KUALA LUMPUR: Sejumlah 67,944 unit kediaman di bawah projek Residensi Wilayah Keluarga Malaysia membabitkan 104 projek di Wilayah Persekutuan telah mendapat kelulusan pembinaan sehingga Mei lepas, kata Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.
Beliau berkata daripada jumlah itu, sebanyak 97 projek adalah di Kuala Lumpur, tiga di Putrajaya dan empat lagi di Labuan.
Ismail Sabri berkata demikian ketika menyempurnakan majlis penyerahan kunci kediaman kepada pemilik unit Residensi SkyAwani 3 di sini hari ini yang turut dihadiri Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Dr Shahidan Kassim.
Projek dibina syarikat SkyWorld di bawah Residensi Wilayah Keluarga Malaysia itu menawarkan sejumlah 1,905 unit kediaman berkeluasan 800 kaki persegi dengan tiga bilik tidur dan dua bilik air pada harga RM300,000 seunit.
Menzahirkan penghargaan kepada Kementerian Wilayah Persekutuan atas usaha menyediakan rumah mampu milik terutama kepada kumpulan B40 dan M40, Perdana Menteri turut menyambut baik komitmen pihak pemaju dalam membantu merealisasikan aspirasi kerajaan menyediakan kediaman itu untuk warga kota khasnya.
Perdana Menteri berkata kerajaan juga akan sentiasa memastikan kediaman ditawarkan kepada Keluarga Malaysia memenuhi keperluan semasa serta persekitaran yang selesa, kondusif, mesra keluarga dan praktikal selain mampu dimiliki sejajar dengan wawasan Satu Keluarga Satu Rumah.
"Justeru kerajaan melalui Rancangan Malaysia Ke-12 serta Majlis Perumahan Mampu Milik Negara telah menggariskan langkah-langkah segera dan jangka panjang untuk merealisasikan hasrat tersebut.
"Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan juga telah memperkenal Home Ownership Programme atau HOPE bagi melihat ekosistem lebih menyeluruh dalam penyediaan perumahan, pembiayaan perumahan serta program-program yang dapat membantu Keluarga Malaysia untuk memiliki rumah sendiri," katanya.
Bagi membantu golongan warga kota berpendapatan rendah, beliau berkata Kementerian Wilayah Persekutuan turut memperkenal program baharu iaitu rumah untuk disewa sebagai transit yang dikenali sebagai Council Home dengan sasaran pembinaan sebanyak 5,000 unit dalam tempoh lima tahun di antara tahun ini hingga 2027.
"Ini bagi membantu golongan berpendapatan rendah B40 menyewa mengikut kemampuan sebelum mampu membeli rumah sendiri," katanya.
Ismail Sabri turut menyaksikan penyerahan sijil Malaysia Book of Records kepada SkyWorld bagi Anugerah SkyBridge Kediaman Tertinggi di Malaysia dengan ketinggian 170.55 meter yang dibina di Residensi SkyAwani 3.
Setakat ini, SkyWorld telah menjual sejumlah 6,236 unit kediaman Residensi Wilayah Keluarga Malaysia di bawah projek SkyAwani 1 hingga 5.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Jun 18 2022
Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (tiga, kiri) beramah mesra dengan para penerima kunci pada Majlis Penyerahan Kunci kepada 200 pemilik unit Residensi Wilayah Keluarga Malaysia Sky Awani 3 di Setapak, hari ini. - Foto BERNAMA
PM Singapura mahu warga bersatu, kekalkan kestabilan politik dalam ucapan terakhir
Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong menyeru rakyat Singapura supaya terus bersatu padu dan mengekalkan kestabilan politik bagi hala tuju Singapura ke hadapan.
Mei Xing hampa gagal sumbang mata buat Malaysia
Mei Xing tidak dapat menyembunyikan kesedihannya selepas gagal menyumbang mata kedua buat pasukan Malaysia ketika menentang Australia.
Profil Malaysia semakin meningkat di mata dunia - PM Anwar
Bukan ingin mendabik dada atau bersikap sombong, tetapi Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim melihat profil Malaysia kembali meningkat dan dihormati di mata dunia.
Kenaikan gaji penjawat awam tidak lagi pentingkan kelompok tertinggi seperti dahulu – PM Anwar
Kenaikan gaji penjawat awam melebihi 13 peratus, seperti yang diumumkan pada Hari Pekerja 2024, adalah berbeza dengan kenaikan yang pernah dilaksanakan dalam pentadbiran terdahulu.
AWANI 7:45 [01/05/2024] – Kos mencecah RM10 bilion | Gaji minimum beri impak positif | Seolah-olah dunia menghampakan
Kenaikan gaji penjawat awam lebih 13 peratus dibentang ketika Belanjawan 2025.
Kerajaan semak semula kadar gaji minimum.
Kusut, lesu dan kecewa dengan perkembangan di Gaza, ulas PM.
Protes pelajar universiti pro-Palestin di Amerika terus meningkat.
Kerajaan semak semula kadar gaji minimum.
Kusut, lesu dan kecewa dengan perkembangan di Gaza, ulas PM.
Protes pelajar universiti pro-Palestin di Amerika terus meningkat.
Ceroboh hutan Raub: Tindakan penguatkuasaan berdasarkan bukti - MB Pahang
Tindakan penguat kuasa menahan dua individu yang didakwa menceroboh kawasan hutan di Raub semalam dibuat berdasarkan bukti kukuh, kata Menteri Besar Pahang Datuk Seri Wan Rosdy Wan Ismail.
"Yang tak ambil gaji dikritik, yang mencuri tak salah"
Satu tahun setengah sebagai perdana menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim ulangi tetap tegas tidak benar sebarang 'kecurian' atau 'kronisma' dalam kerajaan.
Isu Palestin: Ini soal prinsip dan nilai
Perdana menteri tegaskan walaupun berdepan kerugian, kerajaan Madani mahu memastikan keputusan yang diambil turut mengambil kira soal nilai dan prinsip.
Kedudukan, profil Malaysia tinggi di peringkat antarabangsa
Anwar akui antara kelemahan utama kerajaan adalah komunikasi sehingga rakyat tidak sedar reputasi tinggi negara di peringkat antarabangsa.
"Saya boleh terima kritikan tapi jangan fitnah"
Anwar kesal apabila masih dituduh tidak berbuat apa-apa sedangkan sudah banyak usaha dilaksanakan untuk rakyat.
67,944 unit Residensi Wilayah Keluarga Malaysia dilulus setakat Mei - Ismail Sabri
Perdana Menteri berkata daripada jumlah itu, sebanyak 97 projek adalah di Kuala Lumpur, tiga di Putrajaya dan empat lagi di Labuan.