa: TNB jalankan pemeriksaan, pemulihan
Tenaga Nasional Berhad (TNB) memaklumkan pasukan teknikal sedang menjalankan kerja-kerja pemeriksaan serta pemulihan yang diperlukan berhubung insiden kebakaran di Stesen Janakuasa Tuanku Jaafar, Port Dickson malam tadi.
[TERKINI] KDNK: Memacu pertumbuhan, menerap kemampanan
Penganalisis Ekonomi, UNIKL Business SchoolProf Madya Dr aimi Zulhazmi Abdul Rashid mengulas lanjut berkenaan pertumbuhan ekonomi 2024 serta unjuran bagi 2025.

KDNK Malaysia berkembang 5.1 peratus pada 2024, terbaik dalam dua tahun
Menurut Jabatan Perangkaan Malaysia (DOSM), ia didorong oleh peningkatan pelaburan dan pemulihan permintaan domestik.

Ekonomi Singapura berkembang 4.4 peratus pada 2024 - MTI
Ekonomi Singapura berkembang 4.4 peratus pada 2024, meningkat daripada anggaran awal 4.0 peratus.

Tiga syarikat laksana perkhidmatan PPKM belum diberikan lesen operasi - Loke
Kerajaan belum memberikan lesen operasi kepada tiga syarikat baharu yang melaksanakan perkhidmatan sebagai Pusat Pemeriksaan Kenderaan Motor (PPKM) fasa pertama.

Peminat Yamaha RXZ dinasihat elak beli motosikal seludup - JPJ
JPJ Kelantan menasihati peminat motosikal Yamaha RXZ agar tidak membeli dan memiliki motosikal seludup.

Trend guna 'dummy buckle' semakin membimbangkan - Pengarah JPJ Negeri Sembilan
Pemandu suka memakai 'dummy buckle' bagi menghentikan penggera dengan alasan tidak selesa.

Penunggang motosikal mengamuk keluar kata-kata kesat ditahan polis
Keadaan semakin tegang apabila lelaki tersebut mula melakukan provokasi dan cuba bertindak agresif terhadap anggota JPJ dan polis trafik.

Operasi Khas Tahun Baharu Cina: JPJ keluarkan lebih 100,000 notis kesalahan
Notis dikeluarkan hasil pemeriksaan terhadap 429,423 kenderaan dan daripada jumlah itu, sebanyak 724 kenderaan telah disita.

JPJ Perak sita 143 motosikal dalam operasi Tahun Baharu Cina
Sebanyak 143 motosikal disita daripada 24,494 motosikal yang diperiksa Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Perak dalam Operasi Khas Motosikal bersempena dengan Tahun Baharu Cina 2025 yang dilaksanakan se

Op Penyamaran: Gagal patuhi lampu isyarat kesalahan paling tinggi
Jabatan Pengangkutan Jalan Selangor mengeluarkan 298 notis membabitkan pelbagai kesalahan lalu lintas menerusi Op Penyamaran sempena Op Tahun Baharu Cina 2025 dalam tempoh 20 Jan lepas hingga semalam.

JPJ dalam proses muktamadkan penggiliran petugas kaunter
Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dalam proses memuktamadkan bilangan kakitangan yang akan terlibat dalam penggiliran kerja petugas kaunter membabitkan 1,907 kakitangan di seluruh negara.

JPJ keluar 1,968 saman menerusi Op TBC 2025
JPJ Terengganu mengeluarkan 1,968 saman dalam tempoh lapan hari pelaksanaan Op Khas TBC 2025 yang bermula pada 20 Jan lepas.

JPJ cadang wujud pasukan tindakan khas
Beliau berkata pasukan itu akan berfungsi antaranya bagi menjalankan operasi khas, risikan selain membantu negeri menyelesaikan sesuatu isu.